Friday, February 6, 2015

koleksi tudung terkini

Assalamualaikum..

Salam hari Jumaat. 

Lately aku dah ter in love with wearing shawl. hehe.. ala lambat la pulak in love with shawl. orang lain dah pakai bertahun2 dah kan shawl ni. tapi aku baru sibuk nak buat koleksi. hehe.. biasalah aku bab2 fesyen ni memang lambat update sikit.. fesyen tudung kan berubah dari sehari ke sehari. dulu ada sorang sedara ku jual tudung juga, masa mula2 tudung instant awning baru nak meletop.. last2 tutup terus sebab tak larat nak kejar fesyen tudung yang dah semakin berkembang ni.. sekarang pun orang semua berebut2 nak jual shawl. pandai pilih dengan tak pandai je. tengok kualiti kain, kualiti jahitan dan yang paling penting harga. kalau lagi pandai, jahitlah sendiri. lagi jimat banyak kan. nak up lagi, tengok brand pulak. 
first shawl from cattleya couture. kena improve lagi cara lilitan

Macam sekarang ni, aku ada juga beli sehelai instant shawl neelofar. RM 50. memang senang nak pakai. elok terletak je. less pin. tak pin pun tak pe, tapi kalau kena tiup angin berterbanganlah lilitan itu. tapi memang senang, baru sekali basuh. hand wash. tak kembang pun kain dia. tak kedut dan tak payah iron. ada yang fake neelofa pun ada juga orang jual, tapi selepas basuh mungkin boleh jadi kain dalam. kuikuikui.. tapi kalau tiap2 minggu nak beli tak delah, sayang duit jugekkk hehe..

Ariani


neelofar. first try.

si kenit aisyah pun nak jadi lofa jugak. haha

Satu lagi, latest aku suka beli kat cattelya couture. memang dah lama berkenan tengok kat instagram. terliur-liur je tengok collection dia. nak2 lagi model dia pun cun melecun. bertambah laku lah shawl nya kan. hehe.. first time beli masa kat PWTC year end sale festival tu.. beli jubah dan shawl sekali. nak merasalah katakan.. selepas dari itu, ada pulak buat offer RM 100 dapat 4 helai. hmm terus klik klik klik, lusa dapat. settle mengidam. haha.. sebenarnya kaler dia yang menarik. sebab banyak2 kan. kalau boleh semua nak beli..

Cattleya couture

Tapi bab pakai shawl ni, boleh menyebabkan lambat masuk ofis. yelah, pagi2 nak kelebet shawl lagi, pin sana pin sini. dukung budak kecik habis rosak setting shawl mak ni.. sampai2 opis duduk depan cermin betulkan fesyen lain pulak. haha. hai bilalah nak habis ni.. gitulah nasib si pemakai shawl. beginner lah katakan.. haha. kalau yang agak2 tak sempat, kita pakai jelah tudung instant kak siti yang dah mula nak kemek2 berombak dah awningnya. huhu. tak lama lagi pas kat sape2 lah yang berkenan. kalau takde, ke tong sampahlah kita. tudung bawal pakai lagi. ikut kepada time bangun pukul berapa. hehe

Oh lupa. selain shawl dan tudung instant ber awning, tudung pearl haya juga menjadi pujaan hatiku. yang soft awning tu. tapi tudung pearl haya ni harga dia boleh tercekik2 juga kalau selalu nak melabur ke situ. tapi sempena besday month ni, member boleh dapat 30% gitu. hmm berkira2 mahu menjejakkan kaki ke sana juga tu. hehe. ni semua sebab terpengaruh dengan mak aku. tudung dia banyak yang pearl haya, jadi balik kluang testing2 eh macam sedap je.. tu yang tersangkut dalam koleksi 4-5 helai. hehe..

belanje satu lagi. inara couture :-p

Oklah.. berfesyen biar kena pada gayanya. biar mengikut syariat. ok bye. wassalam..

6 comments:

lia ummiirfan said...

cantik shawl suliana pakai.. sesuai demgan bentuk muka suliana. :) aisyah pun comel je.. hihi

AMIIZAA said...

pakai shwl senang lilit jerk:)
comelnya mama & aisyah pakai shawl:)

Allene ALineWorks said...

lin plak rasa macam nak back to bawal la... uhuhuh

Dokter faRyn said...

naelofarrrrrr hijab! *highfive*
aku memang tengah kemaruk instant shawl jugak sekarang. dahla murah sangat banding pearl haya. hehehe.

Suliana said...

maceh sume :-)

Nurul Syuhaida Mustafa said...

Macam senang pakai je shawl instant ni! Hahaha..rasa terpengaruh la pulak nak try

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails