Monday, March 16, 2015

LOST WORLD OF TAMBUN 2015

Assalamualaikum..

wah seronok ye korang cuti sekolah, amik kesempatan bercuti ye. ahkak ni dah pun pergi berjalan minggu lepas, minggu cuti sekolah ni tak join la cuti. kasi chance kat orang lain yang ada anak sekolah untuk bercuti. cewah.. 

Minggu lepas tu 7/3/2015 percutian ke kenduri kawin dan lost world of tambun. itu je aku mampu pergi, nak cuti2 over the sea belum mampu lagi dek non. hehe. cuti2 over the sea kalau mampu pun tunggu nak gi umrah tahun bila tak tahu.. hehe..

Ok, percutian ke LWOT ni dah masuk kali ketiga kami pergi. kali ni lagi sempoi, last minit booking. nak book agoda dan booking dot com semua dah sold out. terpaksa call sendiri hotel untuk reservation. kat hotel pun dah fully booked standard room tu. terpaksa amik deluxe suite.. mahal sikit lah bayarnya tapi tak pelah sekali sekala.. dekat pun dekat, nak book hotel lain macam tak best je kan. hehe..

Kitorang sampai ke tambun dalam pukul 3 petang. theme park tu buka pukul 10 pagi. kali ni pergi memang main air semata2, tak de jalan2 kat petting zoo pun. masuk dalam dah pukul 4 petang after check ini. 2 jam tu pun dah kira lama dah dalam kolam tu. hehe.. beli tiket online dapat murah sikit lah dalam 47 ringgit sorang.. kalau belikat kaunter adulr RM 52, child over 90cm RM 46.. aqil dan aisyah dah lebih 90cm, nak tak nak terpaksalah belikan tiket diorang. Seronoklah budak2 ni mandi air kolam walau pun air dia tu bukanlah bersih sangat. 

Aqil la yang seronok main slide sana sini. aisyah seperti biasa takut air. dia tak nak main slide tu nanti muka dia masuk air. jadi kerja dia adalah berjalan2 dalam air. haha.. adik dibam adam seronok sangat main air, jilat2 air kolam.. eeeyuuu. ingat bersih sangat ke kolam tu dik. dah lah ada construction dalam tu. tawakal je lah. kasi chance la budak2 ni main air..

Kali ni pergi tak full sangat lah. actually tempat dia ok tak delah padat. experience dah 3 kali pegi kan. walau pun cuti sekolah masih seronok main air dalam tu. ada space nak bergerak.. untuk warga tua macam aku ni main juga slide tu tapi tak sebest legoland.. legoland tu besar, puas main kat situ.. tapi padanlah dengan harga tiket yang dibayar tu kan. hehe.. ok jom tengok gambar kami :-)

seronoknya dia.. nanti ibu beli swim suit adam ye :-)

gilir2 layan anak..

aaaa.. itu je lah cakapnya

aqil dan aisyah..

seronok aqil tu..

4 of us. ibu wearing muslimah swim wear :-)

best! bilik upgraded to premier suite. luas sangat muat lagi satu katil

our family photo this year. alhamdulillah..

Alhamdulillah dapat bawa anak2 bergembira.. cuma anak2 kenalah dengar cakap ibu ayah ye. jangan nakal2.. kalau perangai baik2 nanti ibu bawa jalan lagi :-p kitorang balik hari ahad check out pukul 12 tu terus shoot balik kl. sampai rumah dalam pukul 3 lebih, dapat rilex sikit sebab esoknya kerja..

hari ni adam dan aisyah tak sihat.. selsema jangkit dengan aqil. sebelum hantar ke pengasuh dah pesan "diorang tak sihat hari ni, may be meragam sikit " pengasuh cakap "anak ko kalau sihat pun meragam jugak" haha.. itulah perangai adam, nak suruh orang hadap dia je 24 jam. pantang hilang muka kita, satu rumah dia cari :-p perangai tak ubah2, dah 11 bulan dah adam oiii..

ok bye. wassalam

3 comments:

dokterFaryn said...

aku dulu pernah bercita-cita nak bawak cik puans berjalan ke LWOT jugak. sampai sekarang belum sampai. balik-balik ke legoland je. hahaha.

Sharinginfoz said...

seronok betul anak2 main

~Aida@MommyJauhari'sMedina~ said...

wah seronoknyaaa anak2 semua main air..tak pernah lagi pergi LWOT..teringin jugak nak pergi..baik pergi sekarang sebab Medina belum lebih 90cm..heheee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails