Friday, June 26, 2015

Berastagi, Medan

Assalamualaikum..

Pada 12 Jun 2015 kami bergerak menuju ke Berastagi.. menaiki 2 buah MPV yang dipandu oleh Pak Alin dan Pak Malik.. Aku naik kereta bersama pak alin. Malang sungguh nasib ku sebab pak Alin kuat merokok dalam kereta. Sian aku.. Dahlah anti bau rokok. huhu. Ayah takut naik kereta dengan pak Alin sebab pak Alin bawa kereta menakutkan, katanya. aku ok je.. Jauh perjalanan membuatkan aku tertidur.. 2 jam juga jalannya menaiki bukit sama macam nak pergi cameron highland tapi tak de lah berliku2 sangat macam jalan Tapah tu.. Aku tido je.. sama juga dengan adam hehe.. SAmpai setengah jalan atas bukit tu, singgah minum2 makan jagung rebus dan indomee.. kesejukan dah mula terasa.. syok makan siap ada monyet lagi hehe..

kat sana bapak2 ni suka layan aqil

berehat makan indomee..

Perjalanan diteruskan.. Setibanya di sana, aku rasa macam dah petang sebab redup2 gitu kan. tapi sebenarnya baru lepas hujan. dah nampak dah kuda-kuda berhiasa untuk membawa kami naik ke bukit gundaling. Kawasan di situ agak kotor sebab lepas hujan dan penuh dengan taik kuda. Anjing juga bersepah2, tapi anjingya cantik berbulu lebat - anjing musim sejuk.. Banyaklah orang jual stoberi, jus markisa. tapi aku tak beli apa2 pun sebab duk kecoh aqil nak naik kuda. dengan nak elak taik kuda lagi.. Last2 ada orang offer naik kereta kuda. aku ingatkan kejap je, aku tinggallah en suami dan adam kat tepi kedai tu.. rupanya sejam jugaklah. sampai kedai yang dia tumpang duduk tu dah tutup. sian sangat. sape suruh tak ikut kan. huhu..

kawasan parking kuda :-p

pak alin dan suami ku

Aku naik kereta kuda dengan aisyah aqil dan juga dua beradik anak pak malik.. Dapatlah tengok keadaan sekeliling. Dunia ciptaan Allah S.W.T.. dari kejauhan nampak gunung Sinabong yang meletus beberapa minggu yang lalu.. Subhanallah.. Indah ciptaan Tuhan. Adalah dalam 20 minit atas kereta kuda tu.. Sampai je ke Bukit Gundaling, banyak orang meniaga kat situ. terus aku belikan sweater dan topi untuk anak2.. Sejuk.. Amik2 gambar atas tu terus cepat2 nak turun sebab teringat kat dua beranak yang aku tinggal kat bawah nun.. huhu.. Jom tengok gambar. seperti biasa kat sini adalah fotografer suruh beli gambar dia.. tapi murah2 je lah. 

aisyah takut kuda tu tengok dia. hehe

suka aqil naik kuda 

kat bukit gundaling dah sejuk

konon2 macam cerita frozen ni. hehe

Gunung Sinabong

bergambar dengan monumen2 apa ntah atas tu

kami beramai2. sian en suami dan adam tak de..

Ok.. upss lupalah masa ni time pukul 3 lebih rasanya. sebab lepas tu kami lunch pukul 4 lebih kat kedai nasi padang. Pukul 4 lebih bersamaan pukul 5 waktu malaysia.. Perjalanan diteruskan dengan menuju ke destinasi yang krem bontot selama 5 jam. dah macam jb ke kl dah ni.. tapi jalan menakutkan. Banyak perkampung kristian kat sana. Oklah to be continue.. wassalam


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails