Thursday, January 4, 2018

Kisah sekolah aqil dan aisyah

Assalamualaikum...

Hai.. Anak2 dah mula bersekolah. nak kongsi sikit, kisahku dua orang anak yang bersekolah. Aqil darjah 3 dan aisyah darjah 1.. Macam2 ragam budak2 ni. Sorang excited nak pergi sekolah. dah lama tak jumpa kawan2. ibu tahu dah dalam otak dia asyik ingat nak main je kan pergi sekolah tu.. Aisyah pulak, seperti biasa dia adalah anak yang steady.. masa tadika sikit pun tak nangis pegi sekolah even dia tak pernah ke sekolah. ibu pulak yang rasa sebak masa tu.

Sekarang ni, bila dah naik darjah 1, ibu tak risau sangat sebab aqil pun sekolah yang sama, dengan harapan bolehlah tolong tengok2 kan adik kan.. Aqil jadi pengawas tahun ni, sekolah agama dan sekolah kebangsaan. 

Kisah aisyah. Dia dapat join Dual Language Programme. Actually aku pun risau juga sebab ni melibatkan masa depan dia kan. Subjek math dan sains diajar dalam bahasa Inggeris. Tak boleh tukar sekolah, kalau nak tukar sekolah baru tu kena ada programe ni juga. Bawa sampai SPM nanti. Takut dia tak boleh bawa. tapi, berdasarkan test hari tu dan dia dah  lepas pun ujian tu, kira oklah kot ek. Cuma parents kena fokus lebihlah kot2 time dia nak buat homework tak reti ke, so kamilah kena ajar. gitu.. ada lah certain orang kata tak payah masuk. belajar macam biasa jelah. Kalau xde program ni pun ok je, tapi dah dia terpilih. parents pun boleh decide nak ke tak. tapi kitorang on je lah. BI je pun. Anak angkasawan tu lagilah sekolah cina. Belajar bahasa kan, good for her actually.. Serba salah sebenarnya tapi tak pelah kita tengok jelah percubaan selama 3 bulan ni dia boleh follow ke tak. 

Kisah tudung. bermacam2 pattern tudung dah ibu beli. tapi sebab tak pandai melawa lagi so haru birulah tudung tu. Balik rumah pun dah senget2 dah.. tak pelah, biar dia belajar. untuk minggu ni pakai baju sukan putih dulu, minggu transisi.. belum belajar pun. katanya hari ni ada senamrobik. Have fun anak2 ku.. 

Buku-buku pulak masih belum habis sampul. Ada yang baru terima. cikgu garang kata saya bagi tempoh 2 minggu untuk sampul. haa... kecut perut si aqil :-) terpaksalah ibu angkut buku pergi opis sampul time rehat. kalau kat rumah, ramai naw peminat duk kerumun. tiba2 sampul pulak habis dapatlah 4 buku je.. aiseyman.. balik ni kena beli lah sampul buku. Aku suka yang plastic matte tu, tak nampak kotor sangat. kalau sampul pun, tak de rambut2 yang melekat hehehe..

Oklah time to go back.. nak masak apa ye petang ni ... blurr.. bye wassalam.. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails