Wednesday, April 15, 2015

Adam Satu Tahun

Assalamualaikum.

15 April.. kini menjadi satu tarikh yang akan diingati oleh kami sekeluarga. iaitu kelahiran budak kecik dibam2 muhammad adam mohd zaki. Alhamdulillah syukur pada mu ya Allah kerana meminjamkan anak kecil ini kepada kami semua.. Alhamdulillah membesar dengan baik walau pun perangai adam ni pelik sikit dari abang kakaknya.. hehe..

Ya dak adam ni dah setahun. oh my baby yang dibam2 masa lahir 4.19kg tu dah setahun okey.. sampai sekarang memang dibam la antara adik beradik yang lain. walau pun dah susut tapi tetap rasa semangatnya nak dukung budak ni.. yelah bulat kecik budak ni.. hehe.. berat terkini maybe dalam 9kg plus kot. nanti 20hb baru nak gi check up kat klinik..

Antara pencapaian menjelang setahun ni ialah :-

1. belum pandai jalan tapi dah boleh memapah. berdiri sendiri lepas tangan belum lagi. semalam nampak dah pandai panjat sofa. panjat tangga pun sama suka juga

2. of course la dah boleh duduk tanpa sokongan belakang. 

3. makan. suka makan. tapi peel sekarang rasa dulu makanan. pastu dia sembur. next suapan baru dia makan betul

4. dah pandai minum dari straw. hoyeahhh.. . ni ibu suka sebab kalau bagi minum pakai sudu or cawan habis berlecak

5. gigi dah nak masuk 8 batang. 4 atas, bawah nak masuk 4.. belum pandai gososk gigi. kalau gosok dengan kain tak nak buka mulut. walau pun gigi dah banyak, tapi belum pandai cakap lagi. haha.. yang dia tahu "aaaa" . kalau ajar boleh la dia ikut. contoh "air" dah pandai sebut. "ayah" "abang" adalah sikit bunyi2 nya tu. kadang ajar ikut mood dia, dia ikut. kalau tak, dia diam je tak layan.

6. arahan yang dah boleh ikut, bila suruh bye bye, dia akan lambai tangan dia. ikut mood juga

hmm itu jelah kot perkembangan adam yang aku ingat.. hehe. tapi yang paling ingat dan segar di ingatan adalah dialah antara anak yang paling kuat meragam.. suka nangis. tak nak dengan orang. nak orang lepak dengan dia je. kalau ko berdiri, dia akan bergayut kat kaki minta didukung. kalau ko makan atas meja dia akan jadi kucing kat tepi kaki tu sambil berkata "please pick up me" gitu. haha.. kalau dia tengok ko hilang dari pandangan mata, dia akan merangkak pergi bilik air sambil meow meow. haha tipulah tu. hehe.. kalau kita baring2 depan tv, dia sukalah.. biar dia merayap, kita jangan merayap, biar dia tengok dari jauh je. hehe..kalau time dia nak tidur, especially malam, memang dia akan bantai nangis sambil lentik2 kan badan gosok2 mata.. jadi kalau nak keluar makan malam tu memang kena amik risiko makan gilir2 lah.. 

Apa2 pun perangai adam, ibu dan ayah dan abang kakak semua sayangkan adam. adam kan comel.. kalau senyum dan ketawa tu memang cair sangat rasa nak gigit2 adam ni. sampaikan kakak aisyah suka cubit adam sebab adam comel. kan.. hehe. adamlah anak yang tak menyusahkan orang lain selain ibu ayah dan pengasuh.(sebab adam tak nak kat orang) haha.

Di kesempatan ini, ibu nak ucapkan selamat hari lahir adam untuk kali pertama dalam hidup adam. semoga adam membesar dengan baik dan menjadi anak yang soleh penyejuk hati dan penyeri keluarga kita.. sayang adam dak dibam ni :-)



Bye wassalam..

5 comments:

sisanizu said...

alolo comelnye adam..dah besar dah..bertauh adam lahir je dah ada kakak dan abg ye..:)

Nurulhuda Abdul Latip said...

Dah setahun ek, kejap betul masa kan..Cam tak caya jer hehe..Happy Birthday Adam, semoga terus membesar dengan sihat yea..Tapi kan anak ketiga kita pun sama tau beza betul perangai dengan abang dan kakak dia tau..

Marsha~ said...

eh rindu sangat backgorund ni... dulu sy pakai bgorund niiii... hehehe

Nani said...

dah setahun yek...cepat shj rasa masa berlalu..

Fairuzzahmm nor said...

Hepi besday Adam.. Jap lg dah boleh main kejar2 ye.. Hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails