Wednesday, April 22, 2015

besar ke?

Assalamualaikum..

Cerita hari Isnin lepas. Check up adam 1 tahun beserta cucuk setahun lah. Nampaknya seperti ada perkhabaran yang kurang menggembirakan. Ok kita mulakan dengan berat badan dia. berat badan naik sikit je. nak ambil tepat2 dalam mangkuk penimbang tu tak dapat sebab dia meraung bagai nak rak. haish adam, berpeluh2 ibu tau... apa nak jadi ni. penakut dengan orang memang tak dapat nak dipisahkan.. terpaksalah aku naik atas penimbang orang dewasa dan tolak berat baby tu. 9 kg la lebih kurang. BMI turun. tinggi 75cm kalau tak silap.

Yang membimbangkan aku ialah nurse cakap ukur lilit kepala dia dah keluar dari line putih. dah 3 kali check up dah luar line putih. means macam besar sikit. means macam abnormal. latest ukur lilit kepala dia 49cm. patut tak boleh lebih. nurse tanya ibu bapa kepala besar tak? aku kata la tak besar kot. tapi adik aku ada sorang kepala besar. anaknya pun sama. ada kaitan ke?

Risau pulak bila dia cakap macam tu. sebab kepala adam macam 'besar sikit', next check up jumpa doctor pada 18/5.. doctor tak de hari tu tak dapat nak jumpa.. pada pandangan mata kami, kepala dia macam ok je.. seimbang lah kan. tapi bila bergambar dengan aisyah, muka tu lebih besar adam sebab aisyah muka kecik..

Balik tu, pergi gondolkan rambut dia sebab dah panjang berekor dah rambut dia. pun meraung sekuat hati kat kedai gunting mamak tu.. bila dah gondol, lagi nampakla kebulatan kepala dia tu. aku duk perhati je besar ke? besar ke? besar ke? gitu lah persoalan aku sehingga ke saat ini.. aku selalu mendoakan kesejahteraan anak2 ku semoga tiada sakit apa2 yang serius..


ala sian dia lepas kena gunting rambut. nasib pakai mesin dapat la sodok.

tu muka dia tu kena jangkitan kudis. ramai orang tanya kenapa muka adam. start dia dari aisyah. ingat tak yang aisyah kena gatal2 kat keliling mata dan muka tu. lepas makan antibiotik, terus baik dengan izin Allah. bersih. tak lama tu, aqil pulak. kena kat pipi. rupanya, dalam rambut dia penuh kudis2 keping2. geli tau. terus bawa pergi klinik dapat air ubat biru, krim sapu dan ubat minum. tapi masih tak baik lagi, aku nampak merebak kat tangan dan badan sikit.. pastu yang adam ni bermula dengan kuku dia tercakar, terus merebak.. penyakit ni tak tahu nak kategori apa. tapi doktor cakap, jangkitan kuman dari bawah kuku.. kalau kayap lain kot ek.. tapi adam ni macam dah nak sembuh dah pakai ubat aisyah hari tu..dia jenis tumbuh kat tempat yang ada rambut dan bulu2 macam bulku mata or kening..  


selfie jom adam..

ha, besar ke kepala saya??

ko tengok sambil aku selfie sempat nyamuk tu hinggap kat dahi aku. mendapat la ko kena pang dengan aku. haha

ok bye bye. wassalam..


2 comments:

Hakimi Hilmi said...

Sensititf jugak kulit dia..makan pun kena berpantang jugak lah..sbole main sebat jaa..:)




PERCUMA Roadtax expiry date reminder

Roadtax Reminder Malaysia


Perbaharui cukai jalan dan insuran disini

Renew Roadtax Malaysia



faiez said...

anak anak faiz pun kepala agak besar..cumenya doctor ukur la jgk..tp xde ckp ape..xde ape kot...insyaAlalh..mak mak biasala pk memcm...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails