Wednesday, February 18, 2015

Happy birthday mama

Assalamualaikum..

Hari ni besday my dear mama. Yg ke 58. Dan hari ni juga merupakan hari terakhir mama bergelar penjawat awam sebagai pembantu tadbir W22 kot.. Pencen sudah.. Kami anak2 sentiasa mendoakan kesihatan yang berpanjangan untuk mama dan ayah.. Haish bila dah pencen ni mesti sedih kan. Tapi tak tahulah my mom camana. Macam tak de perasaan jek. Hehe.. Kalau aku mesti dah dalam kesedihan. Kalau tak silap aku tak banyak tempat yang mama pegi. Sebagai penjawat awam mesti banyak kena pindah randahkan.


Seingat aku mama pernah keje kat kem kat kl tapi area keramat sanalah. Lepas tu dapat pindah johor tukar2 dalam kluang je. Kejap kem batu 3 pastu kem mahkota plak.. Gilir2 sampai pencen. Sempatlah kami adik beradik merasa duduk dalam kem masa kecik2 dulu, naik trak askar sume :-) ni mama dah pencen rasanya dapat agak apa aktiviti beliau. Kekeke.. Mama suka tanam bunga, belai bunga dan menghias halaman rumah. Begitu teliti sampai daun pun dikelebet ada ulat ke tak. Hmm pernah juga minta pokok bunga sepasu dua yang mekar berbunga. Tapi aku rasa kalau sampai kl ni kering agaknya. Wahaha.. Tak terbelai pokok2. Baru2 ni pokok daun pandan mati. Tu lah rajin sangat 'menyiram' kekeke

Esok pagi InsyaAllah kami gerak balik kluang. Ha 2 kali bulan ni balik kluang. Habis tu tak de plan nak gi mana. Ingatkan family aku bak balik tgnu sekali tu tak jadi. So mohla kita balik kluang jenguk orang tua.. Celebrate besday kami sekali nanti. Hehe.. Dah berangan dah nak cop kek baskin robin la nanti. Sebab tak ramai yang balik bolehlah makan sepuas2nya. Kahkahkah. Kek mahal tu kalau ramai2 makan dapat sesudu sorang je kot :-P


Hari ni juga last day my bff kt tmpt kerjaku. Biasalah pertukaran pegawai kat sektor kerajaan perkara biasa. Jodoh tak panjang nampaknya. Aku pun nak masuk 2 tahun dah kat tmpt sekarang ni. Selalunya paling cepat 3 tahun kena tukar. Banyak yang kitorang dapat belajar kat sini walaupun agak mencabar tugasan yang diberikan. Takpelah lain tempat lain pengalaman. Cari ilmu sampai le liang lahat. InsyaAllah.. Kepada sahabatku shud semoga sukses ditempat baru.. Jasamu dan perkongsian ilmu mu disini akan dikenang sampai bila2.. Friendship forever ;-)


Ok bye.. Wassalam. Gong Xi Fa Chai.

2 comments:

sinomosa said...

Aik ngah..Shud ke mana plak?
Rasanya baru lagi dia kat wilayah kan?
Kemain shud asyik main lompat2 hehe

Suliana said...

dia ke CPAB kak shim :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails