Wednesday, March 18, 2015

dia buat hal lagi

Assalamualaikum..

Masalah tiba lagi! pam susu aku yang banyak berjasa selama ini hampir 6 tahun mula buat perangai. Ingat tak aku ada cerita aku hantar pam susu kat service centre hari tu.. tak solve juga problem tu.. pam tu tak berapa nak sedut sangat.. Elok tengah Let Down Reflect (LDR), tak menyedut2 pun. geram pulak. stress je aku susu tak keluar.. 

Kalau ikutkan nafsu amarah ni nak je beli pam baru. dah survey dah pun yang mana pam murah2 dan affordable. tapi ku sabarkan dulu, kita beli membrane valve dulu tengok camana.. kalau tak solve juga, memang aku humban ke lantai la pam ni. ecehh.. habis madu sepah dibuang.. hilang segala kebaikan dan kata2 pujian terhadap pam ku sayang ni. 

Pam yang aku berkenan sangat sekarang ni ialah Lacte Duet. Duet tu sebab dia double pam. kalau single namanya solo. gituu.. hehe. macam2 dah pam kat pasaran sekarang ni. rata2 range dia lebih kurang sama je harga. Cuma spectra 3 je aku tengok harga dah turun, beli double pump pun 380++.. Lacte duet ni kalau tengok harga paling murah RM 429 kot... siap dengan free gift bagailah. Aku kalau boleh tak nak gift2 dia tu, nak pam je. Sebab gift dia tu macam botol, cooler bag, semua itu ana sudah ada lah.. tapi kekangan kewangan aku dah banyak expend last 3 month ni jadi aku sabarkan dulu hehe..

Tapi tapi tapi.. belum terdesak lagi, sebab aku ada back up pam iaitu avent manual. Hasilnya sama juga dapat, tapi kena buat senaman jari lah pulak. tak boleh buat kerja lain, kena concentrate mengepam je lah. penat pun ye juga. tapi yang bestnya pam manual ni kita akan pam sampai habis gitu. sebab kuasa mengepam kita yang control kan.. kalau pam mesin ni, agak2 dah penuh botol, terus switch off. amboi eksen gitu. hehe. tapi kalau pam mesin ni, ko boleh menaip sambil mengepam. free hand gitu. boleh cakap2 dengan orang, boleh makan2 keropok, boleh scroll2 hehe..

Now, aku tengah tunggu spare part sampai, minggu esok lusa kot. beli online je sebab beli kat kedai dah tak de stok. penat aku gi merayap kek kedai baby kelmarin. habis rupanya. oleh kerana tak sabar, beli lah online. siaplah duit postage RM 7. barangnya murah je, postage yang mahal. haish..

ni stok semalam, tengok yang sikit tu tak sampai 1 oz, pumping session belah petang. lama tunggu nak penuh. last2 fed up, kemas beg balik terus

tq pam manual avent. banyak membantu. tapi jari mak ni manja sikit, lenguh tau pam awak ni. botol tu pinjam kawan punya sebab botol avent semua dalam deep freezer +_+

Actually tak rugi pun nak invest kat breastpump ni.. pam mana2 pun sama je. janji selesa dan tak sakit.. kalau pam spectra ni tak buat hal, memang carry on je. tapi sekarang service charge dia dah mahal lah. hari tu hantar dah RM 115+30 sebab despatch amik. tapi tak solve problem pun.. kos service 3 kali ni pun dah bersamaan dengan beli pam baru. kita tengoklah ye camana.. 

Ok bye wassalam..

2 comments:

Sharinginfoz said...

nak suruh cari yang baru le tu

Lida Rahim said...

kalau nak pam pinjam akak nyer spectra 3, bgtao ye

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails