Tuesday, May 19, 2015

Adam anak bertuah

Assalamualaikum.

Hallu.. On off ibu ni ye. Busy bangat. Mungkin betullah orang kata sekarang bukan zaman blogging lagi.. Cuba nak istiqomah tapi macam dah tak lalu nak share sebab banyaknya share kat media sosial lain. Tapi sekali sekala rindu juga nak blogging. Malas tulis tapi suka sangat baca coretan lama2.. Suka. Biarlah orang kata syok sendiri pun. Hehe

Semalam. Check up adam 13 bulan. Nak jumpa doktor sebab saiz kepala abnormal tu.. Dah kuar dari normal graf. Sekali doktor meeting daa.. Datang lagi bulan 8 nanti. Oklah boleh lah... Berat adam semalam 9.7kg. Banyak sangat naik. Maybe bulan lepas tak tepat sebab ibu yang naik penimbang sebab adam melalak. Semalam melalak juga tapi dapat amik sebab dia tengah 'nangis selok' so stone kejap atas penimbang tu hehe. 9.7kg ok. Patutla semangat sangat dak dibam ni..


Camana ek nak kasi dia mesra orang. Memang penakut sangat kalau orang ramai2 padahal orang tak usik pun dia. Dia akan gelisah kalau ramai orang. Alkisah aku pegi buat paspot ari tu. Masya Allah.. Dugaan betul. Dalam train lagi sikit nak sampai dah meraung. Dahlah peak hour orang nak pegi keje. Memalukan ibu betul adam ni. Tapi tak pe orang paham kot ibu beranak tiga handle anak sorang2 je wei buat paspot. Gigih tak gigihnya mak kau ni berjalan punya pasal. Kuat semangat betul. Hehe..

Sampai awal.. Dapat special kaunter sebab bawa  baby cuma baby ni tak bagi kerjasama. Meraung kau. Nak tido pun ye juga. Kasi nenen tak mau.. Dia sorang je proses berapa lama. Last2 ada mainan patung mcd kat situ. Aqil agah dia. Dapatlah juga gambar walaupun tak berapa jadi. Hehe. Rare sangat gambar tu.. Nasib baik kawan aku datang tolong last minit. Nak tolong apa je adam tak nak orang. Tolong pegang beg tolong amik itu ini. Hehe. Sempat buatkan mykid untuk adam. Lagi 3 bulan baru siap. Kalau kat hq siap on the spot kot..


Oklah. Bye. Upss kawan yang bertanya aku nak kemana, kitorang nak gi melawat medan, indonesia. Ada kawan ayah kat sana. Boleh lah jalan2 kenal tempat dan budaya orang kan.. Bulan depan sebelum puasa. InsyaAllah.. 


Ok bye wassalam..

5 comments:

Sya Nash said...

salam kenal.. akak suka jugak baca blog su sbb kbetulan baby kita hmpir sebaya.. alhamdulillah for the happiness.. jgn stop blogging tau.. tksama share cerita kt fb dgn blog.. lain feel.. ;)

Fairuzzahmm nor said...

Adam muka x senyum pun comel.. Hehe. Selamat berjalan2 su..

sue sue said...

Hai adam...untungnya adam kecik-kecik dah jalan luar negara! be a good boy tau!




Nak free vitamin tak?
Jemput singgah ke blog saya:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/free-vitalea-untuk-ahli-baru-shaklee.html

umifarisfarhan said...

SUKE BACE ENTRY NI.. SBB LBH KRG SAME ENTRY FIZA DLU MS NK BUAT PASSPORT HEHEHE

btul la kak su sbb da bkn zaman blog..tp sesekali rindu nk berblog hehehehehe

sisanizu said...

comelnya gambar dlm passport adam..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails