Monday, March 30, 2015

misi make over bilik anak bujang

Assalamualaikum..

Good Morning!! Selamat hari Isnin everybody. Hari ni alhamdulillah sempat thumb print. haha. a good achievement this week :-) sebenarnya sekarang ni kalau nak pergi kerja memang terkejar2. aku masuk pukul 8. Keluar rumah 7.30 pagi sebab rumah aku kalau tak jem memang dekat sangat dalam 10 minit dah sampai ke ofis. tapi sekarang ni tak tahu lah orang dah reti guna jalan tu ke, or construction MRT yang menyebabkan aku lambat sampai ofis. cewah masih nak salahkan orang lagi. bulan lepas aku dapat jadual nama pegawai2 yang lambat sampai ofis. nama aku termasuk sekali. dah kena amaran. bulan mac aku tak tahulah berapa kali dah lewat.. ala kalau lewat pun tak lebih 5 minit kot.. tapi nak buat camana dah undang2. balik lambat pun tak dikira padahal kuar opis lewat tu dalam sebulan total 8 jam kot balik lewat.. yang lewat sampai setiap hari total tak sampai 30 minit ok.. so conclusion dari kelewatan aku tu, azam bulan depan nak kuar rumah awal sikit. sanggup tak tukar waktu kepada 8.30 tu huhu.. koser mak nanti balik lewat takut tinggal sorang2..

Ok ok. nak cite aktiviti hujung minggu. sebelum aku terlupa.. semalam, pergi courts mammoth. memang dah berhajat lama sangat dah ni nak beli katil untuk aqil. tahun depan dah 7 tahun kan. kena wujudkan bilik dia sendiri. dah besarkan..tak boleh tido dengan ibu dan ayah lagi. so nak kasi semangat sikit kat dia.. berangan ada bilik sendiri.. sekarang dia masih lagi tido berhimpit dengan aisyah satu katil single tu. dulu kecik2 memang muat lah dua orang tu. now dah besar panjang, tengah malam asik dengar rintihan je kena himpitlah, kena sepak lah. haha.. 

So pergilah ke courts mammoth. katanya banyak pilihan. aku memang tak de pengalaman sendiri beli barang kat CM ni. masa kecik2 mak ayah aku jelah yang beli2 barang kat CM ni. selalu beli kat kedai barang perabot biasa je. saje jelah nak bertukar angin.. maka, lepas balik dari kampung, berangkutlah kami ramai2 pegi CM. nak dekat maghrib dah masa tu.. masuk2 tu rambang mata ok.. Mula2 nak satu set dengan almari sume.. adalah dalam 1800 tak masuk tilam lagi tu. sekali tu angkat tilam, alas katil dia ala2 tulang ikan yang bengkok tu.. tengok pulak kualiti almari dia bila aqil masuk dalam almari tu, memang murahan sangatlah, runtuh kau base almari dia tu. sangka baik barang display memang cam tu kot. haha bukan apa, kita memang nak barang murah tapi kualiti tu kalau murah janganlah nampak rabak sangat kan. 

So round2 lagi. berkenan set yang satu lagi ni. tapi harga 3500 belum masuk tilam ye. dapat almari 3 pintu, meja solek, side table dan chest drawer. tapi tu semua belum masuk tilam. actually tilam yang mahal kan.. fikir punya fikir dan sila bawa bertenang. tujuan asal nak beli katil je kan. so sila alih pandangan ke katil sahaja. maka amiklah divan sahaja, kepala katil dan tilam. nak sedapkan hati, alah aqil je yang nak tido kan. tak payah beria sangatlah. nanti aqil nak kawin baru beli set bilik yang ok. haha. over mak kau. 

Ok settle memilih katil. solat kat situ juga. jalan2 pulak kat area tv. ha ini lagi satu rambang mata. dalam perancangan juga nak beli tv ni tapi tv aquarium tu masih elok lagi kan.. alhamdulillah setelah ditolak tambah, bulatkan hati tak amik tv.. adoyai. buat hutang memang senang, nak melunaskan nanti tu beban juga tu. kalau amik installment harga dah jadi lain. alasan lain, aku mana tengok tv sangat kan. jadi tak de keperluan nak beli lagi.. takpelah tv boleh bersabar lagi kan. hehe..

So perancangan menuju ke fasa inflasi ni perlu dirancang betul2.. kena siapkan tabungan baru untuk beli sesuatu.. banyak lagi cabaran dan target2 untuk bulan beikutnya.. setiap bulan memang ada je major item nak kena bayar contoh bulan 4 nak servis kereta, bulan 5 kena prepare duit taska aqil untuk mid semester, bulan 9 spend untuk insurance dan roadtax, tu belum masuk cukai pintu dan cukai tanah.. haa.. belum masuk bulan nak raya lagi. ok.. silalah menabung.. lambat lagi lah nak pakai kereta besar sikit.

Eh terpanjang pulak membebel ni.. so semalam dapat katil je la. tapi yang haru lagi, 3 minggu baru sampai sebab kena bikin dulu divan tu. kalau set katil besi tu may be seminggu macam tu lah. ok, lepas ni kumpul duit pulak nak make over bilik aqil. beli sikit2. bilik tu sebelum ni adalah bilik buangan. memang longgok mainan dan semua barang tak pakai kat situ. now kami dah bersihkan dan dah buang semua mainan yang lama2.. baju dan buku2 tak pakai tu semua bakal dibuang..

ok till then. bye wassalam..




Wednesday, March 18, 2015

dia buat hal lagi

Assalamualaikum..

Masalah tiba lagi! pam susu aku yang banyak berjasa selama ini hampir 6 tahun mula buat perangai. Ingat tak aku ada cerita aku hantar pam susu kat service centre hari tu.. tak solve juga problem tu.. pam tu tak berapa nak sedut sangat.. Elok tengah Let Down Reflect (LDR), tak menyedut2 pun. geram pulak. stress je aku susu tak keluar.. 

Kalau ikutkan nafsu amarah ni nak je beli pam baru. dah survey dah pun yang mana pam murah2 dan affordable. tapi ku sabarkan dulu, kita beli membrane valve dulu tengok camana.. kalau tak solve juga, memang aku humban ke lantai la pam ni. ecehh.. habis madu sepah dibuang.. hilang segala kebaikan dan kata2 pujian terhadap pam ku sayang ni. 

Pam yang aku berkenan sangat sekarang ni ialah Lacte Duet. Duet tu sebab dia double pam. kalau single namanya solo. gituu.. hehe. macam2 dah pam kat pasaran sekarang ni. rata2 range dia lebih kurang sama je harga. Cuma spectra 3 je aku tengok harga dah turun, beli double pump pun 380++.. Lacte duet ni kalau tengok harga paling murah RM 429 kot... siap dengan free gift bagailah. Aku kalau boleh tak nak gift2 dia tu, nak pam je. Sebab gift dia tu macam botol, cooler bag, semua itu ana sudah ada lah.. tapi kekangan kewangan aku dah banyak expend last 3 month ni jadi aku sabarkan dulu hehe..

Tapi tapi tapi.. belum terdesak lagi, sebab aku ada back up pam iaitu avent manual. Hasilnya sama juga dapat, tapi kena buat senaman jari lah pulak. tak boleh buat kerja lain, kena concentrate mengepam je lah. penat pun ye juga. tapi yang bestnya pam manual ni kita akan pam sampai habis gitu. sebab kuasa mengepam kita yang control kan.. kalau pam mesin ni, agak2 dah penuh botol, terus switch off. amboi eksen gitu. hehe. tapi kalau pam mesin ni, ko boleh menaip sambil mengepam. free hand gitu. boleh cakap2 dengan orang, boleh makan2 keropok, boleh scroll2 hehe..

Now, aku tengah tunggu spare part sampai, minggu esok lusa kot. beli online je sebab beli kat kedai dah tak de stok. penat aku gi merayap kek kedai baby kelmarin. habis rupanya. oleh kerana tak sabar, beli lah online. siaplah duit postage RM 7. barangnya murah je, postage yang mahal. haish..

ni stok semalam, tengok yang sikit tu tak sampai 1 oz, pumping session belah petang. lama tunggu nak penuh. last2 fed up, kemas beg balik terus

tq pam manual avent. banyak membantu. tapi jari mak ni manja sikit, lenguh tau pam awak ni. botol tu pinjam kawan punya sebab botol avent semua dalam deep freezer +_+

Actually tak rugi pun nak invest kat breastpump ni.. pam mana2 pun sama je. janji selesa dan tak sakit.. kalau pam spectra ni tak buat hal, memang carry on je. tapi sekarang service charge dia dah mahal lah. hari tu hantar dah RM 115+30 sebab despatch amik. tapi tak solve problem pun.. kos service 3 kali ni pun dah bersamaan dengan beli pam baru. kita tengoklah ye camana.. 

Ok bye wassalam..

Monday, March 16, 2015

LOST WORLD OF TAMBUN 2015

Assalamualaikum..

wah seronok ye korang cuti sekolah, amik kesempatan bercuti ye. ahkak ni dah pun pergi berjalan minggu lepas, minggu cuti sekolah ni tak join la cuti. kasi chance kat orang lain yang ada anak sekolah untuk bercuti. cewah.. 

Minggu lepas tu 7/3/2015 percutian ke kenduri kawin dan lost world of tambun. itu je aku mampu pergi, nak cuti2 over the sea belum mampu lagi dek non. hehe. cuti2 over the sea kalau mampu pun tunggu nak gi umrah tahun bila tak tahu.. hehe..

Ok, percutian ke LWOT ni dah masuk kali ketiga kami pergi. kali ni lagi sempoi, last minit booking. nak book agoda dan booking dot com semua dah sold out. terpaksa call sendiri hotel untuk reservation. kat hotel pun dah fully booked standard room tu. terpaksa amik deluxe suite.. mahal sikit lah bayarnya tapi tak pelah sekali sekala.. dekat pun dekat, nak book hotel lain macam tak best je kan. hehe..

Kitorang sampai ke tambun dalam pukul 3 petang. theme park tu buka pukul 10 pagi. kali ni pergi memang main air semata2, tak de jalan2 kat petting zoo pun. masuk dalam dah pukul 4 petang after check ini. 2 jam tu pun dah kira lama dah dalam kolam tu. hehe.. beli tiket online dapat murah sikit lah dalam 47 ringgit sorang.. kalau belikat kaunter adulr RM 52, child over 90cm RM 46.. aqil dan aisyah dah lebih 90cm, nak tak nak terpaksalah belikan tiket diorang. Seronoklah budak2 ni mandi air kolam walau pun air dia tu bukanlah bersih sangat. 

Aqil la yang seronok main slide sana sini. aisyah seperti biasa takut air. dia tak nak main slide tu nanti muka dia masuk air. jadi kerja dia adalah berjalan2 dalam air. haha.. adik dibam adam seronok sangat main air, jilat2 air kolam.. eeeyuuu. ingat bersih sangat ke kolam tu dik. dah lah ada construction dalam tu. tawakal je lah. kasi chance la budak2 ni main air..

Kali ni pergi tak full sangat lah. actually tempat dia ok tak delah padat. experience dah 3 kali pegi kan. walau pun cuti sekolah masih seronok main air dalam tu. ada space nak bergerak.. untuk warga tua macam aku ni main juga slide tu tapi tak sebest legoland.. legoland tu besar, puas main kat situ.. tapi padanlah dengan harga tiket yang dibayar tu kan. hehe.. ok jom tengok gambar kami :-)

seronoknya dia.. nanti ibu beli swim suit adam ye :-)

gilir2 layan anak..

aaaa.. itu je lah cakapnya

aqil dan aisyah..

seronok aqil tu..

4 of us. ibu wearing muslimah swim wear :-)

best! bilik upgraded to premier suite. luas sangat muat lagi satu katil

our family photo this year. alhamdulillah..

Alhamdulillah dapat bawa anak2 bergembira.. cuma anak2 kenalah dengar cakap ibu ayah ye. jangan nakal2.. kalau perangai baik2 nanti ibu bawa jalan lagi :-p kitorang balik hari ahad check out pukul 12 tu terus shoot balik kl. sampai rumah dalam pukul 3 lebih, dapat rilex sikit sebab esoknya kerja..

hari ni adam dan aisyah tak sihat.. selsema jangkit dengan aqil. sebelum hantar ke pengasuh dah pesan "diorang tak sihat hari ni, may be meragam sikit " pengasuh cakap "anak ko kalau sihat pun meragam jugak" haha.. itulah perangai adam, nak suruh orang hadap dia je 24 jam. pantang hilang muka kita, satu rumah dia cari :-p perangai tak ubah2, dah 11 bulan dah adam oiii..

ok bye. wassalam

Friday, March 13, 2015

Happy holiday

Assalamualaikum..

Hi all.. Tak sempat nak update blog banyak keje weh.. Ok nak cite minggu lepas kitorang cuti cuti di Perak. Yehaa.. Seronok sangat dapat menggembirakan diri ini dan anak2. Hehe.. Actually kalau tak de kenduri kawin memang tak sampaila aku ke sana.. Yang kawin ni ex staff kat tenpat lama. Ini kenduri mesti pegi punya maa.. #bukantemanbiasa. Cewahh..

Kenduri di teluk intan. Sampai juga ke teluk intan ni. Kalau tak, memang tak akan sampai la. Seronok juga kenal tempat orang. And a big thank u with love to my husband sudi melayan kehendak isterinya ni.  dan tq sangat kat mr garmin sebab tunjukkan jalan. Kalau tak, ntah mana2 kami pegi. Besarnya pahala kawan yang install garmin ni. Aku faham garmin je, apps lain aku tak reti tengok macam waze ke papago.. Lagi satu garmin ni pakai satelite, so takde tenet pun ok.. Aku pakai hp nokia lama tu. Berjasa sangat.


Ok teluk intan ni jalannya menuju ke lumut. So lepas ni nak gi pulau pangkor dah kenal jalan dah. Hehe.. Kenduri ni best masakannya orang kampung masak. Duduk pulak meja makan hidang. Orang key ell datang kan, special la sikit. Hehehe.. Ok kepada sahabat ku pn yanti dan suami selamat pengantin baru. Semoga kekal till jannah.. Lepas kenduri kitorang ke LOST WORLD OF TAMBUN. 





Ok bye. To be continue...

Wednesday, March 4, 2015

Angkasawan Aqil

Assalamualaikum..

Hello Machoo :-) Sangat tak produktif hari ni. Tengahari tadi tidur sekejap. Inilah akibat kalau tidur tengahari yang sekejap2. jadi pening kepala..

Ok lets share the story. Belek2 gambar dalam external hardisk. Terjumpa gambar aqil masa pergi pesta buku dengan tadika dia pada bulan Februari yang lepas. kena pakai pakaian seragam "cita-cita saya" gitulah agaknya tema dia. hehe.. Aqil kena pakai baju angkasawan.. segak nampaknya.. hehe Jom tengok gambar aqil :-)

bersama kawan2 yang terpilih ke pesta buku

hensemnya anak ibu ni. hehe

awatlah masam muka tu

happy face 

cute miut budak2 ni..

tak panas ke nak oii.. hehe

angkasawan aqil bersama pengetua tadika dia

Tahun depan dah darjah 1. Cepat sungguh masa berlalu. sangat cepat. Bulan depan adam dibam dah 1 tahun waaahhh.. cepatnya dah setahun dibam ibu. hukhukhuk. 

Prestasi aqil sekarang ni sangat la aktif budak ni. selagi tak tidur selagi tu lah dia bergerak ke sana ke mari. usik adik. Buat bising dalam rumah. Bangun pagi mesti nak nangis. Lepas mandi ok je. Dapat salam ibu dah senyap. Masih minum susu dalam botol Dutch Lady.. Gigi pertama yang tumbuh masa baby dah selamat kena cabut oleh ayahnya. Dah nampak gigi baru nak keluar tu.. Selalu gak cakap2 dengan dia nanti dah umur 7 tahun kena tidur bilik sendiri tau.. Dia macam faham tapi bila tiba masanya tak tahulah camana. hehe.. 



Aqil aqil. semoga menjadi anak yang soleh idaman ibu ayah ye. amin...

Bye wassalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails