Monday, October 24, 2016

Oktober Update

Assalamualaikum...

Hallu... lama tak jengah blog ni.. bukan takat malas dah nak menaip, tapi bukak pun jarang dah. hehe.. sian anak ibu auni hafsa.. tak banyak ye kenangan ibu cerita kat sini. kebanyakkannya ibu suka update dalam IG je.. kalau dalam FB pun tak berapa suka nak update. yang paling banyak dalam IG kisah kami semua. hehe..

Auni Hafsa semalam dah genap 4 bulan.. semalam juga lah dia banyak karenah. kurang tidur.. merengek je. ibu saspek dia kembung perut sebab dia banyak kentut2.. hmm ni mesti sebab ibu makan fries mekdi sebelum tu sebab ibu pun ada angin puspus gak hehe..perkembangan terkini dia ialah dia belum lagi pandai meniarap. tapi mengiring2 tu dah boleh lah. kalau menyusu dah pandai menggiti. ibu cek juga dah kuar gigi ke budak ni sebab agak sakit dan kuat juga gigitan dia. hehe.. tapi tak de gigi lagi pun.. upss.. berat masa 3 bulan hari tu dah 5.4kg.. kecik je anak ibu ni tapi agak tinggi juga. hehe.. dah pandai senyum ketika diagah.. tak leh letak. kejap boleh lah, selebihnya suka didokong.. 

Bulan ni juga besday suamiku. Happy birthday my dear husband. hadiah nantilah ye. tapi kalau en suami minta ibu kasi je. kekeke.. tapi nampak gaya dia bukanlah seorang peminta hadiah tak macam bininya. kekeke... Bulan ni juga bulan exam untuk anak2.. aqil dan aisyah.. haish camana gayalah korang exam. ibu boleh tolong sikit2 je lah. yang selebihnya terserah kamu. kalau dah takat itu kemampuan kamu, nak buat camana.. ayah dah sound ibu dah kerana mengeluarkan kata2 yang tak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang ibu terhadap anak2 nya. huhu.. ibu sentiasa mengharapkan segala kebaikan yang Allah berikan berpihak kepada anak2 ibu.. aamin..

dik dam pulak. anak istimewa di hati ibu... bila teringat dia rindu pulak. bila ada depan mata asyik terjerit2 je ADAM ADAM ADAM... adam no!! adam pegi turun bawah!! adam makan baik2!! adam diam adik tido!! semuanya adam dengan nada terjerit.. dia dah 2 tahun 6 bulan.. very busy to explore. rumah ku dah jadi kanvas tempat dia conteng2.. kat mana2 mesti ada tercalit pensil or marker hasil karya adam.. esok ada check up pendengaran pulak. bulan depan baru gi speech therapy sebab dia delay in speech.. 

Hari sabtu lepas kami adakan hari keluarga untuk pejabat ibu.. staff seramai lebih kurang 14 orang je. tapi bila dah kumpul family masing2 jadi ramai juga. meriah. yang paling meriah ialah sebab ada BBQ ayam dan kambing. nyum nyum.. tempat pilihan kami ialah Impian Rimba Resort di Hulu Langat. Ok we have fun here. selain dari pilihan air sungai,ada juga kolam sebagai pilihan kedua.. kanak2 mestilah suka.. pantang nampak air kot.. Main sukaneka... hmm best la juga. yang penting mesti ada sokongan dankerjasama dari semua pihak. Jangan kita sorang je yang beria buat research, cari quotation, last2 ramai tak nak join tak best juga kan.. yang ni semua staff join kecuali yang bersalin awal tak dapat join lah hehe.. 

Ok tu je nak update.. panjang umur jumpa lagi. bubai.. 

Friendship forever

aqil and aisyah met new friend

dik dam yang takut air akhirnya terjebak suka sangat main air


wassalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails