Thursday, April 9, 2015

Active month

Assalamualaikum..

Hai! Bulan ni merupakan bulan yang aktif untuk diriku. Bulan ni merupakan bulan bersukan bagi tempat aku bekerja ni.. nak tak nak, kena join juga bagi mewakili kumpulan unit kami.. macam2 lah game ada , indoor and outdoor. Indoor tu main congkak, dart, dam haji etc.. yang outdoor pulak game bola jring, futsal, badminton, ping pong, bola baling etc..

Aku telah dipaksa untuk mencukupkan korum main netball. for your information, netball adalah sukan yang tak pernah aku main sejak zaman sekolah. tak pernah main betul2.. undang2 netball ni tak tahu. tapi aku tahu lah juga main netball ni tak boleh gerak kaki. basic tu tahulah sikit2.. so turun jugalah berlatih. minggu ni dah dua kali main.,

first day tu balik rumah habis sakit2 kaki ni.. tapi yang seronoknya setelah lama sangat tak keluar peluh, kali ni peluh membasahi baju dan jantung berdegup kencang, muka merah kepenatan.. rasa macam fresh aje. haha.. tetiba rasa best pulak. haha.. oklah seronok juga mengeluarkan peluh ni. semalam, berlatih sekali lagi, alhamdulillah tak de lah sakit2 badan pulak hari ni..

kita main bukan fokus untuk menang tapi untuk menunjukkan komitmen kepada pasukan. semangat kesukanan lah gitu. sebab group aku ni rata2 semua kata tak reti main, tapi aku tengok ok je pandai je pegang bola semua.hmm tipulah diorang ni. hehe.. tapi yang kurang bestnya latihan pukul 5 lepas ofis hour. aku rumah dekat ni tak de hal, cuma kena minta izin en suamilah nak balik lambat sikit.. cuma rumah kawan2 yang jauh2 tu sian juga kat diorang sampai rumah nak dekat pukul 8 kalau latihan habis pukul 6 lebih..

Mula-mula aku letak nama kat pingpong dan netball. sekali tu main pingpong tak reti. susah jugak eh sebab tangan keras.. ingat macam main badminton ke apa. melambung2 bola tu di awang-awangan. haha.. last2 surrender lah tak nak main pingpong. coach nya pun stress nak mengajar. haha. dah lah main kat kantin yang kotor. tak selera makcik.. pastu lari pulak kat bola jaring.. dah lama tak bersukan, pancit.. 

oklah lepas ni kena aktifkan diri bersukan. ye saya suka sebab rasa lebih fresh dan sihat selepas tu.. memanglah letih sikit tapi rasa puas bila jantung dengan lajunya mengepam oksigen. cewah.. betul ke ayat tu . hehe.. 

Oh selain dari sukan juga, bulan ni juga memang sibuk dengan tender dan sebutharga. banyak kena pegi lawatan tapak... berhadapan dengan pelbagai karenah kontraktor. kesian juga pada kontraktor yang tak dapat beli sebab tak ikut arahan.. so kontraktor sekalian, kalau nak beli tender or sebutharga tu kena ikut arahan ok.. kami ni terikat dengan circular, kena jaga diri sendiri jugak.. minta maaf banyak2 tak dapek nak nolong ye tak.. selepas proses tender ni, pasti akan sibuk dengan tender report pulak.. tak pe2, think positive.. ni semua ibadah. inilah dikatakan kerja. kerja kerana Allah S.W.T.. 

Ok till then. bye wassalam..

2 comments:

Nur Hasyimah Mahasan said...

wah seronok bersukan...nk tanya soalan kerja skit...penat keluarkan inden or sst yang include gst tak...

Suliana said...

blm lagu syima hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails