Wednesday, April 1, 2015

Hello April

Assalamualaikum.. 

Hello April!! tak de dah orang main april fool ye tahun ni. sebab sibuk dengan GST kan.. aku pun tak faham sangat pasal GST ni. kursus pun tak pergi.. tapi yang pasti semua barang dah mahal sekarang. fullstop. baiklah cerita pasal anak2 kesayanganku kat sini..

Semalam, aku bawa aqil pergi klinik. tiba2 teringat nak bawa pergi klinik padahal budak tu tak sakit gigi pun. kesian aqil. ibu menghapuskan keceriaannya semalam.. tak de niat nak balas dendam or dengki kat aqil, tapi mulut aqil sejak dua menjak ni agak berbau, mohla kita cek kat klinik mana tahu doctor boleh tampal ke or whatsoever..

berdebar tunggu doc panggil

Pegi klinik lepas habis kerja. agak ramai juga orang. sikit lagi nak balik. tapi tak pelah.. aqil duk target gigi dia kena tampal.. tapi doctor kata tak boleh tampal sebab dah goyang dan ada gigi baru nak keluar. OMG.. tak perasan pulak ibu gigi geraham aqil nak keluar.. memang tak de harapan nak tampal pun sebab gigi semua dah hitam. boleh pulak dia meraung semalam. suara dah lah kuat. aku pegi sorang je semalam. siap kena marah lagi aqil kenapa nangis. huhu.kuat berlakon pun yek, doctor tak letak apa pun kat mulut tapi bila ditanya dia kata sakit.. meleleh air mata. padahal bukan tak bius pun.. aqil aqil.. makan lagi coklat. sian aqil.. tak pasal2 kena cabut gigi.. tapi aqil anak yang tabah (cewah tabahlah sangat) haha.. aqil dengar cakap ibu dan makan pujuk dia ni. hikhikhik..

upah cabut gigi.. sian aqil

So semalam kenalah RM 50 bersama ubat.. klinik tu sebelah kedai barang plastik, ada jual mainan sekali. maka, kenalah upah mainan, dia amik lego dan kaler pensil 24 batang. belikan aisyah sekali buku warna2 kang merajuk pulak anak dara tu.. tak pelah lepas ni kalau sakit lagi gigi kita gi klinik kerajaan jelah ye. klinik swasta ni asal pegi je terbang RM aku yang tak berapa nak ada ni. haha.. tapi kalau KK biasalah lambat. next next appoinment baru dapat.. kalau gi swasta tak sampai sejam dah siap dah kerja.. ok habis kisah aqil..

Kisah anak dara ku aisyah humairah.. my sweet heart. kuat merajuk, kuat menjerit, kuat merengek.. adoyai lemah dengar merengek tak habis bila kena sakat dengan aqil. dia ni tak makan saman budaknya.. adam tengah tidur peduli hape dia, nak menjerit ke nak apa ke.. dah tak pakai pampers, tapi bila diberi peluang pakai pampers memang tak lepas peluang nak kencing berak dalam tu. sampaikan dia terlupa dia tak pakai pampers, boleh dia berak dalam seluar. apa lagi, kena lah dengan ayah dia. kalau jalan2 cepat nak balik, sebab penat kot jalan. tak macam aqil, energy sampai tengah malam. aisyah tak berapa sangat energy dia, boleh bawa berjalan, tak ligat sangat. hehe.. makan oklah nampak macam dah banyak makan sikit. suka makan tulang2 macam ibu, tulang ayam la.. suka meratah. kalau tulang ikan tak de berani aku nak bagi, tercekik nanti.. 

happy girl

muka merajuk..

Adam pulak.. yesser.. bulan ni bulan kelahiran adam dak dibam dibam. hehe.. lagi 2 minggu uols. adam turns 1!!! hoyeahh.. perangai dia? nampak macam behave sikitlah dah boleh bawa berjalan.. kalau ikut percent, ibu bagi 80% je perangai dia dah tak suka nangis dalam kereta. selebihnya ada jugak buat perangai.. tak boleh berjalan lagi tapi dah pandai pegang2 jalan tepi sofa dan meja. habit terbaru (eh terbaru ke baru perasan?) suka jilat cermin meja dan jilat lantai!! ingat aiskrim kot sebab sejuk. kekekeke. makan memang suka. kalau aku makan atas meja, nanti cepatlah dia sampai kat kaki macam kucing tunggu makanan. kalau tunggu je tak pe, ni meronta2 nak juga duduk atas ibu nak tengok ibu makan apa.. tak suka bubur dah, suka makan makanan orang besar. kalau bagi bubur nanti dia 'tui tui' kan bubur tu. Perangai tak nak orang tu masih sama.. hmm.. pelik adam ni. takpelah sabar je lah ibu.. pengasuh siap cakap, "aku tunggu budak ni boleh berjalan baru lega rasa. kalau tak, nak berdokong je" hehe sabarlah kak ita oii.. tergolek dah banyak kali dah.. kalau dia tak nampak ibu, dia tahu dah nak cari kat mana. dia cari kat bilik air.. hehe.. merangkak dia kesana ke mari cari ibu.. sian adam.. tak sabar nak beli kek untuk sambut besday adam..

ye ke saya nak setahun dah??

yelah ibu, tengok saya pandai duduk ni tengok tv..

ok semua till then bye wassalam. uppss happy GST everyone!! :-D







1 comment:

Salmi Wati said...

hi sis..saja singgah sini.
jemput singgah blog kita bila2 free

www.zulfahhouse.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails