Thursday, February 5, 2015

Celebrate Birthday Aqil Peringkat Negeri :-p

Assalamualaikum..

Kelas ko nak. Dua kali sambutan besday aqil, peringkat negeri gitu.  hari tu peringkat tadika je sambutnya. kuikuikui.. Ambil kesempatan sambut besday aqil masa cuti sederet 4 hari di Kluang.. Permintaan Aqil ni. terpaksalah ibu buat sekali lagi kek. Permintaannya kek red velvet.. haa ni kek red velvet tak cukup krim ni. tapi tak pelah budak2 je nak makan kan. buruk ke lawa ke tetap happy dapat nyanyi dan tiup lilin :-p

Menu hari tu memang menu hi tea sangat.. makan KFC, goreng pisang kuih muih dan sedikit party pack untuk 'calcium' gigi anak2. hehe.. Sebenarnya nak goreng bihun tapi tak sempat sebab pukul 2 baru nak cari jajan untuk isi dalam beg tu. baru hegeh2 nak order kfc.. baru nak cari air batu. nasib tak jemput orang lain.. sepupu2 je anak beranak je kan..

Hadiah aqil tahun ni berkonsepkan lego. cerita pasal lego ni memang minat dia yang belum pupus lagi. dulu2 masa kecik2 suka upin, ultramen.. sekarang tak tengok dah.. mainan sekarang lepas B-Daman, Lego lah yang masih bertakhta di hati.. yang menjadi mangsa adalah ibunya kena pasang. yang lego orang kecik2 tu dia terer dah pasang. cuma lego yang jadi kereta, heli etc tu aku lah kena pasang. memang hangin sangat. sebab dapat 4 kotak hadiah. semua gabak2. duk tayang kat ibu tanya bila nak pasang.. bila dah pasang benda tu bukan boleh seminit dua, kena 2-3 jam juga nak siap.. Lepas dah siap, mesti nak main kan.. biasalah benda tiruan ni cepat sangat lerainya.. angin gila aku tengok dah terbarai mulut naga tu. rasa nak amik getah ikat, dah jangan main lagi. sabo jelah.. 

Actually ok je pasang lego ni, seronok juga. yang tak seronok jari jemari akan rasa pedih2 sebab benda kecik2 dan tajam2 kena tekan kuat2 nak kasi dia lekat. kalau salah pasang, kena kopek pulak tengoklah pakai jari ke pakai gigi ke :-p itulah kisah melayan anak bujang aku ni perangai MasyaAllah. senang orang kata "pantang melintas, ada je tak kena budak aqil ni" 

Ok jom tengok gambar besday aqil peringkat negeri Johor :-P

kek red velvet versi tak cukup cream :-)

tokma dan danish

aqil and cousins


paklang. nasi beriani maulidur rasul :-)

antara hadiah lego aqil. tq maklong, mak ida dan pak de :-)

kereta

helikopter

dinasor ni tinggal kat kluang sebab cepat terbarai. stress mak ko

Ok itu sahaja kenangan besday aqil peringkat negeri .. dah lega dah ibu dapat merealisasikan impian aqil. tahun depan buat sekali dengan aisyah la senang sikit kan. hehe.. so bulan februari ni besday ibu plak hehe.. jangan lupa tau :-D 

bye wassalam



2 comments:

ietams said...

meriah betul birthday abg aqil..
happy birthday to u abg aqil!

meh Jemput Baca

Suliana said...

tq :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails