Monday, March 30, 2015

misi make over bilik anak bujang

Assalamualaikum..

Good Morning!! Selamat hari Isnin everybody. Hari ni alhamdulillah sempat thumb print. haha. a good achievement this week :-) sebenarnya sekarang ni kalau nak pergi kerja memang terkejar2. aku masuk pukul 8. Keluar rumah 7.30 pagi sebab rumah aku kalau tak jem memang dekat sangat dalam 10 minit dah sampai ke ofis. tapi sekarang ni tak tahu lah orang dah reti guna jalan tu ke, or construction MRT yang menyebabkan aku lambat sampai ofis. cewah masih nak salahkan orang lagi. bulan lepas aku dapat jadual nama pegawai2 yang lambat sampai ofis. nama aku termasuk sekali. dah kena amaran. bulan mac aku tak tahulah berapa kali dah lewat.. ala kalau lewat pun tak lebih 5 minit kot.. tapi nak buat camana dah undang2. balik lambat pun tak dikira padahal kuar opis lewat tu dalam sebulan total 8 jam kot balik lewat.. yang lewat sampai setiap hari total tak sampai 30 minit ok.. so conclusion dari kelewatan aku tu, azam bulan depan nak kuar rumah awal sikit. sanggup tak tukar waktu kepada 8.30 tu huhu.. koser mak nanti balik lewat takut tinggal sorang2..

Ok ok. nak cite aktiviti hujung minggu. sebelum aku terlupa.. semalam, pergi courts mammoth. memang dah berhajat lama sangat dah ni nak beli katil untuk aqil. tahun depan dah 7 tahun kan. kena wujudkan bilik dia sendiri. dah besarkan..tak boleh tido dengan ibu dan ayah lagi. so nak kasi semangat sikit kat dia.. berangan ada bilik sendiri.. sekarang dia masih lagi tido berhimpit dengan aisyah satu katil single tu. dulu kecik2 memang muat lah dua orang tu. now dah besar panjang, tengah malam asik dengar rintihan je kena himpitlah, kena sepak lah. haha.. 

So pergilah ke courts mammoth. katanya banyak pilihan. aku memang tak de pengalaman sendiri beli barang kat CM ni. masa kecik2 mak ayah aku jelah yang beli2 barang kat CM ni. selalu beli kat kedai barang perabot biasa je. saje jelah nak bertukar angin.. maka, lepas balik dari kampung, berangkutlah kami ramai2 pegi CM. nak dekat maghrib dah masa tu.. masuk2 tu rambang mata ok.. Mula2 nak satu set dengan almari sume.. adalah dalam 1800 tak masuk tilam lagi tu. sekali tu angkat tilam, alas katil dia ala2 tulang ikan yang bengkok tu.. tengok pulak kualiti almari dia bila aqil masuk dalam almari tu, memang murahan sangatlah, runtuh kau base almari dia tu. sangka baik barang display memang cam tu kot. haha bukan apa, kita memang nak barang murah tapi kualiti tu kalau murah janganlah nampak rabak sangat kan. 

So round2 lagi. berkenan set yang satu lagi ni. tapi harga 3500 belum masuk tilam ye. dapat almari 3 pintu, meja solek, side table dan chest drawer. tapi tu semua belum masuk tilam. actually tilam yang mahal kan.. fikir punya fikir dan sila bawa bertenang. tujuan asal nak beli katil je kan. so sila alih pandangan ke katil sahaja. maka amiklah divan sahaja, kepala katil dan tilam. nak sedapkan hati, alah aqil je yang nak tido kan. tak payah beria sangatlah. nanti aqil nak kawin baru beli set bilik yang ok. haha. over mak kau. 

Ok settle memilih katil. solat kat situ juga. jalan2 pulak kat area tv. ha ini lagi satu rambang mata. dalam perancangan juga nak beli tv ni tapi tv aquarium tu masih elok lagi kan.. alhamdulillah setelah ditolak tambah, bulatkan hati tak amik tv.. adoyai. buat hutang memang senang, nak melunaskan nanti tu beban juga tu. kalau amik installment harga dah jadi lain. alasan lain, aku mana tengok tv sangat kan. jadi tak de keperluan nak beli lagi.. takpelah tv boleh bersabar lagi kan. hehe..

So perancangan menuju ke fasa inflasi ni perlu dirancang betul2.. kena siapkan tabungan baru untuk beli sesuatu.. banyak lagi cabaran dan target2 untuk bulan beikutnya.. setiap bulan memang ada je major item nak kena bayar contoh bulan 4 nak servis kereta, bulan 5 kena prepare duit taska aqil untuk mid semester, bulan 9 spend untuk insurance dan roadtax, tu belum masuk cukai pintu dan cukai tanah.. haa.. belum masuk bulan nak raya lagi. ok.. silalah menabung.. lambat lagi lah nak pakai kereta besar sikit.

Eh terpanjang pulak membebel ni.. so semalam dapat katil je la. tapi yang haru lagi, 3 minggu baru sampai sebab kena bikin dulu divan tu. kalau set katil besi tu may be seminggu macam tu lah. ok, lepas ni kumpul duit pulak nak make over bilik aqil. beli sikit2. bilik tu sebelum ni adalah bilik buangan. memang longgok mainan dan semua barang tak pakai kat situ. now kami dah bersihkan dan dah buang semua mainan yang lama2.. baju dan buku2 tak pakai tu semua bakal dibuang..

ok till then. bye wassalam..




1 comment:

Sumijelly Sumi said...

CM ni kalau beli mahal bayar ansuran rugi.. sbb interest mahal...

better g cr tmpt lain.. tp kalau nak banding harga dn brg boleh la..

suka gak g CM cuci mata..hehehe

Sumijelly.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails