Friday, February 27, 2015

Demam campak umur 10 bulan

Assalamualaikum..

Salam Jumaat yang berkat..

Februari bakal melabuhkan tirainya. cepatnya masa berlalu. dan sehingga ke bulan ini aku masih belum guna annual leave aku. haa.. terer tak.. sebab banyak cuti tersepit. dan ketika saat ini aku terasa seperti mahu bercuti baring2 dan golek2 like a star fish. cuti aku boleh tahan banyak kot. 39 hari lagi.. carry forward dari tahun lepas 9 hari selebihnya simpan GCR.. so bulan depan memang nak amik cuti kot. huhu. 


Kenangan bulan Februari yang masih belum tercatit dalam blog ialah muhammad adam kena demam campak. aku ni belek2 photo dalam hp, tengok gambar adam eh gambar demam campak belum cite lagi. huhu. adam kena campak 10 bulan. dia demam panas dulu 3 hari.. pastu baru keluar campak. sebelum tu dah pegi klinik sebab ubat demam dah nak habis. masa tu belum keluar lagi rashes. esoknya baru keluar. penuh satu muka.. ni campak halus.. sebaik sahaja bintik2 tu keluar, terus tak demam dah. masa adam kena ni aku tak cuti. sebab memang ada keje kat opis.. keje ni tak berkesudahan kan. kalau pengasuh aku tak bunyi, aku keje je lah. hehe.. anak2 ku kalau kena campak mesti before injection 1 year mmr tu.. tak de sapu apa2 pun, lotion2 rashes je sapu kat badan dia. alhamdulillah balik kluang tu sikit je tinggal kat hidung..

tapi dia tak meragam lepas campak keluar..

happy boy

Adam ni lately banyak peel dia.. hari2 aku dengar 'aduan rakyat' a.k.a pengasuh aku. hehe. kejap2 call bagitahu anak ko melalak je dari pagi tadi. nak buat keje lain tergendala. sian pengasuh aku ni. adam ni memang banyak ragam sikit.. huhu. mohon bersabar lah pengasuh aku ye. nasib dia tak kata aku tak nak jaga anak kau ni. dia jaga anak sedara dia umur 2 tahun dan anak aku aisyah 4 tahun. aisyah ni oklah cuma kuat merengek kalau orang usik dia. bingit telinga dengar dia menangis. Perangai adam ni dia tak nak dengan orang lain. pantang pengasuh bergerak habis meraung. hmm kat rumah elok pulak. tapi memang dia pantang tengok aku bergerak dia merangkak la sampai dapur tapi tak nangis. adam adam. mencabar sungguh jaga awak ni ye. tapi kalau dia gembira happy ketawa2, syukur sangat alhamdulillah.. tu bila aku pikir nak cuti nak jaga dia memang aku pun tak boleh buat kerja sebab dia memang nak berkepit je.. jadi kalau cuti, akan hantar juga dia ke rumah pengasuh. 

topi abang

baju abang. mahal ni ibu beli kat klcc hehe. baju umur 18 bulan, cepat adam dah boleh pakai

shining2 mata saya

tukang mop lantai

Okey itu je aku nak share.. bye wassalam

1 comment:

sisanizu said...

su. kalau tak silap sy, ini dinamakan roseola infartum. sejenis virus tak berbahaya, biasa baby kene. dulu ayra masa kecik dulu penah kene mcm ni. sy dpt tahu ni pun masa seacrh kat internet dulu. cer tgk post sy yg ni:
Roseola infartum

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails