Wednesday, December 27, 2017

Good Bye 2017

Assalamualaikum...

Dah nak habis penghujung 2017.. Alhamdulillah banyak kenangan manis tahun ni. pahit pun ada tapi light2 je lah.

Kenangan tahun 2017 dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2016

Dapat naik pangkat setelah hampir 9 tahun menunggu. Cari pengalaman di pejabat baru pulak.

Dapat memenuhi hasrat sampingan iaitu sebagai Juruukur Bahan Berdaftar. yeahh...

Kenangan pahit - anak2 masuk hospital iaitu adam dan auni.. merasa dua kali duduk hospital

Perkara menyedihkan - terpaksa melepaskan my cousin a.k.a auni babysitter balik kampung. sedih tau. lebih2 lagi bila tengok auni mencari cik chahnya. hmm ibu pulak bila masuk rumah macam terbayang2 je cik chah lalu lalang. time balik ada orang bawa keluar barang basah dari peti untuk dimasak for dinner. Sebelum pergi kerja ibu mesin kain dan balik kerja tengok baju dah kering sume.. ni bila tak de cik chah, ibu kena buat sendiri dan kain-kain tu kena tunggu turn malam baru boleh sidai atau mesin malam esok pagi baru sidai.

Memanglah bila ada depan mata kadang tu ada je rasa tak puas hati. ada je komplen bebel2 makcik sorang ni.. tapi bila tak de memang banyaklah benda sebenarnya membantu. huhu.. so ibu kena move on dan belajar lah hidup sendiri. takes time juga sebab sebelum ni anak tiga ok je handle rumah sorang2 kan.. tak pe, slowly but surely will cope with the new situation. macam semalam pegi makan sushi, bertebaran berlari2 anak2 aku kt mall tu. haish sabo jelah.. lepas ni nak shopping barang dapur kena pergi sorang je. atau berdua tapi yang lain tak yah turun. kejam pulak macam tu. haha.. 

apalah susah sangat fikir.. Allah kan ada. doa lah banyak2 agar Allah mudahkan semua urusan. 

So di tahun baru 2018 ni, ibu berharap perkara yang baik2 sahaja.. mama ayah mak diberi kesihatan tubuh badan yang baik. Suami sihat, tak lupa diri, ingat Allah, lebih dekat dengan tuhan, dimewahkan rezeki.. untuk diri sendiri pun sama juga harapannya. kita beria mengharapkan orang jadi baik itu ini, tapi diri sendiri pun kena berubah dulu kan :-) untuk anak2 ku yang 4 orang tu, ibu doakan semoga sentiasa dalam lindungan Allah selalu, diberi kesihatan tubuh badan yang baik, jaga akhlak peribadi dan tingkah laku.. so ibu tak payah terjerit2 lagi marahkan korang.. dari segi kerjaya, aku harap aku lebih berjaya, belajar dari pengalaman..  

Aamiin.. Wassalam.. good bye 2017.. Welcome 2018 and be nice to me :-p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails