Monday, August 7, 2017

kisah potty train adam

Assalamualaikum...

Hai semua.. tergerak di hati nak mencoret sesuatu di dalam laman istimewa ni.. sebenarnya aku baru satu hari potty train adam semalam :-) tapi macam tak dapat rentak lagi dak dam tu. so aku pun mengimbas kembali kenangan potty train aqil dan aisyah.. wah rupanya bukanlah aqil cepat sangat pun belajarnya. sehari berapa jam je free diapers.. hmm rasa berdosa plak dengan adam sian dia asyik kena marah je. rupanya aqil pun amik masa sebulan juga nak pandai :-( boleh refer entry dolu-dolu camana aku ajar aqil potty




Untuk tidak melepaskan peluang.. meh sini nak jot down something pasal potty train adam..

Adam trained masa umur dia 3 tahun 4 bulan.. agak lambat di situ.. tapi tak delah jauh sangat gap.. lebih kurang umur aqil aisyah jugaklah.. tergerak nak latih dia sebab nanti bulan 10 akan ada follow up kat paed.. selalu pergi sana doctor akan tanya dah potty train ke belum?? patut dah boleh ajar ye. hehe.. tersenyum macam kerang busuk lah kami.. tapi tak sempat nak ajar sebab weekend kami selalu ke sana ke mari. untuk pengetahuan kawan2, adam dah pakai pampers size XL. share pulak dengan aisyah sebab malam dia tidur pakai pampers..so satu bulan adalah 4 bungkus untuk dua beradik ni. selalu aku akan cari kedai yang offer. paling busuk dapat RM 32 sebungkus, total kalau 4 bungkus dah RM 128.. tu belum masuk auni lagi ye. hehe.. so kos untuk benda yang dibuang-buang ni adalah lebih kurang 200 sebulan.. 

jadi semalam adalah hari pertama untuk anak kesayangan ibu ni.. pagi2 elok je bangun tak de terkucil pun.. siap bawa gi padang main, elok je keadaannya. aku atur dia setiap 20-30 minit sekali. tapi hasil yang kuar tak banyak.. curious juga sebab minum susu 8oz kot.. rupanya dia simpan.. hasbund cakap maybe dia tak reti lagi nak control camana nak kencing. selepas tengahari tu aku naik angin sebab dalam masa 1 jam 3 helai seluar dia tukar sebab dah berpeta. bagusnya dia tak kencing menjejeh2.. cuma berpeta so kita dah boleh angkat dia masuk toilet. sambil bebel2.. itulah hobi ibu kan :-p

Then masa dia nak tidur petang jam 3 petang, aku pakaikan balik pampers. then bangun tidur, kitorang siap2 pegi Jusco.. maka berakhirlah kisah potty train muhammad adam.. hari ni ingat nak sambung kat rumah pengasuh, tapi kena tengok kesibukan pengasuh juga dengan anak2 lain. tapi setelah aku baca pengalaman dengan aqil dan aisyah dulu , jadi aku bagi chance lagi pada adam.. ok adam. sila beri kerjasama ye.. sayang ibu..

hadiah untuk dia semalam, aku belikan dia spender cap jusco 5 helai.. itu pun RM 20 okey. haha.. hari ni dia dah bawa gi rumah pengasuh..

okey itu je coretan kali kedua untuk tahun ini. masya Allah.. merudum terus hobi berblog ni ye.. korang leh tengok kat IG je aku banyak update kat sana :-) bye.. wassalam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails