Tuesday, July 28, 2015

Raya raya raya...2015

Assalamualaikum...

Hallu.. semalam akak baru masuk kerja... Alhamdulillah.. walau pun mood nak bekerja tu masih di awang-awangan tapi buatlah juga sikit2.. hehe.. lama ye kita cuti seminggu lebih tu.. masih dalam mood raya lagi kan. setiap pagi, selepas breakfast mesti hadap kuih raya kat opis ni. dah ada orang supply kuih raya haha.. kuih raya rumah kita je masih dalam balang lagi. belum masuk bekas cantik lagi. ada ke bekas cantik rumah kita.. huhu.. uppss tahun depan mesti beli balang kaca yang cantik sikit lah. balang kuih raya rumah kita dah 8 tahun kot gitu je rupanya. kekeke...

Cerita hari raya ku. seperti biasa setiap tahun balik rumah mertua dulu di Lenggeng.. sehari sebelum raya dah balik dah.. kitorang je balik sebab adik beradik lain semua dah ada rumah masing2 di sekeliling rumah MIL.. kat rumah MIL persediaannya seperti biasa iaitu rendang daging dan rendang itik.. ni kaum lelaki je lah tolong kacau. kaum ibu masih bekerja lagi. hehe

Raya kali ni seperti biasa disambut sederhana.. jatuh hari Jumaat kan.. petang jumaat lah baru pergi beraya.. raya dekat2 je kat rumah yang wajib. raya kedua pun sama, rumah wajib juga.. petang raya kedua tu kami dah beransur balik ke kluang pulak.. kat kluang kak long dah sampai dulu. adik yang tak de ialah faiz je sebab dia beraya bersama mertua.. Jom lah tayang gambo raya dulu . hehe

gambar raya kami tahun ni. langsir baru mama buat kat medan

baju raya sedondon kami. ayah gi solat raya

raya kedua baju oren :-)


raya ketiga ibu dengan emilia pucci inspired hehe

ibu dengan adik alya sarah anak kak long

dengan sepupu sepapat

beraya ke rumah BFF

anak2 kami

eh makteh dengan dak comel ni lagi :-)

sepupu2 aqil..

aqil dan aisyah.. masham je anak ibu ni.. baru lepas nangis, aqil buat :-p

menu di rumah mertua..

sorry susunan gambar tak mengikut hari. hehe..  rupanya, tak de sekeping pun gambar dengan parents i. huhuhu..  sibuk sangat mama jaga adik tengah pantang.. tak beraya pun.. ayah pulak jaga danish. dah jadi abang long dia. sian.. tantrum.. walau macamana pun, setiap kali hari raya adalah hari yang gembira right.. dapat jumpa orang tua, dapat berkumpul sesama adik beradik.. ni rumah kat kluang tinggal danish dan noah je lah.. semua orang dah kembali ke tugas masing2.. semoga terus istiqamah membawa didikan ramadhan untuk tahun2 akan datang. semoga panjang umur untuk bertemu ramadhan lagi..

wassalam..

3 comments:

Nieyl said...

Singgah sini...
Selamat hari raya...
kalau boleh nak hari² hari raya...

AMIIZAA said...

selamat hari raya su & famili....:)

nur hifzan Zanini said...

Happynya tengok muka semua. Lagi-lagi muka anak-anak. Seronok dapat jumpa saudara se-geng. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails