Tuesday, July 14, 2015

kemeriahan mulai terasa

Assalamualaikum!!!

Hallu hallu.. dah 27 ramadhan kan hari ni. hegeh2 makcik ni nak tulis blog. sebabnya opis aku ni dah hampir nak sunyi sepi.. huhu.. jeles pulak tengok orang dah cuti awal dah balik kampung.. Aku cuti hari khamis.. pastu lanjut seminggu lepas tu. hehe. tahun ni je pun boleh amik cuti lama-lama, tahun depan aqil dah sekolah tak dapek la nak cuti lama2, 

Persiapan hari raya bagaimana. Tahun ni aku biasa2 je. tak de apa yang baru melainkan baju raya baru hehe.. tiada langsir baru, tiada sofa baru. cewah.. tiap2 tahun ke kena ada sofa baru. huhu.. actually nak buat sarung kusyen untuk sofa tapi memandangkan bajet tak de dan banyak lagi keperluan lain yang perlu dipenuhi maka kita divert pergi ke lain la. duduklah ko sofa kat situ kita basuh2 je. tu pun dah basuh dah bulan2 lalu. haha.. langsir kita kasi recycle je langsir 5 tahun sudah. tapi baru-baru ni masa pasang langsir, dah nampak macam dah nak koyak. hmm.. elok juga tu kalau nak koyak. kekeke.. walau pun langsir lama tapi bila dah basuh nampak la sikit serinya tak de lah lebam je rupanya. tak de sape pun ingat langsir rumah kita. kita sendiri je rasa kan. nak feeling2 kemeriahan di hari raya. padahal, kemas2 rumah tinggal balik kampung kot. huhu..

Dari segi baju raya pulak, untuk aku ada lah dalam 4 pasang ok. haaa 4 pasang. mak tak nak kalah dengan anak2 hehe. actually aku beli kain sikit2, lama2 jadi bukit.. hantar tempahan pun dah lama, cuma pakai je belum, memang standby untuk raya katanya :-p jadi bila nak pakai raya, nampaklah banyaknya baju ibu ni. hehe.. tudung pulak konsep tahun ni bawal exclusive pulok.. tapi ada gak campur2 dengan shawl yang mana aku belum buka plastik lagi, beli sikit2 gak tu :-p

Sekarang kan barang dah mahal.. tu bila nak berbelanja rasa macam berkiranya aku.. beli baju melayu anak2 pun dah naik harga. kuih raya pun dalam tak nak beli tiba2 je dah ada berbalang2 kat rumah.. huhu.. bila order sedap je, pastu bila nak membayar keruk kepala. haha.. 

okla oklah.. sebelum mengakhiri post ini aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL YANG BAKAL MENJELMA..  SELAMAT PERGI RAMADHAN SEMOGA DIPANJANGKAN USIA UNTUK BERTEMU LAGI DI TAHUN AKAN DATANG.. take care kawan2.. semoga semuanya baik-baik sahaja.. amiin...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails