Saturday, June 6, 2015

Bulan raikan cinta

Assalamualaikum..

Jun datang lagi. Alhamdulilah tepat 2 Jun adalah ulangtahun ke 8 perkahwinan kami. Kalau ikutkan macam wah dah 8 tahun rupanya. Tapi kalau ikut pengalaman orang2 lama, ala baru 8 tahun. Kena gelak je. Haha jauh lagi perjalanan. Onak duri ombak badai pelbagai rupa bakal ditempuhi.. Walau apa-apa pun, kami sentiasa berdoa agar semuanya ok2 sahaja. Doakan yang baik2 untuk kami ye.. Aamiinn..

Ok. Permulaan bulan Jun nampaknya tak berapa baik. Sampai ke hari ini, aku dan anak2 belum pulih sepenuhnya dari cirit-birit dan muntah2. Aku dah ok dah. Ya Allah hebat sungguh dugaan cirit kali ni. Aku agak punca keracunan makanan aku ialah serawa durian buatan sendiri. Maybe santan kotak kot puncanya. Memangla expired lambat lagi tapi aku beli dah lama dah. Last kopek tu dalam kabinet. Yang beria makan aku sorang je. 2 mangkuk ko. Sedap sangat. Nak perabih durian yang tak sedap beli kat jj. Last2, cirit. Tak sampai sejam aku makan, dah terasa mual. Mulut rasa tak sedap. Dan bermulalah episod lepas magrib kuar masuk jamban. Ada yang masuk tak keluar2. Haha..

Sampai satu tahap, tengah malam aku tido rasa air liur penuh dalam mulut. Rupanya nak muntah. Bangun masuk toilet, terus wekwekwek. Pregnant pun tak pernah muntah ok. Huh. Sape kena morning sickness tu memang wa respek la. Hebat penangan muntah terkeluar isi perut semua sampai sakit2 badan aku ni. Tido pakai lampin anak. Last2 esok pagi ke klinik kerajaan minta mc dengan doc. Haa dapat mc gov kuat sikit la kan. Hehe. Tapi memang lembik la air, minyak, lemak dalam badan semua dah keluar .. Siang tu makan bubur je. Tak lalu nak makan. Mulut tak sedap.

Adam pun terkena penangan yang sama tapi dia start dengan muntah2 dulu. Menyusu je muntah. Dah kami tido macam2 bau ada. Tak larat nak bangun tukar alas belakang. Tido dengan muntah. Sian adam. Tapi doc kasi ORS dengan ubat demam je. Aku dapat ubat angin, ORS dan panadol. Aku demam juga sekejap. Now dah ok dan dah mula ada selera makan yang membuak2. Result dari cirit tu aku turun 3kg. Dah la kurus, bertambah kurus dan cengkung muka.

Now aisyah pulak apa kena tak tahu. Muntah muntah. Minum air muntah. Aku kasi smecta tapi pandai pulak cakap susu tak sedap bila campur dalam tu. Risau budak2 ni. Dahlah kerempeng. Makin flat perutnya.. Tapi malam tadi oklah nak makan. Jangan termuntah sudah. Demam sikit..

Dah minggu ni keje aku mendobi je lah. Membasuh tak sudah2. Yang mana kena muntah semua kena bersihkan. Mop lantai satu rumah dah terkincit merata2. Upss.. Haha. Oklah.. Good nite. Semoga kesihatan kami bertambah baik semuanya. Nak berjalan jauh kamis depan ni...

Ok bye. Wassalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails