Friday, February 27, 2015

Aisyah Humairah 2015

Assalamualaikum..

Kelas tajuk entry kita hari ni. Yelah jarang cite pasal mek ecah ni. eh ecah pulak. aisyah humairah la. ayahnya marah panggil ecah. Ini anak dara ni sudah nak masuk 3 tahun 3 bulan dah.. banyak cekadak juga budak kecik ni.. lain anak lain perangai kan..

Aisyah ni sweet girl. dari kaca mata seorang ibu lah. hehe.. pandai ambil hati ibu.. nampak sisi perempuan dia tu.. alwas wanna be a princess.. manja juga tapi yang lebih manja abang dia lah. manja tak boleh kena usik dengan aqil. aqil buat apa je, ada lah dengar dia merengek. yang bakal kena ialah aqil lah kan padahal kesalahan tak seberapa pun, contoh ambil pensil dari tangan aisyah. kuat menyakat adiknya. rasakan lah akibatnya. hehe

minah berangan

Keras hati juga anak ibu ni. kelmarin dia 'tolong' aku kat dapur. memang menyibuk. aku masak dia nak tolong kacau. aku potong bawang dia nak juga potong bawang. lepas tu terluka tangan dia berdarah. dia tengok sambil cakap "ibu, ni cili kan" taklah ni dah luka tangan aisyah, ni darah ni. dia menafikan ini cili. lepas tu menangis cakap "ini cili" suka hati lah. padan muka sape suruh main pisau. aku amik handyplast tampal pegi main jauh2. tapi tak serik lepas tu datang lagi. Kalau kita marah dia, dia tak nangis tau, tapi bila kita pujuk dia baru dia nangis. huhu. aisyah aisyah..

dulu takut naik ni. sekarang berebut pulak

Orang kata muka dia sama sebijik potostat muka ibu. ye ke? selalu kitorang berdiri depan cermin, sama ke? hehe.. tapi dia rapat dengan ayah dia. selagi ayah tak tido selagi tulah dia dengan ayah dia tengok tv. dia buat lah apa2 tengok tab ke tengok upin ke.. kuat berangan juga ni. main bedak ibu, main lipstik ibu. dah ada telekung sendiri, tudung dah ada 4-5 helai tapi tak suka pakai, kejap je boleh..
suliana jr. :-)

time mengaji pun ikut mood, ikut suka dia nak ngaji ke tak. kalau pukul tangan pakai pembaris pun dia kalau tak nak baca tak nak bacalah. main2 loyar buruk. suka hati nak baca page apa.. yang tak tahu cakap tak tahu. yang mengajar ni yang stress ni. hehe.. dah pandai tulis A.. banyak dah pakej2 colour dan buku beli cuma ibu belum sempat monitor dan ajar. banyakkan tugas ibu ni. nak layan adam lagi, nak uruskan diri sendiri lagi. etc... 



Baru2 ni, baru tak baru sangatlah, muka dia kena infection. macam naik kudis2 start area kelopak mata. baik belah kanan, belah kiri pulak jangkit. sampai berkudis dalam lubang hidung pun kena. sian tengok dah tak comel dah anak ibu ni. balik kluang, kena bebel dengan tokma pulak kenapa muka dia ni. last2 sebelum balik kl bawa gi klinik Jamaliah, doc kata infection. dapat ubat antibiotik dan ubat sapu. alhamdulillah dah kembali ok dah kulit dia..  kulit dia memang sensitif suka garu2.. 

tengok kelopak mata bengkak

bab makan masih lemah. asik nak susu je. susu lactogen. seminggu nak masuk dua minggu tahanlah sekotak 1.3kg tu.. tapi yang bagusnya susu dia minum memang cepat. botol masih panas susu habis dah tak macam aqil suka 'feel' masa menyusu.. baju baju asik ulang baju favourite je.. iaitu baju frozen or princess :-)


 teman bermain dan bergaduh plus tukang sepah


Bye. wassalam..

Demam campak umur 10 bulan

Assalamualaikum..

Salam Jumaat yang berkat..

Februari bakal melabuhkan tirainya. cepatnya masa berlalu. dan sehingga ke bulan ini aku masih belum guna annual leave aku. haa.. terer tak.. sebab banyak cuti tersepit. dan ketika saat ini aku terasa seperti mahu bercuti baring2 dan golek2 like a star fish. cuti aku boleh tahan banyak kot. 39 hari lagi.. carry forward dari tahun lepas 9 hari selebihnya simpan GCR.. so bulan depan memang nak amik cuti kot. huhu. 


Kenangan bulan Februari yang masih belum tercatit dalam blog ialah muhammad adam kena demam campak. aku ni belek2 photo dalam hp, tengok gambar adam eh gambar demam campak belum cite lagi. huhu. adam kena campak 10 bulan. dia demam panas dulu 3 hari.. pastu baru keluar campak. sebelum tu dah pegi klinik sebab ubat demam dah nak habis. masa tu belum keluar lagi rashes. esoknya baru keluar. penuh satu muka.. ni campak halus.. sebaik sahaja bintik2 tu keluar, terus tak demam dah. masa adam kena ni aku tak cuti. sebab memang ada keje kat opis.. keje ni tak berkesudahan kan. kalau pengasuh aku tak bunyi, aku keje je lah. hehe.. anak2 ku kalau kena campak mesti before injection 1 year mmr tu.. tak de sapu apa2 pun, lotion2 rashes je sapu kat badan dia. alhamdulillah balik kluang tu sikit je tinggal kat hidung..

tapi dia tak meragam lepas campak keluar..

happy boy

Adam ni lately banyak peel dia.. hari2 aku dengar 'aduan rakyat' a.k.a pengasuh aku. hehe. kejap2 call bagitahu anak ko melalak je dari pagi tadi. nak buat keje lain tergendala. sian pengasuh aku ni. adam ni memang banyak ragam sikit.. huhu. mohon bersabar lah pengasuh aku ye. nasib dia tak kata aku tak nak jaga anak kau ni. dia jaga anak sedara dia umur 2 tahun dan anak aku aisyah 4 tahun. aisyah ni oklah cuma kuat merengek kalau orang usik dia. bingit telinga dengar dia menangis. Perangai adam ni dia tak nak dengan orang lain. pantang pengasuh bergerak habis meraung. hmm kat rumah elok pulak. tapi memang dia pantang tengok aku bergerak dia merangkak la sampai dapur tapi tak nangis. adam adam. mencabar sungguh jaga awak ni ye. tapi kalau dia gembira happy ketawa2, syukur sangat alhamdulillah.. tu bila aku pikir nak cuti nak jaga dia memang aku pun tak boleh buat kerja sebab dia memang nak berkepit je.. jadi kalau cuti, akan hantar juga dia ke rumah pengasuh. 

topi abang

baju abang. mahal ni ibu beli kat klcc hehe. baju umur 18 bulan, cepat adam dah boleh pakai

shining2 mata saya

tukang mop lantai

Okey itu je aku nak share.. bye wassalam

Tuesday, February 24, 2015

Dak dibam 10 bulan

Assalamualaikum..

Sapelah dak dibam ni ye. tentulah anak bongsu i Muhammad adam tu. dibam dibam sebab ia tembam dan semangat. heee.. berat sekarang maybe dalam 9kg. 10 bulan dah 15/2 yang lalu. lambat ibu update ni..

Perkembangan adam sekarang

1. dah kenal orang sangat. tak nak dengan strangers. dia nak ibu, ayah dan pengasuh je. selain dari itu, kirim salam lah nak dokong adam. dia boleh diagah dari jauh je. Tak menyusahkan orang lain kecuali ibu dan ayahnya je lah. hehe

2. word yang dia pandai "aaa" je. panggil orang aaa, nak ngecek makanan orang pun aaa.. yang lain 'tetetete' je bunyinya..

3. dah pandai nak berdiri. seriau tengok dia bangun berdiri kat bangku atau tepi meja. dia intai dulu kot2 atas meja ada benda untuk dia kutip.. berdirinya pandai. nak turun balik tu tak reti. risau takut terbalik ke belakang je.. duduk pun dah pandai hoyeah.. kat kedai makan senang ibu nak makan sebab dia dah nak duduk dalam baby chair tu..

4. suka makan. sekarang ni aku dah tak masak bubur dia. memang jarang sangat masak bubur untuk adam. adam makan nasi lauk kita :-p rajin betul ibu dia ni. tapi tak pe, kat rumah pengasuh adam dah makan. hehe. kalau dengan ibu adam makan ikan dan ayam. sayur penyet2 suap dia makan.. 

5. baju semua dah ketat.. dah boleh pakai baju abang dan kakak nya masa kecik2 dulu hehe

6. adam masih menyusu susu ibu. Alhamdulillah. susu ibu masih ada dan stok pun masih banyak.. sekarang dia dah minum banyak. kena bekal 20 oz sehari.. means 5 botol la.. masa demam je susu banyak tak habis. 

hmmm apa lagi ye perkembangan adam. ni jelah yang ibu ingat.. suka tengok dia tersenyum. kalau sihat suka je tengok anak2 ni. cer kalau demam perangai masya Allah.. sabo je lah.. 

ok bye wassalam..

Monday, February 23, 2015

Happy Birthday to me!!

Assalamualaikum..

Selamat kembali bekerja :-) Happy kan dapat balik kampung spend time dengan family jalan-jalan kan. but not so happy bila balik kl jammed kan? hehe.. 

On 21st February ialah hari lahir ku yang ke 33 tahun. Alhamdulillah. dah tua dah kitewwww.. Kali ni tak de sentap sangat sebab jatuh hari sabtu then balik kampung. so tak delah rasa kesepian duk teingat kenapa besday aku tak de orang kasi hadiah pong. kekeke.. Tapi tahun ni special sangat sebab dapat kek suprised dari my bff . Dia nak suprise kan kita, dia yang suprise balik bila datang rumah tekan loceng tak de orang sebab kitorang pegi JPO. haha.. nasib baik ada dua adik bujang aku tengah membuta boleh gegar hp diorang suruh amik kek yang tersidai kat pagar tu. kalau tak, cair kek i ni tau. huhu.. Alhamdulillah dikurniakan insan2 yang baik hati di sekelilingku.. Syukur..


En suami kasi kita duit suruh beli sesuatu yang diinginkan. tetapi yang diinginkan itu melebihi dari duit yang kita dapat jadi kita simpan je lah buat beli tudung pearl haya 3 helai lagi bagus. hehe.. mak kita kasi kita henbeg.. adik beradik lain jangan jeles. kehkehkeh.. tapi aku berkenan beg yang mama pakai tu, jadi kita tukar suka sama suka lah. haha.. on my besday tu kitorang jalan2 sesakkan diri kat JPO. ramai sungguh umat. Aku tak de lekat barang pun. tak best la JPO bila dah pegi banyak kali. sebab mahal juga walau pun out dated, design tak lawa. kalau lawa pun riban2. dengan anak2 lagi sibuk nak jugak beli baju tapi mana lah ada baju budak sangat yang best2. Poney tu beli je bukan korang pakai pun sebab gambar tak kartun kan. huhu. aiskrim baskin robin je mampu beli :-p tapi asal balik je nak gi JPO, camana tuh..  huhu. may be pergi bertenang2 sorang diri mungkin best dan mungkin sewel men swipe kad. hehe


Aktiviti di malam hari lahir ialah makan2 bersama family. kali ni tak semua berkumpul. yang balik aku je. kaklong dan ida tak balik. so yang join makan malam tu ialah adik no 3 bersama family mertua. penuh la semeja.. riuh rendah makan dengan kanak2 riang. siap terjumpa bff lagi kat kedai makan yang sama. hehe. rezeki sangat :-)

Sempena dah 33 tahun ni, aku sangat bersyukur dapat menghirup udara pinjaman Allah kasi.. Syukur. Dikurniakan dengan insan2 yang menyayangi diri ini. Cewah.. Dikurniakan anak2 yang comel dan sweet menyanyikan lagu happy birthday ibu suliana. haha. kelakar la budak dua orang ni. Nasib ada kek best preng bagi. Ada gak anak2 nak nyanyi lagu besday untuk ibu. hehe. Semoga ibu ini lebih matang dan bawa bertenang ketika berhadapan dengan karenah anak2 dan suami.. Semoga lebih istiqamah menjadi muslimah sejati.. aaamiiin..

Bye wassalam.. 


Wednesday, February 18, 2015

Happy birthday mama

Assalamualaikum..

Hari ni besday my dear mama. Yg ke 58. Dan hari ni juga merupakan hari terakhir mama bergelar penjawat awam sebagai pembantu tadbir W22 kot.. Pencen sudah.. Kami anak2 sentiasa mendoakan kesihatan yang berpanjangan untuk mama dan ayah.. Haish bila dah pencen ni mesti sedih kan. Tapi tak tahulah my mom camana. Macam tak de perasaan jek. Hehe.. Kalau aku mesti dah dalam kesedihan. Kalau tak silap aku tak banyak tempat yang mama pegi. Sebagai penjawat awam mesti banyak kena pindah randahkan.


Seingat aku mama pernah keje kat kem kat kl tapi area keramat sanalah. Lepas tu dapat pindah johor tukar2 dalam kluang je. Kejap kem batu 3 pastu kem mahkota plak.. Gilir2 sampai pencen. Sempatlah kami adik beradik merasa duduk dalam kem masa kecik2 dulu, naik trak askar sume :-) ni mama dah pencen rasanya dapat agak apa aktiviti beliau. Kekeke.. Mama suka tanam bunga, belai bunga dan menghias halaman rumah. Begitu teliti sampai daun pun dikelebet ada ulat ke tak. Hmm pernah juga minta pokok bunga sepasu dua yang mekar berbunga. Tapi aku rasa kalau sampai kl ni kering agaknya. Wahaha.. Tak terbelai pokok2. Baru2 ni pokok daun pandan mati. Tu lah rajin sangat 'menyiram' kekeke

Esok pagi InsyaAllah kami gerak balik kluang. Ha 2 kali bulan ni balik kluang. Habis tu tak de plan nak gi mana. Ingatkan family aku bak balik tgnu sekali tu tak jadi. So mohla kita balik kluang jenguk orang tua.. Celebrate besday kami sekali nanti. Hehe.. Dah berangan dah nak cop kek baskin robin la nanti. Sebab tak ramai yang balik bolehlah makan sepuas2nya. Kahkahkah. Kek mahal tu kalau ramai2 makan dapat sesudu sorang je kot :-P


Hari ni juga last day my bff kt tmpt kerjaku. Biasalah pertukaran pegawai kat sektor kerajaan perkara biasa. Jodoh tak panjang nampaknya. Aku pun nak masuk 2 tahun dah kat tmpt sekarang ni. Selalunya paling cepat 3 tahun kena tukar. Banyak yang kitorang dapat belajar kat sini walaupun agak mencabar tugasan yang diberikan. Takpelah lain tempat lain pengalaman. Cari ilmu sampai le liang lahat. InsyaAllah.. Kepada sahabatku shud semoga sukses ditempat baru.. Jasamu dan perkongsian ilmu mu disini akan dikenang sampai bila2.. Friendship forever ;-)


Ok bye.. Wassalam. Gong Xi Fa Chai.

Friday, February 6, 2015

koleksi tudung terkini

Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat. 

Lately aku dah ter in love with wearing shawl. hehe.. ala lambat la pulak in love with shawl. orang lain dah pakai bertahun2 dah kan shawl ni. tapi aku baru sibuk nak buat koleksi. hehe.. biasalah aku bab2 fesyen ni memang lambat update sikit.. fesyen tudung kan berubah dari sehari ke sehari. dulu ada sorang sedara ku jual tudung juga, masa mula2 tudung instant awning baru nak meletop.. last2 tutup terus sebab tak larat nak kejar fesyen tudung yang dah semakin berkembang ni.. sekarang pun orang semua berebut2 nak jual shawl. pandai pilih dengan tak pandai je. tengok kualiti kain, kualiti jahitan dan yang paling penting harga. kalau lagi pandai, jahitlah sendiri. lagi jimat banyak kan. nak up lagi, tengok brand pulak. 
first shawl from cattleya couture. kena improve lagi cara lilitan

Macam sekarang ni, aku ada juga beli sehelai instant shawl neelofar. RM 50. memang senang nak pakai. elok terletak je. less pin. tak pin pun tak pe, tapi kalau kena tiup angin berterbanganlah lilitan itu. tapi memang senang, baru sekali basuh. hand wash. tak kembang pun kain dia. tak kedut dan tak payah iron. ada yang fake neelofa pun ada juga orang jual, tapi selepas basuh mungkin boleh jadi kain dalam. kuikuikui.. tapi kalau tiap2 minggu nak beli tak delah, sayang duit jugekkk hehe..

Ariani


neelofar. first try.

si kenit aisyah pun nak jadi lofa jugak. haha

Satu lagi, latest aku suka beli kat cattelya couture. memang dah lama berkenan tengok kat instagram. terliur-liur je tengok collection dia. nak2 lagi model dia pun cun melecun. bertambah laku lah shawl nya kan. hehe.. first time beli masa kat PWTC year end sale festival tu.. beli jubah dan shawl sekali. nak merasalah katakan.. selepas dari itu, ada pulak buat offer RM 100 dapat 4 helai. hmm terus klik klik klik, lusa dapat. settle mengidam. haha.. sebenarnya kaler dia yang menarik. sebab banyak2 kan. kalau boleh semua nak beli..

Cattleya couture

Tapi bab pakai shawl ni, boleh menyebabkan lambat masuk ofis. yelah, pagi2 nak kelebet shawl lagi, pin sana pin sini. dukung budak kecik habis rosak setting shawl mak ni.. sampai2 opis duduk depan cermin betulkan fesyen lain pulak. haha. hai bilalah nak habis ni.. gitulah nasib si pemakai shawl. beginner lah katakan.. haha. kalau yang agak2 tak sempat, kita pakai jelah tudung instant kak siti yang dah mula nak kemek2 berombak dah awningnya. huhu. tak lama lagi pas kat sape2 lah yang berkenan. kalau takde, ke tong sampahlah kita. tudung bawal pakai lagi. ikut kepada time bangun pukul berapa. hehe

Oh lupa. selain shawl dan tudung instant ber awning, tudung pearl haya juga menjadi pujaan hatiku. yang soft awning tu. tapi tudung pearl haya ni harga dia boleh tercekik2 juga kalau selalu nak melabur ke situ. tapi sempena besday month ni, member boleh dapat 30% gitu. hmm berkira2 mahu menjejakkan kaki ke sana juga tu. hehe. ni semua sebab terpengaruh dengan mak aku. tudung dia banyak yang pearl haya, jadi balik kluang testing2 eh macam sedap je.. tu yang tersangkut dalam koleksi 4-5 helai. hehe..

belanje satu lagi. inara couture :-p

Oklah.. berfesyen biar kena pada gayanya. biar mengikut syariat. ok bye. wassalam..

Thursday, February 5, 2015

Celebrate Birthday Aqil Peringkat Negeri :-p

Assalamualaikum..

Kelas ko nak. Dua kali sambutan besday aqil, peringkat negeri gitu.  hari tu peringkat tadika je sambutnya. kuikuikui.. Ambil kesempatan sambut besday aqil masa cuti sederet 4 hari di Kluang.. Permintaan Aqil ni. terpaksalah ibu buat sekali lagi kek. Permintaannya kek red velvet.. haa ni kek red velvet tak cukup krim ni. tapi tak pelah budak2 je nak makan kan. buruk ke lawa ke tetap happy dapat nyanyi dan tiup lilin :-p

Menu hari tu memang menu hi tea sangat.. makan KFC, goreng pisang kuih muih dan sedikit party pack untuk 'calcium' gigi anak2. hehe.. Sebenarnya nak goreng bihun tapi tak sempat sebab pukul 2 baru nak cari jajan untuk isi dalam beg tu. baru hegeh2 nak order kfc.. baru nak cari air batu. nasib tak jemput orang lain.. sepupu2 je anak beranak je kan..

Hadiah aqil tahun ni berkonsepkan lego. cerita pasal lego ni memang minat dia yang belum pupus lagi. dulu2 masa kecik2 suka upin, ultramen.. sekarang tak tengok dah.. mainan sekarang lepas B-Daman, Lego lah yang masih bertakhta di hati.. yang menjadi mangsa adalah ibunya kena pasang. yang lego orang kecik2 tu dia terer dah pasang. cuma lego yang jadi kereta, heli etc tu aku lah kena pasang. memang hangin sangat. sebab dapat 4 kotak hadiah. semua gabak2. duk tayang kat ibu tanya bila nak pasang.. bila dah pasang benda tu bukan boleh seminit dua, kena 2-3 jam juga nak siap.. Lepas dah siap, mesti nak main kan.. biasalah benda tiruan ni cepat sangat lerainya.. angin gila aku tengok dah terbarai mulut naga tu. rasa nak amik getah ikat, dah jangan main lagi. sabo jelah.. 

Actually ok je pasang lego ni, seronok juga. yang tak seronok jari jemari akan rasa pedih2 sebab benda kecik2 dan tajam2 kena tekan kuat2 nak kasi dia lekat. kalau salah pasang, kena kopek pulak tengoklah pakai jari ke pakai gigi ke :-p itulah kisah melayan anak bujang aku ni perangai MasyaAllah. senang orang kata "pantang melintas, ada je tak kena budak aqil ni" 

Ok jom tengok gambar besday aqil peringkat negeri Johor :-P

kek red velvet versi tak cukup cream :-)

tokma dan danish

aqil and cousins


paklang. nasi beriani maulidur rasul :-)

antara hadiah lego aqil. tq maklong, mak ida dan pak de :-)

kereta

helikopter

dinasor ni tinggal kat kluang sebab cepat terbarai. stress mak ko

Ok itu sahaja kenangan besday aqil peringkat negeri .. dah lega dah ibu dapat merealisasikan impian aqil. tahun depan buat sekali dengan aisyah la senang sikit kan. hehe.. so bulan februari ni besday ibu plak hehe.. jangan lupa tau :-D 

bye wassalam



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails