Tuesday, May 19, 2015

Adam anak bertuah

Assalamualaikum.

Hallu.. On off ibu ni ye. Busy bangat. Mungkin betullah orang kata sekarang bukan zaman blogging lagi.. Cuba nak istiqomah tapi macam dah tak lalu nak share sebab banyaknya share kat media sosial lain. Tapi sekali sekala rindu juga nak blogging. Malas tulis tapi suka sangat baca coretan lama2.. Suka. Biarlah orang kata syok sendiri pun. Hehe

Semalam. Check up adam 13 bulan. Nak jumpa doktor sebab saiz kepala abnormal tu.. Dah kuar dari normal graf. Sekali doktor meeting daa.. Datang lagi bulan 8 nanti. Oklah boleh lah... Berat adam semalam 9.7kg. Banyak sangat naik. Maybe bulan lepas tak tepat sebab ibu yang naik penimbang sebab adam melalak. Semalam melalak juga tapi dapat amik sebab dia tengah 'nangis selok' so stone kejap atas penimbang tu hehe. 9.7kg ok. Patutla semangat sangat dak dibam ni..


Camana ek nak kasi dia mesra orang. Memang penakut sangat kalau orang ramai2 padahal orang tak usik pun dia. Dia akan gelisah kalau ramai orang. Alkisah aku pegi buat paspot ari tu. Masya Allah.. Dugaan betul. Dalam train lagi sikit nak sampai dah meraung. Dahlah peak hour orang nak pegi keje. Memalukan ibu betul adam ni. Tapi tak pe orang paham kot ibu beranak tiga handle anak sorang2 je wei buat paspot. Gigih tak gigihnya mak kau ni berjalan punya pasal. Kuat semangat betul. Hehe..

Sampai awal.. Dapat special kaunter sebab bawa  baby cuma baby ni tak bagi kerjasama. Meraung kau. Nak tido pun ye juga. Kasi nenen tak mau.. Dia sorang je proses berapa lama. Last2 ada mainan patung mcd kat situ. Aqil agah dia. Dapatlah juga gambar walaupun tak berapa jadi. Hehe. Rare sangat gambar tu.. Nasib baik kawan aku datang tolong last minit. Nak tolong apa je adam tak nak orang. Tolong pegang beg tolong amik itu ini. Hehe. Sempat buatkan mykid untuk adam. Lagi 3 bulan baru siap. Kalau kat hq siap on the spot kot..


Oklah. Bye. Upss kawan yang bertanya aku nak kemana, kitorang nak gi melawat medan, indonesia. Ada kawan ayah kat sana. Boleh lah jalan2 kenal tempat dan budaya orang kan.. Bulan depan sebelum puasa. InsyaAllah.. 


Ok bye wassalam..

Tuesday, May 12, 2015

Pertama kali buat passport

Assalamualaikum..

Hari ni pertama kali aku buat passport. Satu lagi dokumen tambahan dalam hidupku. Yeay! Udah ada passport ye. Panjang langkah la lepas ni boleh bercuti ke luar negara sajo. Haha.. Jenuh juga buat pasport ni. Jenuh menunggu gitu. Aku pegi pukul 11 pagi. Bagitau boss ada urusan peribadi sikit. Tak de kerja urgent so boleh lah pergi UTC.

Aku pilih ke UTC Pudu sebab senang transport ke sana. Naik lrt je.. Sebenarnya niat nak survey je dulu. Sekali tengok macam boleh buat terus je.. Sebab tak ramai orang. Ada lah dalam 60 orang menunggu. Kehkeheh... Aku rasa dah terbiasa kot menunggu sebab kalau check up anak gini jugak rupa dia.. Tapi kaunter dia laju tadi. Dalam 2 jam no dah panggil untuk sesi pertama iaitu amik gambor. Sebelum tu beratur amik no tak ramai la dalam 2-3orang je.. Then dia kasi borang kecil suruh isi maklumat diri dan bagi salinan ic.

Sementara nak tunggu nombor yang 60++ menunggu tu pegila fotostat i.c. Round2 lunch kejap. Balik dari lunch kat food court pudu, terus je melompat sebab nampak nombor dah dekat sangat. Gabra pulak. Haha..Lepas makan kena la touch up. Yelah passport lima tahun nak hadap tu kasi cun sikit la kan. Hehe..  eh tapi tadi ada kaunter khas untuk baby bawah 2 tahun tau. Hope esok anak2 aku yang lain boleh follow kaunter adam juga.. Cepat sikit urusan.

Kos buat passport ni rm 200 untuk lima tahun. Untuk kanak2 below 12 years RM 100 untuk lima tahun jugak. Untung tak.. Untung sangat kan. Aku ingat nak buat pasport berkumpulan je dengan anak2, sekali tu dah tak de dah kalau nak gi Indonesia.. Kalau nak gi negara Asean yang lain masih ada  Kalau tak lagi jimat. Hehe. Esok aku kena gigih heret dak-dak kenit ni pegi imigresen. Adui camanalah nak handle 3 orang ni. Sorang dalam carrier, dua lagi kiri kanan itu pun kalau tak nakal. Semoga dipermudahkan. En hasben takde. Outstation. Aku kena cepat sebab aku nak beli tiket mas kalau x, melepas.. Bila nak fill in data tu kena letak no pasport pulak baru boleh proceed. Tu yang hegeh2 tiba2 nak buat pasport.

Syok juga kat UTC ni macam2 jabatan ada. Kalau esok settle urusan pasport budak2 ni, aku nak pegi jpn pulak buat mykid adam. Susahlah tak de mykid ni. Manjang kena bawa surat beranak besar lebar tu.. Tapi tadi encik tu kata dalam 2-3 bulan siapnya. Tak pelah janji ada kan..

Ok dah tu je nak share. Bye wassalam

Monday, May 11, 2015

Ajar anak tidur asing

Assalamualaikum..

Hi.. Bulan ni kami dah ajar aqil dan aisyah tido bilik sendiri. Kebetulan. Katil yang dibeli dari courts mammoth dh sampai. Ambik kau 5minggu baru siap katilnya. Berbulu je aku tengok barang bersepah dalam bilik sebab nak sparekan katil baru tu nak masuk bilik. So katil dah ada dan aqil pun dah tahu la tu katil dia. Beli queen senang kalau ada sape2 nak tumpang tido boleh tumpang katil aqil.

So dia pun semangat la ada katil baru. Siap sound aisyah jangan kencing atas katil dia. Hmm. Ni baru malam kedua tido dalam bilik sendiri. Semalam terasa jugaklah bila anak2 tak tido sekali. Yang ada baby adam je. Bukan aku sorang je rasa. Tapi aku syak en suami pun sama gak even dia tak cakap tapi i know la. Haha.. Kejap2 pegi cek dah tido ke. Lepas tu aku pulak cek. Lepas tu dia kata dia nak test tido sekali dengan budak2 tu. Kot panas ke nyamuk ke.. Hmmm over tau ayahnya ni haha..

Tak sampai 5 minit aku up status kt fb cakap budak2 ni tido sendiri, tetiba muncul 2 beradik ni kat depan aku dengan bawa bantal dan selimut. Haha. Cepat2 ayahnya kata pegi tido bilik sana. Nanti ayah buka lampu tangga. Pegi lah 2 beradik tu. Sian pulak tengoknya :-) bila dah buka lampu, selamat dah tido. Rupanya ntah pukul berapa pagi aku terjaga, raba2 eh ada orang la tido sebelah.  ingat kan aisyah rupanya aqil. Sabo je lah. Bila masa masuk ntah. Bila dah pagi barulah aisyah muncul.. End day 1 :-)

Ni malam ni, sama juga. Diorang masih tido bilik sendiri. Tapi tulah budak 2 orang ni ntah apa difikir, muncul juga depan aku. Mesti ada perbincangan sulit ni. Haha.. Aqil kata aisyah nak tido dengan ayah. Last2 ayahnya pegi tido sana. Lepas tu ayahnya masuk balik. Kita kena pasang ekon bilik tu. Panas. Sian aisyah tergaru2. Ala bukan tak de kipas.. Aku ni bab penjagaan letrik memang jaga sikit. Hikhikhik. Dah lama en suami request nak pasang ekon kat hall tp aku tak kasi nanti bil letrik banyak. La ni pun 150 ke atas bulan2. Kalau hari panas, lebih la lagi sebab tido masterbed pasang ekon.

Dah kalau macam ni gaya.. Nampaknya terpaksa lah beralah. Dah suruh tido bilik asing, kos letrik mestilah bertambah ye tak. Kos kipas bilik sana belum masuk kalau pasang ekon. Kos beli ekon murah je kot. Monthly bill tu berdarah poket.. kos lampu tangga lagi. Haha.. Berkira betul mak kau ni.

Oklah apa2 pun mesti ajar dari sekarang kan tido asing. Nanti dah besar dia paham. Nanti aisyah pun kena ada bilik sendiri juga. Boys and girl kena separate kan.. Tu semua nak kena umpan. Nak katil cinderella. Almari princess.. Omg sangat dah request ok.  minggu ni tunggu almari bilik aqil. Tak mau beli kat CM dah. Lambat. Beli kat perabot cempaka je.. Ok bye. Wassalam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails