Monday, May 11, 2015

Ajar anak tidur asing

Assalamualaikum..

Hi.. Bulan ni kami dah ajar aqil dan aisyah tido bilik sendiri. Kebetulan. Katil yang dibeli dari courts mammoth dh sampai. Ambik kau 5minggu baru siap katilnya. Berbulu je aku tengok barang bersepah dalam bilik sebab nak sparekan katil baru tu nak masuk bilik. So katil dah ada dan aqil pun dah tahu la tu katil dia. Beli queen senang kalau ada sape2 nak tumpang tido boleh tumpang katil aqil.

So dia pun semangat la ada katil baru. Siap sound aisyah jangan kencing atas katil dia. Hmm. Ni baru malam kedua tido dalam bilik sendiri. Semalam terasa jugaklah bila anak2 tak tido sekali. Yang ada baby adam je. Bukan aku sorang je rasa. Tapi aku syak en suami pun sama gak even dia tak cakap tapi i know la. Haha.. Kejap2 pegi cek dah tido ke. Lepas tu aku pulak cek. Lepas tu dia kata dia nak test tido sekali dengan budak2 tu. Kot panas ke nyamuk ke.. Hmmm over tau ayahnya ni haha..

Tak sampai 5 minit aku up status kt fb cakap budak2 ni tido sendiri, tetiba muncul 2 beradik ni kat depan aku dengan bawa bantal dan selimut. Haha. Cepat2 ayahnya kata pegi tido bilik sana. Nanti ayah buka lampu tangga. Pegi lah 2 beradik tu. Sian pulak tengoknya :-) bila dah buka lampu, selamat dah tido. Rupanya ntah pukul berapa pagi aku terjaga, raba2 eh ada orang la tido sebelah.  ingat kan aisyah rupanya aqil. Sabo je lah. Bila masa masuk ntah. Bila dah pagi barulah aisyah muncul.. End day 1 :-)

Ni malam ni, sama juga. Diorang masih tido bilik sendiri. Tapi tulah budak 2 orang ni ntah apa difikir, muncul juga depan aku. Mesti ada perbincangan sulit ni. Haha.. Aqil kata aisyah nak tido dengan ayah. Last2 ayahnya pegi tido sana. Lepas tu ayahnya masuk balik. Kita kena pasang ekon bilik tu. Panas. Sian aisyah tergaru2. Ala bukan tak de kipas.. Aku ni bab penjagaan letrik memang jaga sikit. Hikhikhik. Dah lama en suami request nak pasang ekon kat hall tp aku tak kasi nanti bil letrik banyak. La ni pun 150 ke atas bulan2. Kalau hari panas, lebih la lagi sebab tido masterbed pasang ekon.

Dah kalau macam ni gaya.. Nampaknya terpaksa lah beralah. Dah suruh tido bilik asing, kos letrik mestilah bertambah ye tak. Kos kipas bilik sana belum masuk kalau pasang ekon. Kos beli ekon murah je kot. Monthly bill tu berdarah poket.. kos lampu tangga lagi. Haha.. Berkira betul mak kau ni.

Oklah apa2 pun mesti ajar dari sekarang kan tido asing. Nanti dah besar dia paham. Nanti aisyah pun kena ada bilik sendiri juga. Boys and girl kena separate kan.. Tu semua nak kena umpan. Nak katil cinderella. Almari princess.. Omg sangat dah request ok.  minggu ni tunggu almari bilik aqil. Tak mau beli kat CM dah. Lambat. Beli kat perabot cempaka je.. Ok bye. Wassalam..

3 comments:

umifarisfarhan said...

hehehe klako plak sbb fiza x leh imagine mcm ne faris nnt..nxt year 6thn da kne ajar duk blk sndr kot ..fiza da bg hint bgtau tu blk faris, tp trs nanges xmo tdo sorg2 hehehe

Fairuzzahmm nor said...

Hehe. Nanti lama2 ok la tu.. Lgpun now is musim panas.. Mungkin diorg x selesa.

dokterFaryn said...

cik puans aku pun dah start tido asing. tapi memang kena pasang aircon baru dorang lagi suka tidur bilik sendiri. semoga dipermudahkan hehehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails