Friday, September 9, 2016

2 months update

Assalamualaikum...

Hello and hi!!

Yeah.. sudah 2 bulan. dan aku pun dah masuk keje 1 september lepas.. hari ke 70 dah berada di opis ye.. kerja sudah melambak2 menunggu ku hehe.. baby auni pun dah 79 hari lah hari ni. Alhamdulillah.. Update check up 2 bulan dusah semestinya berat badannya yang ditunggu.. yeah naik 1 kg dak kecik ni. Now beratnya dah mencecah 4.9kg. Alhamdulillah..

Perangai terbaru 2 bulan dah pandai senyum dan ketawa bila diagah. dah pandai tak tido malam ye kawan2. huhu. ni yang buat aku rasa nak menjerit. huhu.. tidur adalah kemestian ibu ye nak.. tapi mengapa ekau bangun malam2 dek non. bangun kalau duk diam je tak pe. ni ek sana ek sini. serba tak kena. macam malam tadi, jam 4 pagi dia bangun.. berak. ok. tukar pampers. sampailah ibu nak pegi work baru dia tido.. sampai siap2 kena mandikan awal pagi tu. tapi pakai heater sudah pasti.. Nak tak nak ibu kena pegi keje jugaklah. Alhamdulillah tak delah ibu nak tido kat opis. kerja dengan bersemangatlah juga. cuma biasa malam2 la aku akan tidur seawalnya lepas isyak dah off. tinggallah anak2 yang lain ye.. hehe..

Perkembangan anak2 lain.. dah tentu si manja adam. lately dia nak sangat perhatian. suka tarik perhatian. tapi dia anak yang baik sebenarnya. cuma kita lah yang tak pandai nak kawal.. bila ibu marah dia akan tengok je muka kita. suka punggah barang. suka kacau ibu kat dapur. suka main barang kakak. kakak dahlah garang macam singa. tu lah pencetus keriuhan rumah kami ni.. bila tengok adam rasa siannya anak ibu ni. baru 2 tahun 4 bulan..makan banyak dia. susu pun kuat. koyak poket ibu ni. hehe.. dia antara yang tercerah di kalangana dik beradiknya. hehe. isi badan pun gebu.. ada pipi sedap cubit. kalau pukul orang, alamak sakitnya. kalau tolak ibu ni bergerak aku tau. haha..

Kakak aisyah pulak sekarang ni suka memberontak. suka cakap jerit2. tapi ada masa dia sedar. nanti dia buat pengakuan tak nak lawan cakap ibu. tapi kejap je. pastu kembali ke perangai asal. hehe.. gangster sikit dia ni. suka cubit2 adam dan pukul. marah sikit nangis lebih. bingit.. 

Aqil. dengan dunia sekolah nya..main je kejenya. kerja sekolah yang dia paling suka buat ialah DSV. yelah, itu je yang memerlukan bantuan ibu bapa. yang lain2 dia boleh buat sendiri. tak tahu apa yang difahami kat sekolah. tapi belajar oklah. tak de lah nombor corot. janji dengan dia kalau dapat A sume ibu kasi hadiah. dia nak PSP. huhu.. makin tak belajar lah jawabnya. 

Aku pulak. dah ada pembantu yee... import sepupu dari Kluang special sekali untuk jaga auni. sebab auni kan tak boleh masuk nursery sebab batuk kokol tu kan. pastu pengasuh sediada tak boleh jaga dah sebab ramai.. tak menang tangan. so aku pun tak tergamak lah nak paksa.. alhamdulillah rezeki auni. semoga dapat membesar dengan baik kat rumah sendiri. dijauhi daripada penyakit2. tapi tak juga, kakak dan abang pembawa virus selsema dan batuk. apa lagi, kena jugalah baby ni..

okeylah. time to stop. Selamat Hari Raya AidilAdha.. semoga selamat pergi dan balik dari kampung.. aku pulang ke Johor.. Cuti seminggu. tapi dalam pada cuti seminggu tu hati ku diopis sebab keje banyak dan date line bertepek2.. dapat pulak big boss yang macam &*^%&. sekali kena hamun makan tahun takkan dilupakan. cewah..

bye. wassalam
my 2 months baby girl 
my aqil and aisyah. celebrate merdeka day at kindy

Monday, August 1, 2016

Pengalaman bersalin anak ke empat

Assalamualaikum..

Sampai dah nak habis pantang masih belum cerita pasal pengalaman bersalinkan auni kan. Hehe... anak2 sebelum ni x sabar2 nak cite.. kuar wad terus cari laptop nak update blog hehe.. mungkin faktor usia mungkin. Hehe.. atau pun orang dah tak tulis blog sangat dah sekarang ni. Semua live update kat fb or social media yang lain. Kalau gitu, bolehlah tulis merapu kat sini kan. Hmm tapi x leh gak.. kang viral blog ko kena caci pulak. Kekeke..

Ok2.. back to the title. Pengalaman melahirkan auni ni boleh dikatakan tak terasa sangat sakit nya tu. Bukan nak kata tak sakit melahirkan tapi sakit dia dalam sejam gitu jelah terus keluar budak bertuah ni.. actually aku fed up menunggu bilalah baby nak keluar ni. Sebab abang kakak dia 37 minggu dah selamat dah. Auni lebih seminggu dari abg kakaknya iaitu 38 minggu..

22 Jun 2016

Hari tu nuzul quran. 17 ramadhan. Cuti. Aku selalu berharap moleknya kalau lahir 17 ramadhan ni. Amik berkat nuzul quran. Tapi perancangan Allah lebih baik.. hari cuti tu aku tido je. Bosan menunggu kelahiran. Pastu aku scroll2 fb cari petua nak bersalin cepat. Pastu aku bangun tido dalam pukul 2 lebih tu.. dalam hati jomlah basuh toilet walaupun toilet aku tu takdelah kotor mana. Tapi x pelah. Exercise squatting sikit2..

Dah settle basuh toilet. Nak mandi pulak. Sekali tu ada lendir campur darah sikit. Dalam hati wah inilah tanda yang ditunggu2.. terus panggil hasben bagitahu dah kuar tanda. Tapi tak sakit pun. Dalam hati berbelah bahagi. Nak gi hospital ke. Kang mesti kena korek punya. Hmm sebab tak sakit kita gi jj dululah. Sebelum tu call mama bagitau dah kuar tanda sume.. kalau ikutkan dia nak datang esoknya sebab ayah keje kan.. ntah camana datang juga hari tu. Tujuan nak suruh mama datang untuk tunggu anak2 aku masa aku kat hospital..
Jadi jalan2 lah kita ke jj.. aku dah buka puasa pun time tu. Orang kata buka la. Nanti tak de tenaga nak bersalin. Rupanya tak bersalin juga hari tu. Rugi 1 hari puasa ku huhu. So malam tu mama ayah sampai.. dalam pukul 11 malam decide jom lah gi hospital. Kalau kena balik pun x pe.  Maybe x buka banyak lagi kot jalan. Bila sampai PAC hospital ampang, nurse suruh tukar uniform. Eh, kena tahan ke apa ni. Huhu.. bila cek bukaan dah 3 cm.. so masuk wad dulu. Ramai orang nak bersalin bulan puasa ni weh.. sampai labor room pun penuh.. so check in la aku kat hospital malam tu.. menunggu tengah malam ke sakitnya.. hmm tak de plak contraction bagai..

23 Jun 2016

Dari bilik sorang kepada bilik 4 pindah ke wad biasa yang ramai2 tu.. uniform ke labor room dr pagi lagi dah tukar.  nurse bagitahu standby nak masuk lab room. Ni dari pagi ni. Oleh kerana tak sakit, ikut turn pulak. Aku dapat agak lepas katil ni katil lain pulak. Sekali tu turn aku pukul 4 petang tu. Siap dah call husband bagitau siap2 la ye. Yang tanda darah kuar tu tak de terus. Hilang. Bersih. Huhu. Masa doctor check jalan malam tadi dia jolok dalam sikit nak bagi cepat. Tapi tak jalan juga. Mild contraction. Sikit2 je sakitnya.. so ready la ke labor room..

Kali ni tak de rezeki nak dapat bidan perempuan islam. Bidan tu kerek sikit tapi oklah. Muda weh tgk ic dia tahun 90an tak silap.ke aku yang dah tua. Hehe.. air ketuban dipecahkan. Disuruh kangkang luas2 aku macam eh dah masa nak beranak ke.. aku tak sakit lagi ni. Gituu.. husband dah boleh masuk selepas air ketuban  dipecahkan. Bidan tu buat keje sorang je semua preparation. Dia la tolong godek2 aku nak kasi cepat bukaan. Sebab baby tido. Dalam masa 1 jam tu cepat jalannya bukak sebab dia tolong korek. Dah macam main getah kat bawah tu. Huhu. Lepas dia korek dia kata dah 5cm. Masa tu lah contraction kuat.. dia masuk juga ubat drip nak kasi gesa lebih kuat.. aku tak tahu lah aku minum air banyak ke apa. Tapi tengah sakit2 tu aku terasa sangat nak kencing. Aku cakap nurse nak kencing. Pastu dia pasangkan tiub untuk aku kencing. Aku sedap jelah melepas. Yang sebenarnya kena kontrol air kencing supaya pegi ke tiub. Ni dah melimpah dah. Haha. Mana aku tahu.. tak tahan nak membese..

Then proses bersalin diteruskan. Bila aku rasa macam nak terberak dia suruh teran..aku pun yek yelah meneran. Adalah 2 3 kali push. Last push aku tutup mata kuat2. Bidan tu tolong main getah juga time tu. Huhu.. bila kepala keluar dia tolong juga keluarkan badan baby. Alhamdulillah selamat bersalin jam 5.41 petang dengan berat baby 3.51kg.. sebelum bersalin tu dia tanya boleh tak nak amik/derma darah tali pusat. Kalau ada kanak2 lain yang sakit boleh pakai darah tu tapi bergantung pada keadaan tali pusat tu juga. Masa dia tengah settlekan tali pusat tu uri aku dah terjojol keluar sendiri dah. Lepas tu doktor masuk. Konfius. Tadi saya dah cek akak kan. Aku cakap dah. Ok. Dia pun kuar. Pastu masuk balik. Aku cakap doktor saya dah bersalin lah. Haha. Dia kata alamak konfius saya. Cepat sangat. Then dia kuarkan ketul2 darah. Sebelum tu perut aku memang sakit sebab proses nak kecut rahim tu. Staff nurse datang cucuk kat peha nak suruh kecut rahim..

Sejurus baby kuar. Dia letak kat dada dengan lendir2 putih tu kan. Dia ckp encik nak qamat bolehlah. Hehe. Dah biasa agaknya dengan kelahiran orang Islam ni ye ☺ settle sume dia transfer aku ke katil yang bersih. Tukar baju sume letak kt koridor luar. Tunggu makanan sampai dia suruh aku makan. Masa ni aku menggigil kesejukan juga. Lagi sekali, aku rasa nak kencing sangat. Huhu. Nurse suruh gi toilet. Tapi bila aku bangun rasa nak pitam. Then dia tolak balik masuk labor room tu kasi aku mangkuk untuk aku kencing. Gila banyak air kencing padahal tadi aku dah kencing kot. Huhu..sementara tunggu baby siap, aku makan dulu. Bidan india tu siap sound aku suh makan cepat jangan main hp hehe. Time tu orang dah prepare nak buka pose dah 6 lebih kot. So transfer balik masuk dalam wad biasa.

Gitulah ceritanya pengalaman kali ini. Kira aku bermalam di hospital 2 malam lah.. dapatlah tengok ragam orang bersalin. Ada yang masuk labor room lama, ada yang baru kena tolak eh dah kuar dah siap bawa baby. Rezeki masing2. Yang penting malam tu aku tak boleh tido sebab lampu cerah dan baby pun dah pandai menangis huhu.. lagi 1, kalau nak bersalin tu tak payah lah jerit ke menangis kuat2. Malu lah lepas tu dengan doktor dan nurse. Hehe..

Ok panjang lebar dah cite. Kang senang2 aku sambung lagi ye. Segala doa dan hajat telah Allah tunaikan. Allah maha pendengar. Masa pregnant aku selalu cakap dapat 2 minggu puasa pun jadilah. Taknak ganti banyak2. Hehe. See. Allah kabulkan 16 hari aku dapat puasa. Ok2. Babai..  Wassalam.

Sebelum bersalin g jj dulu

Layan dak dam main

Auni semasa di hospital day 1 

Wednesday, July 27, 2016

Majlis aqiqah auni

Assalam..

Majlis aqiqah auni berlansung pada hari raya ke 12.. alhamdulillah.. selesai 1 bab.. kalau ikutkan nak masuk nama kat ez qurban tapi alang2 ayah nak buat open house join sekalilah. Aku join open house ayah combine sekali dengan krt taman aku. Ada 2 kambing golek krt punya dan 1 kambing aqiqah masak gulai manis kot nama dia.. menu lain ialah laksa johor, tapai, nasi himpit apa lagi ntah.. ramai sahabat2 ayah mama yang datang. Special sangat bila ada sahabat ayah dari medan bu mai dan pak alin sudi datang. Dan juga mak sedara dr trgnu sekeluarga.. Kawan2 aku of course la x dpt dtg sebab semua dah balik ke destinasi masing2 kan..

Alhamdulillah murah rezeki auni dan abang kakaknya. Kita amik konsep macam ni lah. What u give u get back. Even more than that 😁 semoga murah rezeki sesiapa yang kasi anak2 aku duit raya. Nak masuk tabung haji jelah nanti. Nak buka akaun th untuk auni. Untuk saving auni, kali ni turn ayah auni la kena potong gaji. Kekeke..

Jom tengok gambar sekitar majlis aqiqah auni. Tak banyak sebab ibu tengah pantang tak beria sangat eh nak snap2.. ok bubai. Wassalam..

1 month little girl

Assalamualaikum..

Hari ni pantang yang ke 35. Lambatnya nak habis 44 hari huhu.. betullah orang kata. Syoknya duduk rumah tapi yang tak syok berpantang tu.. tak boleh pegi mana2 huhu. Tapi ada lah 1 hari tu aku kuar gi parkson kejap beli something. Hehe...

Auni dah sebulan. Alhamdulillah.. dah selamat divaksinkan. Aku ingat tak dapat cucuk hari tu sebab dia batuk dan selsema sikit. Tapi lepas jumpa doktor, dia kata boleh cucuk so oklah. Tak payah repeat datang klinik lagi (untuk cucuk sahaja). Masa datang tu aku declare auni ni ada batuk kokol. Terus nurse tu tulis besar2 dalam buku pink dia. Memang ramailah hari tu. Sampai hasben aku terpaksa amik cuti sebab dari pkl 8.30 sampai 11.30 masih di klinik. Huhu..

Oh lupa. Catatan paling penting mestilah berat dia kan. Untuk sebulan berat auni 3.9kg sahaja dari 3.5kg masa lahirnya. Alhamdulillah. Aku x expect banyak naik sebab dia kan tak berapa sihat. Lagi 1 sebab dia gegirl so naik x banyak sama macam aisyah dulu every month 500gram only.. so everything normal lah dari segi bmi, ukur lilit kepala semua. Alhamdulillah.

Keadaan auni sekarang masih lagi batuk. Antibiotik dah habis makan semalam... langkah lain aku adalah beli minyak2 untuk mengurangkan batuk dia such as myk mujarab asma seperti yang diwar2kan dalam fb. Agak mahal juga tapi testimoni orang menyebabkan aku terbeli. Hehe. Lagi 1 yang kawan aku suggest essential oil dari young living. Yang ni pun aku tengah apply kat auni. Bau dia memang best. Aku amik 'perisa' RC. Ni seperti yang kawan aku suggest untuk batuk dan selsema lah. Beli dari blogger kasih kita a.k.a jiey ☺ jiey kasi 1 free e.o lemon. Aku memang minat benda2 wangi ni. Nanti ada duit nak beli diffuser dialah.. perisa lavender my fevret. Benda ni bukan sahaja mewangikan tapi ada function2 tertentu bagi setiap e.o tu.. kena banyak belajar lagi ni. Hehe.. agak mahal untuk benda cenonet tu tapi demi anak beli jelah.. aku sapu setiap kali lepas mandi.. kesan dia tak nampak lagi baru beberapa hari pakai.. huhu

Anak2 lain pulak sedang demam sekarang ni. Sian aqil dan adam. Aqil tu bila dah besar jarang demam compare masa dia duk nurseri setiap bulan demam. Now tengah demam. Adam pulak demam plus mata kiri merah. Sakit mata ke? Hmm.. kasi makan ubat demam dulu sebab baru lagi demam kan. Hingus meleleh je. Sian adam. Nak tido dengan ibu bila dah sihat ye.. bukan apa..kalau berjangkit dengan auni lagi susah la nak menjaga nya.. nauzubillah..

Oklah.. good nite.. wassalam. Nah belanja gambar auni satu bulan. ☺

Tuesday, July 12, 2016

Baby masuk hospital

Assalamualaikum..

First of all i wanna wish selamat hari raya kepada semua umat Islam di seluruh dunia amnya dan khusus buat pembaca blog ini.. raya tahun ni memang tak  rayalah bagi ku. Baju raya pun ada sepasang je.. keluar beraya hari pertama je tu pun buat cukup syarat pergi rumah nenek je.. tapi totap melawa weh. Haha.. tak delah melawa mana pun. Orang kalau tengah berpantang, make up camana pun still nampak muka sembab tu. Lagi lah kalau yang baru 12 hari macam aku hari tu.. gambar 1 family pun tak de. Kalau ada gambar hasben tak masuk pulak. Gitu. Takpelah kita tunda raya haji pulak ke huhu..

Now dah hari ke 20 berpantang. Actually aku ni pantang pun tak serupa pantang ok awal2 hari sibuk ulang alik amik darah auni.. now korang teka apa pulak ye.. hari ke 20 aku CHECK IN HOSPITAL pulak!! Dugaan sungguh. Sebabnya auni berjangkit batuk dengan aku.. baby kalau batuk memang kesian.. dia batuk jenis tak lepas sampai naik lebam bibir dan mukanya. So tadi nurse datang rumah nak timbang berat. Dia kata bawa ke emergency sebab kesian tengok dia batuk. So pegilah dengan mama. Sekali tu kena masuk NICU pulak.. aku kena datang bawa susu perahan.. sekali tu petang dapat call dari nicu (berdebar betul time tu), cakap suruh hantar baju baby sebab nak bawa masuk wad. Ingatkan getting better.. rupanya kena pindah dari nicu sebab wad isolation tu penuh. Tak nak jangkit dengan baby lain. Kena pindah wad kanak2 dan ibu kena bermalam jaga baby. So here i am taking care of my precious baby.. 😢😢 tinggallah abang adam dijaga oleh tokma.. sian adam. Aku cakap ibu pegi work. Siap salam cium sume.. upah dia beli air epal dalam tin.. tido dengan tokma malam ni.. adam kan dulu tak nak dengan orang. Sekarang alhamdulillah dah boleh dah bergaul.. alhamdulillah ada atok dan tokma boleh tengok2 kan adam..

Di saat orang lain sibuk beraya sakan, makan itu ini,mulalah aku rasa sedih bila kena masuk hospital ni. Tengok auni batuk pun aku rasa sedih. Dengar pulak doktor bagitau keadaan auni. Dia kata saspek pertusiss a.k.a batuk kokol.. aku pernah tengok video kanak2 pertusiss dlm fb tapi punca jangkitan dari kanak2 lain sebab tak vaksin. Memang sedih.. tapi auni tak delah sampai macam tu.. tapi bila di google2 apa benda pertussis ni rasa ya Allah janganlah auni jadi macam tu. Takut😢😢 doakanlah semoga auni cepat sembuh. Dia tak delah sesak nafas cuma bila dia batuk tu nak lepas batuk tu susah sangat tengok. Sampai lebam2 dan terkincit2 lah...

Dahlah dapat bilik sorang. Yelah isolation room.. takut pulak nak tido. Esok pagi auni kena makan antibiotik. Aku ada dengar juga nurse kata nak amik sample kahak. Tapi aku dengar macam kena sedut kahak. Malas pulak nak menyampuk tadi. Bila doktor tanya ada nak tanya apa2, aku macam tak tahu nak tanya apa. Yang pasti aku tanya lama x duduk wad 😂😂  doc kata tengok perkembangan dia dulu. Kalau dia respon dengan antibiotik oklah.. tadi ada bekalkaa 12 oz ebm. Tapi aku tengok tak berusik pun. Mesti susu hospital yang dia bagi padahal dah cakap dh saya bawa ebm. Hmm..

Hari sabtu ni aqiqah auni.. tapi aku rasa nak letak dalam bilik je lah auni. Tak payah round sekali dengan marhaban tu. Kang ada makcik2 yang batuk2 ke camna. Huhu. Tak payah makciklah, ni ibu dia pun tak baik betul lagi batuknya.. tapi takkan ibu dianak mengelak dengan anak sendiri kan. Huhu. Aku pun tak minta batuk ni. Sebelum bersalin lagi dah batuk2. Nak makan ubat mengandung pulak.. bulan puasa plak tu kurang air.. hmm semoga Allah ampuni dosaku.. sembuhkanlah anakku ya Allah. Aku ni dah lah dalam nifas lagi. Camana lah nak solat hajat or nak minta dengan Allah semoga cepat sembuh anak ku ini.

Oklah selamat malam..

Dari katil hospital..

Wassalam..

Thursday, June 30, 2016

Auni Hafsa

Assalamualaikum..

Auni Hafsa nama puteri terbaru kami. Ni pilihan ayahanda dia ye.. dah macam2 idea kasi tetap dia berkenan nama ni juga. Huhu. Tak pelah.. Maksudnya pun bagus. Auni bermaksud ketenangan. Hafsa pulak nama isteri Rasulullah. Suami berkenan betul dengan sifat peribadi Hafsa iaitu mengingati Al-Quran dalam hatinya.. semoga akhlak auni hafsa ni seiring dengan maksud namanya..

Alhamdulillah hari ni dah hari ke 8. Tali pusat belum tanggal lagi. Kuning pun belum turun lagi. Bacaan tadi 13. Dah 2 hari statik 13.1 tapi hari ni turun 0.1.. esok kena amik darah lagi pagi2.. tadi check aku sekali sebab doktor tanya aku sihat ke tak. Aku kata ok cuma batuk dah 2 minggu kot. Doktor kasi ubat antibiotik dan ubat batuk. Pastu kena amik sample kahak takut tibi.. batuk aku sampai sakit perut ni. Yelah nak tahan batuk, nak tahan peranakan aku dari turun tiap kali batuk.  Sampai terkentut2 tiap kali batuk huhu.. memang seksa la.. camanalah orang yang operate tu kalau batuk. Huhu

Jaga auni ni oklah.. dia kejenya tido je kan. Tapi kuat susu juga. Kalau masa aisyah dulu takde nya nak susu. Aku boleh layan tido.. tapi auni ni kejap2 ehek2 nak susu.. ok jelah kasi, bagus untuk turunkan kuning dia. Esok harap sangat kuningnya turun lagi.. kencing dan berak dah banyak dah kot.. kali ni aku tak ikut sangat petua2 kuning tu.. aku banyakkan breastfeed je..

Dari segi berpantang pulak, aku ok2 jelah. Moderate ☺ urut dah 3 hari dah habis. Sebelum balik johor aku dah mengurut sekali.. yelah masa tu dah sakit2 badan.. dari segi makan pulak lauknya lauk orang pantanglah. Ikan bakar, lada hitam dan sayur.. sarapan biskut cicah milo. Itu je. Ringkas. Vitamin2 masa pregnant masih makan.. dari segi penjagaan badan pakai bengkong dan tunku juga.. masa makcik urut tu ada dia rajinlah pakaikan param dan pilis. Habis je urut terus tak pakai. Yang kat dahi tu panas betul. Bila kering dia jatuh2 atas muka baby.. cepat2 aku basuh. Huhu. Tengok2 dahi merah je.. yang rajin aku pakai krim barut sapu kat perut. Dengan harapan cepatlah kempis perut ni hehe..  stokin pulak tengok rajin ke x pakai. Panas weh.. stokin tebal pulak tu huhu. Pakai time malam je lah..

Oklah.. nanti rajin2 aku karang pulak pengalaman bersalin anak ke 4. Bye. Wassalam.. upss selamat bercuti bagi yang nak balik kampung berhari raya. Seronoknya balik kampung !! Bye...

Sunday, June 26, 2016

Introducing our new bundle of joy

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. aku dah selamat melahirkan seorang lagi cahaya mata perempuan.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana mendengar rintihanku tak nak di induce or operate.. Kali ni pengalaman yang berbeza. Yelah lain2 anak lain la pulak pengalamannya kan.. laterla will story about the experience ☺☺

Baby AH dilahirkan pada jam 5.41 petang 23 Jun 2016 bersamaan 18 Ramadhan 1437H secara normal dengan berat 3.51kg di Hospital Ampang.. Kus semangat juga baby ni. Doktor estimate 3.8kg.. haa.. nasib baik boleh kuar ye nak.. baby GDM ni hehe..

Sekarang dah hari ke 3 la aku bergelar ibu anak empat ☺ esok nak berangkat balik johor.. berpantang di sana pulak maybe selama sebulan. Ikut keadaan la camana.. bawa dak adam sekali. Haish camanalah nak berpantang dengan adam ni. Kalau aisyah dulu senang je kot. Bagi dia main playdoh dan pakai baju frozen kegemaran dia dah cukup ok dah. Ni abang adam ni tak tahu lagi camana gayanya..

Oklah2.. to be continue. Aku ni tak boleh tido sebab tadi dah tidokan baby sekali dengan aku tertido awal. Bangun pukul 12 kemas beg nak balik kampung.. nanti tengah malam cik adik kecil ni bangunla minta nenen ke. Huhu. Ok2. Good nite. Wassalam

Sunday, June 19, 2016

38 weeks and still counting

Assalamualaikum..

Hi alls!! Salam ramadhan hari ke 14.. ni aku tengah tunggu en abe beli daging ni. Katanya nak makan mi sup daging. Ntah ada ntah tidak daging petang2 ni kan. Hope tercapailah misi beliau nak makan mi sup daging tu hehe.. sementara tunggu diorang balik, mehla aku update blog kejap.

Alhamdulillah.. dah 14 hari kita berpuasa. Dalam mengira hari puasa ni, aku juga mengira hari bila lah aku nak bersalin ni. Memang itu je lah dalam otak aku tak de fikir yang lain. Dah pergi hospital ampang untuk further check up, so doctor decide 30 Jun admit ward la untuk induce. Huhu.. takut. Dengar experience orang sakit kot.. tapi mana ada beranak yang tak sakit kan. Bahagian masing2.. dan itu je lah doa aku setiap kali lepas solat supaya dipermudahkan urusan bersalin ni dan aku harap sangat x kena induce. 

Bila dah hujung2 ni.. gigihlah aku menyiapkan urusan kerja sampai stress aku. Sebab nak raya kan. Ada date line untuk submit payment. Sekali hantar berlonggok sampai nak muntah jadinya. Esoknya aku e.l terus. Pergi jakel ko.. haha. Cari baju melayu dan baju kurung anak2.. tak ketinggalan baju aku sekali. Spare la sepasang nak buat bergambar kot hehe... pegi pagi2 kedai x buka lagi pun hehe.. tapi oklah aku x nak bersesak jem time nak balik nanti. Pastu esok nya pegi lagi sebab nak tukar baju melayu aqil dan cari selai dua baju untuk en suami. Malangnya tak jumpa.. sian dia.. nantilah kalau ada rezeki dan kesempatan aku belikan sendiri hehe. Kalau tak,  pakai je lah t shirt tahun lepas elok lagi 

Ok2. Cite ramadhan hari ke 13 iaitu malam tadi. Ajak kaklong datang buka kat rumah. Menu makan nasi, asam pedas ikan merah, ikan bilis goreng cili api, tempoyak udang dan ayam kak long beli kat ayamas buat tambah2 lauk.. haa riuh dengan anak2 buah dan anak sendiri.. alhamdulillah. Seronok bila masakan yang kita masak menjadi.. yelah puasa kan. Expectation tinggi kot ☺ pastu aku try buat puding laici. 1st time buat. Senang je weh. Biasa aku jarang buat agar2 ni. Lepas ni boleh la tambah list desert yang sedap..

Oklah time to get up.. korang doa2 la aku mudah bersalin ye.. aku tak amik cuti pun.. terus cuti bersalin je.

Ok babai. Wassalam...


Sunday, June 12, 2016

37 weeks

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan...

Aku dah lebih 37 weeks pada hari ini. Kalau dak adam ni dah lahir dah dulu. Adik baby ni suka plak duduk berlama2 lamaan dalam perut ibu ye.. Alhamdulillah dah puasa hari ke 7 kan hari ni. Dapatlah puasa seminggu insya Allah.. tapi hari ni sedihnya tak bangun sahur.. setting alarm lari. Huhu.. tak de rezeki nak bersahur hari ni. Harap2 cergas sampai petang la 😢

So esok anak2 dah naik sekolah.. kenalah gosok baju semua.. mengadap kepanasan iron plak hari ni. Dak adam dah nak dapat adik banyak plak peel dia. Mengada2 lebih.. merengek je. Tak sihat pun ye juga.. selsema batuk.. sian dia..

Aktiviti memasak di bulan posa alhamdulillah dapatlah buat juga. Tapi x beria sebabnya en suami nak kurangkan makan nasi.. tapi ada lah aku masak lauk 1 -2 jenis. Kadang jiran2 bagi kuih dan lauk.. banyak sangat. Jadi tak suka membazir. Habiskan makanan jiran then sahur baru makan makanan yang aku masak ☺ tarawikh buat kat rumah je dengan hiruk pikuk anak2. Huhu..

Okeylah nak settle hal2 rumah dulu. Selamat hujung minggu kawan2... bye. Wassalam..

Tuesday, May 3, 2016

31 week pregnancy

Assalamualaikum...

Hallu May.. Bersiaran lagi kita sebulan sekali.. amacam cuti 3 hari korang buat apa? ha. aku terperuk je kat rumah berkubang dengan kain baju. hehe.. Adalah sabtu tu pegi Tesco beli barang dapur dan keperluan anak-anak. pastu en suami pulak tak sihat, tu yang memerap kat rumah jek.. sambil2 tu boleh lah buat preparation untuk kemas baju adik baby sikit2.. 

Tak banyak pun baju baby. yang beli adalah tak sampai 10 pasang. pastu godek2 baju abang dan kakaknya haaa macam elok lagi je hehe.. mittens and booties punyalah banyak. memang aku tak belilah kali ni. masa time adam dulu beli juga sikit2 sebab geram comel kan. hehe. Pastu pakainya sekejap je tak sampai 3 bulan pun.. yang lain-lain macam selimut, barut  dan bedung tu kita kasi recycle jelah.. dah masuk mesin pun semalam. tunggu kering je lah. selalunya sekarang ni hujan petang.. balik tengok baju2 aku dah sejuk. bukan sebab tempias ke apa tapi sebab cuaca sejuk tu kan. 

Sekarang ni, bila dah meningkat usia, penatnya lain macam.. jalan sikit rasa beratnya kaki aku ni. tengok kaki tak delah bengkak ke apa. sebab aku bukan jenis kaki bengkak.. kalau masak diri lama2 tu memang penat lah. ni 3 hari cuti berapa kali kena masak sehari huhu.. tu yang bila mengemas sikit, nampak katil landing kejap . hehe. memang macam kura2.. bangun balik, sambung mengemas.

So persiapan ala kadar sahaja. ingatkan nak beli tilam kekabu. tapi bila fikir2 balik tak sempat kot nak gi jalan2 GM nak tengok toto baby. dalam FB adalah jual tapi nak tengok sendiri depan mata baru puas hati gitu.. kalau sempat beli sempatlah. kalau tak, pakai je lah apa yang ada ye nak.. barang2 ada yang aku dah siap letak kat bilik bawah..

Untuk diri sendiri aku dah beli set bersalin Nona Roguy. Untuk breastfeed aku dah beli spectra M1. oklah tu kan. anak no 4 ni cutinya tinggal 2 bulan je. so kalau nak lebih amiklah annual leave.. kalau dapat lah kan.. cadangnya nak berpantang di Kluang sekejap.. yelah aku beranak masa bulan puasa tapi tak de lah balik masa puasa kot ek. kot kena nak dekat2 raya terus boleh balik raya sekali. hmm.. sebut pasal raya ni, tahun ni memang tak berayalah aku. banyak benda nak kena fikir. nak beli baju raya anak2.. nak kena siapkan laci budak2 ni kang terkontang kanting tinggal dengan apaknya.. kang ntah apa2 dipakainya budak2 ni sepanjang ketiadaan aku.. kalau baju raya tu macam nak pegi member sale sogo. selalunya dia akan buat sebelum bulan puasa. hmm.. means gaji bulan 5 ni la yek. hehe.. larat ke aku nak menggagahkan diri ke sana.. 

haish banyaklah keje nak kena buat. I need a help. huhu.. orang kata kalau dah nak bersalin selalunya rajin berkemas. maknanya aku ni lambat lagi kot. sebab lembab air je kalau bab mengemas ni hehe.. beg ke hospital pun tak de lagi.. 

Eh ooklah. actually hari ni aku kena buat BSP kat klinik. tapi aku dah pinjam alat BSP tu dari MIL.. haa merasalah buat sendiri pulak. Jimat masa tak payah kuar masuk opis.. tapi lately check up kena 2 minggu sekali dah.. keje berlambak.. adudududu.. oklah babai wassalam...

Friday, April 15, 2016

Happy birthday Adam

Assalamualaikum...

Hari ni 15 April besday adam yang ke 2!! Happy birthday anak ibu bucuk macam.. semoga menjadi anak yang soleh dunia akhirat. Senang dididik dan taat pada perintah Allah dan Rasul...

Bila tengok balik memory on this day rasa terharu sangat dengan ucapan tahniah masa adam dilahirkan.. baby tembam ibu ni 4.19kg.. sangat semangat okeh.. Alhamdulillah dah 2 tahun dah. Perangai 2 tahun dia ialah suka membongkar. Tak pandai cakap lagi. Pakai pampers size L. Minum susu dutch lady 1-2 ikut suka hati dia berapa kali nak minum. Botol tommie tippee je boleh. Yang lain tak mo. Tapi lately macam boleh masuk botol tupperware aqil tu bila tak jumpa cari botol adam hehe..

Hajat dihati ibu nak belikan dia basikal roda tiga ☺ main dalam rumah sudah.. insyaAllah nanti ibu belikan ye dak dam..

Hari ni juga ibu kena minum air gula for 2nd round.. aiyakk cannot tahan meh... nasib tak muntah.. sekali dengan cek perut. Hari ni dah 29 weeks.. berat 54 kg.   Loya lagi tekak ni sebab breakfast air gula. Huhu..

Okla till then. Menunggu turn amik darah dan jumpa doctor.. bye wassalam..

Thursday, April 7, 2016

28 weeks and counting

Assalamulaikum...

Dah lama tak jenguk blog kesayangan  ni. Now aku dah 28 weeks, InsyaAllah.. dulu2 rasa eh comel je perut aku ni. Now dah rasa hoih ini geng dak adam ke ni beso dalam perut ni. Huhu. Risau pulak aku 15.4 ni kena repeat minum air gula kang sangkut jenuh lah nak ulang alik gi klinik. Hope xde la kencing manis time ni..

Di saat penghujung trimester 2 ni.. banyak betul ujian untuk makyong ni. Emosi memang tak terkawal lah kan. Busy dengan kerja lagi. Sangat ok. Lately banyak sangat kerja sampai penat otak aku pikir. Balik rumah pun dah letih. Tapi bila muhasabah diri balik sentiasa ingat la kerja tu satu ibadah. Lillahitaala.. jadi jangan nak merungut2 sangat. Just follow the flow.. cuba untuk setangkas dan secekap yang boleh.. Pandai2 bahagi masa. Sape kata kerja government tak busy weh..

Malas nak cite pasal keje. Cite pasal babies aku lagi best. Hehe.. baby dalam perut ni InsyaAllah girl. Tu berdasarkan scan 3d 4d free kat poliklinik az zahra ampang. Aktif bukan main. Tengah ibu busy2 keje kalut malut dia sepak2 ibu. Ingatkan ibu ada baby ni dalam perut. Jangan kerut2 bu. Maybe baby dalam perut ni nanti keluar rajin dan aktif macam ibunya hehe.. keluar berjalan ke merayap2 waktu lunch hour jumaat masih larat. Baru ni gi tengok kain kat Jakel. Tapi sedih pikir tak beraya kot tahun ni huhu.. tapi sebat gak kain 2 pasang. Kuikuikui. Kain murah2 je nak bawa g keje. Pas habis soping seret kaki penat hoii.. vericose vein aku makin rancak menunjukkan kesan. Agak ngeri juga. Huhu.. hope hilanglah lepas bersalin nanti. Semakin besar perut semakin jelas garisan urat tu.. barang baby tak beli lagi. Masya Allah.. busy sgt ibu ni. Persiapan bersalin pun tak buat apa2 lagi. Cuma breast pump je dah beli hehe.. welcome new gadjet ☺

Dak adam pulak.. bulan ni 15.4 dak adam 2 tahun genap dah. Alhamdulillah.. ibu punyalah bz tak sempat cek appointment dengan paed kat hospital ampang. Rupanya dah terlepas 6.4 patutnya pegi cek kepala.. kenalah buat appoinment balik.laterlah.. masih belum clear lagi adam cakap. Lambatlah dak adam ni. Takpelah.. sian dia. Kuat susu. Bangun malam sekali minta susu. Nasib ada suamiku yang senang bangun malam buat susu adam. Tq suami 😙😙 nasiblah dapat suami yang memahami. Hehe.. yelah dah memboyot ni penat kot nak masak nak sapu2 rumah. Kalau tak masak memang beli jelah.. Tapi basuh kain lipat kain masih aku buat. Bab2 lain en suami boleh settle.. cayanglah dia hehe..

Aqil pulak. Dalam fasa membesar. Dah pandai macam2. Ibu berdoa jelah semoga Aqil sentiasa berada dalam jalan yang lurus.. elok peribadinya. Baik akhlaknya. Kena banyak sabar dengan budak2 nak membesar ni. Otak dia ligat sikit fikir ayat nak tipu ibu. Nak tipu ayah camana. Dia ingat ibu ni senang tipu. 2 3 kali pusing dah kantoi. Ni ibu aqil la.. jangan nak tipu ye. Belajar oklah boleh dibanggakan walaupun dapat no 23/39 dlm kelas, dalam darjah no 70/180++ Sekolah agama no 7. Budak2 ramai bijak2. Aku rasa dapat A semua dah okla tu kan. Rupanya idok.. kena dapat 100%  semua subjek baru ok kot nak dapat no 1. Hahaha.. matilah nak. Orang sekarang ni berlumba2 nak bijak. Ibu ikut takat aqil mampu je lah. Tapi soalan budak2 sekarang memang mencabar.. kena belajar lebih lagi untuk berjaya ok.

Kakak aisyah pulak. Makin seronok bersekolah.. dah pandai baca eja itu ini. Pandai buat homework sendiri. Balik rumah baca buku ok. Hehe..alhamdulillah. senang bela anak perempuan time kecik2 ni. Harap2 dah besar nanti pun senang ibu jaga.. risau.. minggu lepas dia makan duit syiling 10sen. Berderau darah ibu ayah. Terus zass ke hospital. Tapi bila scan tak de duit nya. Maybe dah sampai perut. Tercekik mula2 tu sampai muntah.. tulah suka sangat kolom2 benda dalam mulut. Dari baby sampai la ni suka mengutip... aish. Suka berangan tengok youtube make up2.. gegirl la katakan.. hehe

Oklah dah panjang benar aku taip ni. Hope jika Allah hidupkan aku hari esok keadaan akan lebih terurus.. Dipermudahkan urusan kerja dan keluarga. Semoga aku lebih bertenang dan kawal emosi. Sentiasa berada di jalan yang benar dan lurus. Ok bye wassalam.

Friday, March 18, 2016

Legoland 2016

Assalamualaikum.

Aku cuti 3 hari.. ambil peluang cuti sekolah bawa anak2 berjalan. Kali ni repeat legoland kali ke2. Tapi yang available sahaja yang pegi. Kalau dulu ayah mama dan adik beradik lain sume ikut. Now only ida dan ali je ikut tambah bawa cousins nak jaga anak2 kecik hehe.

Kali ni aku amik promo matta fair tapi beli online. Both park hanya rm158 for adult dan rm126 for kids . Below 3y.o tak payah bayar kecuali masuk water park kena caj rm11 sorang..

Kami gerak pukul 830 sampai ngam2 jam 10 pagi. Nasib dah print online kalau tak beratur panjang huhu... kami mulakan dengan theme park dulu. Letih juga berjalan. Tak habis pusing pun sebab budak2 ni sibuk nak main air.. jam 130 ptg kitorang dah gerak ke water park. Seronok sebenarnya tapi berpeluh tak ingat la.. adam pulak pesen tak nak jalan, nak berdukung je. Lagi bengkok ibu dan ayah. Huhu.. aku tak de la main sangat game2 dia. Tolong jaga baby dan beg.. huhu.

Oklah seronok. Cuma tak kesampaian nak naik train. Kalau tak preggy tentu aku dah cuba roller coster dia  hehe...  budak2 ni lebih suka main air. Panas berdenting tu amik kau balik sume kelabu muka. Aku sempat lah sapu sun block. Tapi kelabu gak  hehe. Adam sampai merah2 kulit dia. Aku masuk gak air. Suka main yang jalan dalam "sungai" tu hehe. Kami banyak lepak kat tempat kanak2.. adam la penakut sangat. Lama2 dengan ibu slow2 ajak dia jalan tepi2 baru nak cecah air suka2.. sian adam..

Aqil la paling excited sekali. Main tak ingat dunia. Danish pun pandai bawa diri main air. Berani dia. Sorang2 je ronda pool tu. Tapi takleh gak biar, takut tak perasan lemas ke kan.. ada life guard tu perhati.. nak cite banyak pun macam xdelah excited sangat sebab dah pernah pegi. Hehe.. tapi tetap seronok. Balik jam 5 dah siap2 tukar baju. Tak sempat nak beli2 sebab driver dah laju jalan. Tak tergamak nak beli keychain lego yang ada 6 biji titik tu. Rm21 lebih rasanya besar 2 jari. Tak berbaloi lansung.. huhu. Duit banyak habis kat beli makanan dan minuman. Biasalah tempat2 macam ni memang mahal makan. Adalah aqil cakap lapar tapi aku buat tak reti je cakap balik nanti kita beli. Dah makan tghri dalam tu mahal nak mampus. Share2 je lah.. aku tak rasa lapar sebab aku banker. Kekeke. Lets tengok few pic. Ok bye. Wassalam...

Tuesday, March 8, 2016

Adam 23 bulan

Assalamualaikum..

Dak adam nak masuk 23 bulan dah mid of march. Alhamdulillah. Now tengah teman dia tidur. Sebelum tu kasi minum susu dulu. Ibu nak solat isyak dulu. Sekali tu dah habis solat tengok senyap je. Rupanya dah off to lalaland dengan susu masih berbaki di tangan. Sian adam..

Selalunya dia suka ngempeng. Tapi lately susu dah kering. Tak puas la dia. Asal nenen je mengamuk lepas tu sebab takde air susu kot. Yelah ibu dah 23 minggu kot. Sakit pun ye time dia nenen tu. Selalu je lepas dia nenen cakap 'dah'. Dia pun lepas. Memang kejap sangat. Buat syarat je nak lepas gian tu. biarlah dia wean off sendiri. Tak sampai hati nak letak kopi ke apa ke..

Bila tengok2 balik.. sian dak adam ni nak jadi abang dah..  kecik lagi adam. Cakap pun tak pandai  lagi. Tadi lepas mandi - sebab panas, pakaikan dia towel. Pastu macam dia terkencing sikit dia kata 'umpah'.. haha. Kencing dia dia kata air tumpah. Oklah tu kan. At least ibu tau adam dah boleh nak cakap sikit2. Lagi word yang dia boleh cakap cicak, dog, mama, ayah, abang, kakak, aqil, aisyah. Eh banyak juga kan  hehe...

Dia ni la anak yang ibu kena bangun buat susu tengah malam. Abang kakak tak de minum susu tengah malam ok. Aqil tu lagi la dulu2.. Asal bangun kena marah suruh tido. Aisyah pulak ayahnya rajin melayan. Kadang dia bangun minta susu. Kadang sampai ke pagi tak minum susu. Tapi dak adam ni,  memang kena buat kalau tak, menangis dia tengah tido. Bising.. Huhu..

Minggu depan dah cuti sekolah. Nak tak nak aku nak bercutila. Cuti ada 40 hari lagi. Haha.. InsyaAllah kalau ada rezeki sampailah ke Terengganu. At least dapat berjalan sebelum beranak.  Nanti dah ada baby kena consider keta lain plak. Hehe. Sian baby. Kamulah pembawa rezeki ibu ayah... Aminn...

Okeylah get to go. Till we meet again. Bye. Wassalam.

Friday, February 12, 2016

Aktiviti Raya Cina & HMFD adam

Assalamualaikum...

Dalam sejarah betul cuti 4 hari tak balik kampung. selalunya kamilah yang join sekali bersesak balik johor. tapi kali ni tak dapat balik sebab parents datang sini.. Nak dijadikan cerita dak dibam adam tak sihat. kena sakit kaki tangan kuku dan mulut (HMFD) tu.. actually dia dah tak sihat sejak 2hb februari. dah pergi klinik tapi doktor kata awal lagi (masa tu baru day 1 ) demam. so tak dapat nak detect la demam biasa ke demam virus ke.. kena tunggu hari ketiga baru amik darah. tunggu rashes dia kuar satu badan. masa ni dalam mulut dia tak de ulser lagi. cuma doktor kata tongsil dia merah sangat.. so bayar RM 1 dapat ubat demam sahaja.. 

Then hari ke 3 pegi lagi klinik sebab dia dah tak boleh makan. Minum susu je boleh.. semangat nak makan tu kuat sangat. excited bila nampak makanan tapi bila masuk mulut dia akan kelaurkan balik sambil nangis2 guling2.. gitu.. jadi pengasuh aku dah pening kepala budak ni asik meragam je.. kebetulan aku kursus, tak dapat nak cuti.. risau gak. Pegi klinik doktor amik swab test sahaja kat tekak. isi borang HMFD tu.. penyakit ni memang tak de ubat. Cuma kena jaga kebersihan, basuh kaki tangan bersih2, jangan hantar nursery or pengasuh takut berjangkit. Kalau dia dah lesu sangat terus hantar ke hospital kena drip water.. 

Jumaat tu aku dah habis kursus. so aku jaga adam la. tapi pagi tu kena minum air gula dulu.so hantar kejap.. dah pesan kat pengasuh nanti adam balik basuh semua bantal dan alas tidur dia. Pagi tu juga orang KKM rasanya Inspektor Kesihatan kot call aku siasat2 ada bawa anak pegi mana2 ke, taska ke shopping mall ke.. banyak jugalah soalan dia tanya. Lepas aku sampai rumah, terus amik adam. Buatkan dia ikan singgang. aku yakin betul anak2 aku kalau demam ke tak sihat ke aku buat ikan singgang banyak diorang makan :-) kuah singgang tu kena banyak2, nasi sikit hancurkan dengan sudu. so bila dia hirup kuah tu adalah masuk sikit nasi2 or ikan tu.. tak delah langgar ulser dia..haa 3 mangkuk okey adam makan.. happy sangat tengok dia gembira dapat makan. hehe..

Then esoknya orang dah start cuti. adam pun tak demam dah. biji2 rashes tu dah nak kering. dia macam chicken pox tapi tak delah besar. kecik2 macam kena gigit semut api, ada cecair dalam tu. Aku sapu calamine lotion, beli oral aid (actually clinic ada kasi glycerin mcm bonjela juga lah). Sapukan dia allano lotion from Amway.. Alhamdulillah tapi sampai hari ni parut dia tu ada lagi kesan..

main2 makan sebab sakit mulut
So sabtu tu aku dan suami spring cleaning rumah. Carpet basuh sendiri okey. berat gila.. dah lah aku mengandung kan. tapi kena gak tolong angkat carpet tu sebab tak de orang dah. angkat sikit2 la yang mana mampu. nak kasi tos air je. Bila esok air dah kurang baru adjust kena letak tengah panas. Alhamdulillah hampir 3 hari carpet tu kering sekering2 nya :-) Mop rumah atas bawah, tukar cadar sume lah.. Aqil dan Aisyah dah boring tak pegi mana2.. So malam tu lets go to KLCC :-) saje jalan2 makan2 amik angin. 

carpet sedang mengering. kalau hantar kedai RM 170 rasanya
Next day Ahad, pegi makan kat Jusco Maluri.. ramai gak chinese dalam hati eh diorang ni tak raya ke kan. huhu. tapi bila dah nak dekat pukul 5-6 petang tu nampak dah beransur tak de orang. kedai pun dah tutup.. kami beli barang dapur dan teman anak2 main. Sambil tu belikan aqil dan aisyah mainan besday dia hasil duit yang mak2 sedara kasi hehe.. terima kasih. murah rezeki korang ye..

pakai baju tido je jln2 KLCC :-p
Next day hari Isnin. Ayah dan mama decide nak datang ampang. nak makan kat restoran ayam kampung Hassan. then lepas tu geng perempuan pegi IKEA Cheras.. ingatkan tak de orang. cis sungguh parking sampai keluar2 nun.. tapi Alhamdulillah dapat gak parking kat dalam setelah 2 kali aku round kat luar nak masuk parking punyalah beratur panjang umat ni.. then amik2 barang2, masalah nak beratur pulak panjang berjela orang sampai ke perabot layan diri tu.. aku ni menonong je laju tolak troli ke depan ingatkan barisan paling laju lah, sekali tu sampai2 tak de kaunter pun kat depan. dah tercangak2 kat tempat lapang tu. nak patah balik memang tak mungkin lah kan dah kena block dengan orang Q. duduk di sebalik tiang, cuba untuk menjolok Q orang. maafkan saya, terpaksa tau. bukan aku sengaja nak potong Q. mula2 diorang tak kasi aku masuk tau. Adalah dalam 10 orang tak kasi ruang. Sekali tu ada perempuan 2 orang ni duk borak2, ada gap sikit antara barisan tu, aku masuk je mencelah. Nasib diorang tak marah ke tak perasan aku masuk huhu.. rasa nak belanja asikrim je tapi aiskrim pun panjang gila beratur haha..

happy boy bila dah sihat
Haa.. gitu lah cerita weekend aku. upss selepas balik IKEA tu, aqil dan aisyah ikut atok tidur rumah ida kat Kajang. tinggallah ibu ayah dan adam kat rumah. hehe.. So esoknya amik diorang kat Kajang then bermulalah episod Esok Sekolah ye anak2. hehe... aqil sekolah agama je, yang sekolah kebangsaan tutup lagi..  ok itu je cerita aku pada kali ini. panjang berjela kan. hehe.. bye.. wassalam..

p/s: setakat hari ni tak de lagi anak2 jagaan pengasuh terjangkit :-D syukur.. semoga anak2 tu semua sihat selalu. kalau tak matilah aku disalah kan..


20 minggu yang indah

Assalamualaikum...

Hai.. Salam Jumaat.. lama tak bersiaran.. ada ke lagi orang baca blog ni. hehe.. tak pelah tak de orang baca pun at least aku ada mencoretkan sesuatu perihal hidupku dalam blog kesayangan ni :-)

Pagi tadi bangun lambat!! tidur awal dah. tapi tul ah, dengar alarm telefon bangun dan tutup sahaja:-p sian aqil asyik pergi sekolah lambat je. pegi2 mesti murid dah clear. hari ni ntah2 orang dah start belajar baru dia muncul. ingatkan nak cutikan dia tadi tapi kang kalau ajar takut dia dah sedap nanti asal lambat tak payah pegi sekolah.. Aisyah pulak pegi tadika orang dah beratur kat luar tadi. ibu pun sampai opis 8.17 pagi. Sampai2 terus siap2 dokumen bawa pegi meeting..

Hari ni juga aku dah 20 minggu.. selalu je test ayah baby ni, "cuba teka dah berapa minggu dah baby ni?" hmm.. memang tak ingat lah kan. agak2 je jawapan tu kan, main hentam je. sian adik baby ni.. Sekarang perut pun dah mula menonjol. dah nampak lah. yelah dah 4 bulan setengah kan.. Seluar2 favourite semua dah tak boleh zip. nak melabur kat baju pregnant baru macam ala malasnya. pakai jelah apa yang ada huhu.. tengok keadaan lah juga kot nak menambah koleksi ke. hehe.. tengok ongkos juga. hehe..

Baby pun dah terasa geraknya. Hari tu 1 februari pegi check up, baby macam kecik lagi. tak dapat nak tangkap heart beat dia. lama nurse tu duk cari2 kat perut. last2, dengar jugak.. cuak gak aku kalau tak dengar heart beat.. pastu hari Jumaat pegi minum air gula.. aiyakkk... memang ngeri lah. manis sampai sendawa bau gula la katakan. result tak tahu lagi, 2 minggu baru dapat. hope tak de lah kencing manis tu. pastu amik darah pulak. HB pulak rendah. patutnya 11 kan tapi aku dapat 10.8 pulak.. sebelum ni ok je 12.. so kena la check up 2 minggu sekali pulak. malas betul kerap2 ni. kalau dah last2 nak bersalin tu aku okey je tapi ni awal lagi. banyak lah aku skip masa kerja. huhu..

Preparation untk baby pun tak de lagi.. beranga je dulu haha. nak beli pam baru yang paling penting. yang baju2 tu boleh lah nanti beli sikit2, selebihya korek2 lah abang kakak dia punya. tapi kena tengok gak lebam ke tak. sian baby baru lahir pakai baju lebam2. huhu.. upss baby tak tau lagi jantina apa. belum pegi scan lagi :-)

Oklah. selamat berhujung minggu.. bye wassalam..

Sunday, January 31, 2016

Hello Februari

Assalamualaikum.

Kembali bersiaran di bulan februari pula. Hehe.. dah sebulan anak2 bersekolah. So far so good lah. Cuma kedua2nya agak liat nak bangun pagi especially anak dara tu. Asal bangun je melalak. Aqil xnangis cuma merengus2 memberontak nak tidur lagi katanya. Tapi lepas mandi pakai baju, dua2 elok je. Hmm perangai masing2 memang menaikkan darah. Kalau x dengar ibu menjerit memang tak sahlah kan. Nasib koranglah dapat ibu singa betina 😈😈

Aqil selepas 3 minggu baru belajar. Selama ni duk minggu transisi. Setiap hari tugas kami cek buku sekolah. Jadual apa nak bawa esok ke sekolah. Kadang pelik gak sape yang sekolah ni. Hehe. Bila diingat2 balik zaman aku sekolah dulu, mama ayah xde plak susunkan buku dalam beg. Yang aku tahu aku memang bawa semua buku tak ikut jadual. Tu yang berat giler beg. Huhu. Baju sekolah kalau ikutkan hari2 memang tukar. Tengok tahap kebersihan baju tu juga. Kalau macam kotor sikit2 esok boleh pakai lagi. So tak delah aku membasuh banyak baju sangat.

Kelmarin try sental baju sekolah aqil dengan tangan. Pakai sabun mandi macam orang suggest dalam fb tu. Ada yang hilang kotoran. Ada juga yang degil kena titis clorox juga. Tapi aku tak letak clorox, tunggu banyak sikit kotoran. Haha. Kasut pun aku yang cuci. Mula2 suruh aqil basuh. Tapi biasalah lepas tu aku check pulak memang kena basuh balik. Bukan bersih pun.. tak pe.. latih slow2 tanggungjawab..

Aisyah pulak. Alhamdulillah. Walau pun dia suka nangis pagi tapi sampai sekolah terus masuk tak de jebek2.. balik sekolah terus hadap buku kalau ada homework . Teliti orangnya. Kemas juga tulis abc tu. Kalau salah tulis,padam sampai nak koyak buku. Pastu nangis buku koyak. Nak minta beli baru. Ala koyak sikit je. Dah pandai baca al fatihah. Nyanyi lagu2 tadika lagu nabi, zikir2. Dia kan x pernah sekolah jadi ni pendedahan baru bagi dia. Makan lah senang sekali sebab tak suka makan kan. Bawa roti kosong 2 keping sebagai syarat. Nugget tak suka. Kadang tak habis pun. Semalam muka dia naik bengkak lepas makan nangka.  berubah terus mukanya. Aku pulak takut sebab tak pernah jadi kat anak2 macam ni. Alegik. Padahal nangka je kot. Kami2 makan tak de apa plak. Terus bawa ke klinik. Alhamdulillah esoknya surut bengkak dia. Tapi ni masih sembab lagi mata dia. Kena hati2 lepas ni.

Dak adam dibam ibu. Dah hampir 22 bulan. Hobi suka makan. Masih susu badan. Kalau nak elak dia nenen dalam keta kena bawa makanan supaya dia makan je. Hehe. Sian adam. Nak dapat adik dah tak lama lagi. Boleh dikatakan dah kurang sikit takut orang. Kalau suruh salam, pegi juga. Sentiasa nak kena nampak ibu kat mana2.. ibu solat, dia ada je kat tepi. Hehe..

Ibu pulak. Dah nak masuk 19minggu. Esok 1hb second check up. Bawa adam sekali  kebetulan cuti hari wilayah tapi kk tu selangor. Boleh la check up. Dah dapat rasa baby gerak2 sikit. Sebelum ni macam tak perasan sangat pergerakan baby tu. Hope baby sihat walafiat di dalam tu ye..

Ok bubai. Jumpa lagi. Wassalam..

P/s: happy 7th birthday aqil on 20th Jan. Happy 4th bday aisyah on  7th Dec 😚😚

Monday, January 4, 2016

Cerita aqil dan aisyah bersekolah

Assalamualaikum..

Salam tahun 2016. Dimulakan cerita tahun baru dengan pengalaman anak2 bersekolah.. hehe teruja sekali. Baru tahu oo macam ni ada anak sekolah ye.. Dalam newfeeds fb dan ig penuh post pasal first day at school. Tolong jangan kecam. Ini first time experience okeh. Hehe..

Orentasi aqil pada 31.12.2015. Pakai baju putih suar senam biru. Masa ni dah tahu kelas mana. Aqil dapat kelas no 1 rasanya berdasarkan ujian Linus tempohari. Oklah tu.. hari ni amik buku teks, dengar taklimat dari cikgu2.. masa ni rasa bersemangat sangat nak anak jadi 'orang'. Habis ni penuh azam di dada lepas ni nak tampal jadual belajar aqil. Nak siapkan 1 sudut belajar. Tapi sampai ke hari ini ibu masih berguling2 kemalasan. Please help huhu..  sampul buku,  tulis nama kat pensil warna dan stationary pun last minit. Tulis2 borang apa seme pun malam tadi baru settle. Konon nak gosok baju aqil seminggu direct. Harammm... ayahnya gosokkan sepasang baju sek agama dan sek keb. Huhu.. jadilah nak. Ibu nak bibik sorang lah kalau macam ni gayanya. 😅😅

Aqil sekolah agama pagi. Sek keb petang. Hari ni aku dan suami cuti lah nak monitor camana dia kat sekolah dan naik keta orang gi sekolah. Paling excited dia nak gi sekolah sebab dapat pegang duit sendiri nak beli2 makanan. Sabo je lah.. padahal food yang dijual tu nugget,  hotdog, air kotak. Hmm.. kaki shopping sangat ni, camana nak belajar masuk duit dlm tabung.. nampak gaya macam dah jumpa kawan.. ni husband aku yang duk ulang alik kuar masuk tengok dia kat sekolah.. duit2 buku dan yuran apa seme alhamdulillah dah settle. Kena maintai duit belanja. Pagi kasi rm3 suh dia beli heavy breakfast, petang kasi rm2 sebab dah makan kat rmh pengasuh.. tapi tengok keadaan juga camana kalau boros sangat tak kasi lah duit sekolah. Beli air manis2 ni memang tak gemar betul..

Kisah si comel aisyah pulak. Ni pengalaman dia keluar dari kepompong pengasuh. First time sangat. Masa hantar pagi tadi aku plak rasa nak nangis. Teringat2 muka kecik dia tu senyum je. Walaupun bangun pagi banyak cekadak melalak tak nak mandi, nak tido lagi.. barang2 dia lagi banyak sebab transit sana kan. Bantal, toiletries, bekal mkn mnm,  beg sekolah yadayada.. sian aisyah. Dah sekolah dah anak ibu ni.. bagus tak nangis. Memang brave girl sangat.. harap aisyah improve kan diri boleh membaca, mengira, solat etc2.. mengaji aku ajar kat rumah dah nak masuk iqra 2.. tapi, banyak cekadak. Asik nak tengok youtube, tengok tv je dak 2 orang ni.. apalah cite dia balik ni ye..

Oklah.. semoga anak2 kita semua terang hati dengan ilmu yang bermanfaat. Bukan sahaja dari segi pelajaran tapi dari segi pembentukan diri menjadi insan yang berguna dunia akhirat...  nanti apa2 update aku cite lagi k. Bye wassalam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails