Tuesday, February 24, 2015

Dak dibam 10 bulan

Assalamualaikum..

Sapelah dak dibam ni ye. tentulah anak bongsu i Muhammad adam tu. dibam dibam sebab ia tembam dan semangat. heee.. berat sekarang maybe dalam 9kg. 10 bulan dah 15/2 yang lalu. lambat ibu update ni..

Perkembangan adam sekarang

1. dah kenal orang sangat. tak nak dengan strangers. dia nak ibu, ayah dan pengasuh je. selain dari itu, kirim salam lah nak dokong adam. dia boleh diagah dari jauh je. Tak menyusahkan orang lain kecuali ibu dan ayahnya je lah. hehe

2. word yang dia pandai "aaa" je. panggil orang aaa, nak ngecek makanan orang pun aaa.. yang lain 'tetetete' je bunyinya..

3. dah pandai nak berdiri. seriau tengok dia bangun berdiri kat bangku atau tepi meja. dia intai dulu kot2 atas meja ada benda untuk dia kutip.. berdirinya pandai. nak turun balik tu tak reti. risau takut terbalik ke belakang je.. duduk pun dah pandai hoyeah.. kat kedai makan senang ibu nak makan sebab dia dah nak duduk dalam baby chair tu..

4. suka makan. sekarang ni aku dah tak masak bubur dia. memang jarang sangat masak bubur untuk adam. adam makan nasi lauk kita :-p rajin betul ibu dia ni. tapi tak pe, kat rumah pengasuh adam dah makan. hehe. kalau dengan ibu adam makan ikan dan ayam. sayur penyet2 suap dia makan.. 

5. baju semua dah ketat.. dah boleh pakai baju abang dan kakak nya masa kecik2 dulu hehe

6. adam masih menyusu susu ibu. Alhamdulillah. susu ibu masih ada dan stok pun masih banyak.. sekarang dia dah minum banyak. kena bekal 20 oz sehari.. means 5 botol la.. masa demam je susu banyak tak habis. 

hmmm apa lagi ye perkembangan adam. ni jelah yang ibu ingat.. suka tengok dia tersenyum. kalau sihat suka je tengok anak2 ni. cer kalau demam perangai masya Allah.. sabo je lah.. 

ok bye wassalam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails