Thursday, June 25, 2015

Percutian ke Medan, Indonesia

Assalamualaikum

Kali ni nak share sedikit sebanyak percutian tergempar kami ke Medan, Indonesia.. Sebenarnya percutian ini dirancang last minute.. Dalam masa sebulan, dah siap dah buat pasport, book tiket semua. Kami pergi atas ajakan ayah dan mama.. Kebetulan, ayah ada sahabat di Medan, jadi kos tempat tinggal makan dan minum semua ditanggung beres gitu.. Alhamdulillah.. Kami cuma menyediakan kos passport, tiket kapal terbang dan duit shopping je.. kekeke.. kalau tak, memang tak pergi lah kan, short notice sangat.. nasiblah ada bajet sikit2 korek tabung la weh.. hehe

Bertolak pada 11 Jun 2015 dan kembali pada 15 Jun 2015. Kami pergi menaiki pesawat MAS.. Dapat juga merasa naik MAS ni buat pertama kali. untuk pengetahuan, ni kali ketiga aku naik flight. Jadi kecut perut tu memang ada la, lebih2 lagi naik MAS.. haha.. tapi alhamdulillah selamat pergi dan balik.. Anak-anak pula alhamdulillah elok perangainya. Yang paling aku risaukan tentulah Adam. tapi dia ok je tak meragam kecuali dia tak kasi pakaikan seatbelt tu. kasi makan biskut suka dia.. tu jelah umpannya..

Sesampainya di Airport Kualanamu, kami disambut oleh sahabat2 ayah di sana.. Dua kereta jemput kami.. Sampai pun dah maghrib kan.. terus menuju ke kedai makan Ibu Mai (nama isteri kepada kawan ayah). Perjalanan ke Kota Medan dalam masa satu jam juga. Dengan keadaan jalan raya yang begitu jem dan tak tentu arah orang ni bawa keta. haha. Ada traffic light pun tak nak ikut. Hon memang meriah la. Jalan sikit bunyi hon, seolah2 macam nak kasi tahu tepi sikit aku nak lalu. gitu.. hehe..

Sesampai di kedai makan ibu mai, kami dijamu dengan nasi ayam penyet. aku minta bakso. Sedap betul makan, lebih2 lagi baru sampai, kelaparan semuanya.. rasa ayam penyet tu sama dengan kedai ayam penyet di malaysia.. may be lagi sedap. bakso pun sedap. (meleleh plak air liur ni time bulan pose ye hehe) So, malam tu kami berehat saje di rumah ibu mai dan pak alin. Rumah besar boleh tahan, ada tanah sendiri tanam pokok2 kat sekeliling rumah.. Malam tu juga, mama dah tempah orang datang rumah nak buat kain langsir. Waduh kain langsirnya memang cantik. orang kata kalau ke Medan, jangan lupa buat langsir. hehe.. tapi aku tak de ongkos nak buat langsir. biar mama je lah buat. siap sebelum kami balik tu.. 

Malam tu kami tidur nyenyak sampai ke pagi. sampai konfius subuh pukul berapa sebenarnya. haha.. dah cerah tapi baru pukul 6.30 gitu. kan indonesia lewat 1 jam waktunya dari Malaysia. Means subuh pukul 4 lebih gitu.. So esok paginya kami kena berangkat ke Berastagi. Jarak perjalanan boleh tahan jauh.. dalam 2 jam lebih ke Berastagi dan hampir 5 jam menuju ke Parapat, Danau Toba.. Maka bermulalah adegan bontot membeku dalam kereta. haha.. Untuk entry kali ni aku ceritakan secara ringkas je la.. Detail later ye..

Jom aku tunjuk gambar sikit 2 ye :-)

my officemate mina. 
beg sebelum pergi. tak sampai 50kg :-)
adam yang behave sikit :-)


dalam flight tak reti duk diam

saje amik gambar sebelum take off :-)

ibu dan adam di balai berlepas

langsir terkini rumah ibu mai. cantik aku suka. tapi tak sesuai dengan rumah aku. golap..

Ok tu je untuk hari ni. sangkut2 aku taip ni. hehe. selamat berbuka. bye wassalam. to be continue..

1 comment:

Herry Cuti Bajet Medan said...

Sambil2 blogwalking...
Mintak izin tuan tanah promote kat sini..

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya dari Herry Cuti Bajet Medan menyediakan Pakej percutian bajet ke Medan, Indonesia dengan harga yang sangat bajet tapi selesa dan menyenangkan. Pakej termasuk semua, anda hanya perlu bawa duit untuk shopping. Tidak risau lagi kos tambahan. Pergi ramai boleh dapat RM290 je. Hubungi:

Facebook: Herry Cuti Bajet Medan
Instagram: herry_tour_medan
Email: herrycutibajetmedan@gmail.com
Call/WhatsApp: ID:+62 813 9788 0156 (Herry)
MY:+6013 4618637 (Ina)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails