Wednesday, July 15, 2015

Adam 15 bulan

Assalamualaikum..

Hari ni nak share sikit kisah anak2.. setiap 15 hb adalah hari ulang bulan dak adam.. happy 15th month adam sayang.. means 1 tahun 3 bulan dah adam hari ni.. hoyeah hoyeah!! Sedikit perkembangan adam adalah seperti berikut :-p

1. Adam belum pandai jalan lagi.. huwaaa.. letih ibu ayah mengendong awak tau adam.. bila lah nak jalan ni. kes sama macam aisyah ni.. jalan pegang2 kerusi meja dah boleh. memanjat lagilah boleh.. cuma dia belum pandai berdiri sendiri. kalau kita suruh dia tateh nanti dia bengkok lutut turun merangkak. agaknya dia rasa merangkak lagi laju kot. huhu.. 

2. Belum pandai cakap lagi. haa.. ni pun lemah gak ibu tunggu awak cakap ye adam. asyik "aaaa" je kejenya.. tapi kadang terdengarlah ayah ke, adam, abang.. macam tu je la word dia.. gigi dah banyak dah tu tapi cakap lambat juga ye..


3. suka makan. adam budak yang suka makan. dalam ketiga-tiga anakku, inilah yang paling kuat makan. lambat suap sikit "aaa" macam burung gagak dah gayanya.. gelojoh pun ye juga. hehe.. paling dia suka nasi berperisa kot.. kalau suap nasi kosong nanti dia luah balik. kalau macam biskut2 macam tak berapa sangat. buat sepah lagi ada. tapi masa jamuan berbuka puasa di opis hari tu, dia sangat excited tengok amsyar (anak kawan) makan biskut. dia duduk depan amsyar tepuk2 tangan konon orang tu nak kasi sikit la biskut. sekali tu, lambat sangat ko nak kasi ye, meh sini aku rampas. gitu.. eee teruk betul perangai dak dibam ni.. buat malu ibu je. hehe. so lepas ni ibu kena standby lah biskut ke dalam beg... aku ni tak rajin sangat nak spare2 benda dalam beg macam sapu tangan ke, biskut ke air ke.. lepas ni kenalah berbuat sesuatu untuk dak dibam ni. hehe..


4. kuat susu juga. yang ni memang tak dapat nak tolong. setakat 15 bulan ni, alhamdulillah adam masih fully breastmilk lagi.. aku pun masih gigih mengepam. lebih2 lagi bulan puasa ni kan, susu drop. selalu dapat 20 oz, tapi bulan puasa turun jadi 16-18 oz gitu. dia pulak minum 25oz. 5 botol lah kan.. stock beku tadi pagi aku jeling2 dalam deep freezer dah tinggal 8 botol je. huhu.. lately aku kerapkan mengepam juga. contoh lepas sahur aku pam nak cover dapat sebotol 4 oz pun jadilah.. nanti cuti raya ni aku kena gigih lah mengusung pam aku yang tak berapa nak hado ni.. boleh juga tumpang pakai pam kaklong M1 yang baru. bila ada pam baru, rasa macam bersemangat je kan nak pam. hehehe..nak cover balik susu beku tu harap tercapai lah niat ku yang suci murni ni..


5. berat badan paling latest bulan mei kot. dah cecah 9 kilo rasanya.. cuma aku tak dapat lagi jumpa doktor nak dengar doktor cakap pasal kepala dia besar tu. tapi aku rasa memang besar sikit la sebab asal nak masuk baju yang tak de butang kat bahu tu mesti seksa. tapi aku paksa gak biar lepas hehe..

6. takut orang. perangai takut orang ni agak ok sikit lepas balik medan hari tu. tapi boleh ditengok dan diagah dari jauh saje. nak pegang2 sorry tengok mood jugak. hehe..only 3 person yang dia recognised which is ibu ayah dan pengasuh. tapi tak tahulah ek dulu rasa macam masalah betullah perangai macam adam ni, now dah rasa terbiasa dah. dah boleh adapt lah dengan perangai dia macam tu. cuma agak sukar sikit membela budak ni hehe

ok tu je kot yang aku ingat pasal dak dibam ni. nanti ada perkembangan terkini dan kerajinan kita update lagi okey. bubaii.. wassalam

*mood opis sunyi.. orang dah ramai cuti tapi kat opis ni ada 5 orang lagi belum cuti.. 


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails