Monday, July 6, 2015

19 ramadhan 1436H

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan hari ke 19. Alhamdulillah.. Syukur dah hari ke 19 okey.. masa mula2 masuk bulan puasa terasa lamanya lagi nak habis puasa. now pejam celik pejam celik eh dah separuh bulan dah berpuasa. Alhamdulillah.. Makcik belum tinggal puasa lagi okey. al maklumlah 'bestfriend' tak kunjung tiba lagi selepas melahirkan adam.. means dah 13 bulan lah selepas tolak waktu berpantang.. tak pelah, kalau dapat puasa penuh alhamdulillah. senang tak payah ganti2 ye dok..

Hujung minggu yang lalu berkesempatan balik kluang. walaupun lagi 2 mnggu nak raya, tapi tetaplah juga nak balik.. balik kampungku untuk berbuka puasa bersama family ku. kebetulan kak long pun balik, macam membuak2 jugalah nak balik sebab ada geng kan. haha.. yang tak dapat balik ida je lah.. so meriahlah rumah atok dengan cucu nya.. 

Balik hari Jumaat amik half day, minta kebenaran dari boss. tak pernah aku amik half day ok. sempat lah sampai kluang jam 6 petang. seperti biasa mama masakkan lauk kegemaran anak2. cewah.. iyolah lauk kegemaran anak2, sekali tu mama masakkan apa yang ada dalam peti ais je. haha..  hari pertama mama masak ketam masak lemak dan ayam masak merah. buka puasa day 2 mee goreng dan lauk biasa2 sayur air dan ikan goreng.. day 3 kat kampung pun aku join gak sebab terbantut2 nak balik siang sebab ngantuk. balik lepas buka..

So semalam la kami gerak lepas isyak sampai jam 11.30 malam.. balik terus tido.. siap tapau bekal udang masak merah complete dengan nasi sekali haha.. syok la sekali sekala balik kampung kan kumpul ramai2.. biar duit ala2 short tapi sebab niat nak jengah orang tua, buat mereka happy pun dah cukup elok dah. happy ke diorang tu.. dengan cucu2nya yang mengarok ni, dengan sepah2 rumah lagi.. haishh budak2... tapi tak pe, aku dah upah adik bongsu aku tolong kemaskan. haha..

Persiapan untuk raya macam biasa. yang paling disiapkan tentulah baju raya kan. kuih raya pun sikit je order.. tahun ni tahun gst.. jadi semua barang2 dah naik, mahal. contoh baju melayu adam, tahun lepas aku beli RM 30 je, tahun ni jadi RM 50.. kos baju melayu untuk budak2 laki je dah RM 150.. tapi oklah tu. kalau buat sendiri kos kain lagi, upah jahit lagi. husband punya recycle je.. tema kami warna kelabu. ikut baju melayu husband..

Kat kluang, kami shopping kat parkson. shopping baju en suami je. sebab baju dia je tak settle lagi.. baju aku ok dah lah, dah siapkan awal2 sebelum puasa, adalah dalam 4 helai. haha.. baju kurung, baju kurung moden pun ada. hehe.. tudung pun dah settle kot. dah dahlah tu shopping. ni tinggal aku nak redeem voucer sogo je, bolehlah top up sikit2 nak tambah2 baju budak2. haha. tak habis2 lagi. kekekeke..

Olah. time to go back. bye. wassalam...

1 comment:

Fantastic Bos said...

poket koyak akibat shooping raya macammana?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails