Friday, February 27, 2015

Aisyah Humairah 2015

Assalamualaikum..

Kelas tajuk entry kita hari ni. Yelah jarang cite pasal mek ecah ni. eh ecah pulak. aisyah humairah la. ayahnya marah panggil ecah. Ini anak dara ni sudah nak masuk 3 tahun 3 bulan dah.. banyak cekadak juga budak kecik ni.. lain anak lain perangai kan..

Aisyah ni sweet girl. dari kaca mata seorang ibu lah. hehe.. pandai ambil hati ibu.. nampak sisi perempuan dia tu.. alwas wanna be a princess.. manja juga tapi yang lebih manja abang dia lah. manja tak boleh kena usik dengan aqil. aqil buat apa je, ada lah dengar dia merengek. yang bakal kena ialah aqil lah kan padahal kesalahan tak seberapa pun, contoh ambil pensil dari tangan aisyah. kuat menyakat adiknya. rasakan lah akibatnya. hehe

minah berangan

Keras hati juga anak ibu ni. kelmarin dia 'tolong' aku kat dapur. memang menyibuk. aku masak dia nak tolong kacau. aku potong bawang dia nak juga potong bawang. lepas tu terluka tangan dia berdarah. dia tengok sambil cakap "ibu, ni cili kan" taklah ni dah luka tangan aisyah, ni darah ni. dia menafikan ini cili. lepas tu menangis cakap "ini cili" suka hati lah. padan muka sape suruh main pisau. aku amik handyplast tampal pegi main jauh2. tapi tak serik lepas tu datang lagi. Kalau kita marah dia, dia tak nangis tau, tapi bila kita pujuk dia baru dia nangis. huhu. aisyah aisyah..

dulu takut naik ni. sekarang berebut pulak

Orang kata muka dia sama sebijik potostat muka ibu. ye ke? selalu kitorang berdiri depan cermin, sama ke? hehe.. tapi dia rapat dengan ayah dia. selagi ayah tak tido selagi tulah dia dengan ayah dia tengok tv. dia buat lah apa2 tengok tab ke tengok upin ke.. kuat berangan juga ni. main bedak ibu, main lipstik ibu. dah ada telekung sendiri, tudung dah ada 4-5 helai tapi tak suka pakai, kejap je boleh..
suliana jr. :-)

time mengaji pun ikut mood, ikut suka dia nak ngaji ke tak. kalau pukul tangan pakai pembaris pun dia kalau tak nak baca tak nak bacalah. main2 loyar buruk. suka hati nak baca page apa.. yang tak tahu cakap tak tahu. yang mengajar ni yang stress ni. hehe.. dah pandai tulis A.. banyak dah pakej2 colour dan buku beli cuma ibu belum sempat monitor dan ajar. banyakkan tugas ibu ni. nak layan adam lagi, nak uruskan diri sendiri lagi. etc... 



Baru2 ni, baru tak baru sangatlah, muka dia kena infection. macam naik kudis2 start area kelopak mata. baik belah kanan, belah kiri pulak jangkit. sampai berkudis dalam lubang hidung pun kena. sian tengok dah tak comel dah anak ibu ni. balik kluang, kena bebel dengan tokma pulak kenapa muka dia ni. last2 sebelum balik kl bawa gi klinik Jamaliah, doc kata infection. dapat ubat antibiotik dan ubat sapu. alhamdulillah dah kembali ok dah kulit dia..  kulit dia memang sensitif suka garu2.. 

tengok kelopak mata bengkak

bab makan masih lemah. asik nak susu je. susu lactogen. seminggu nak masuk dua minggu tahanlah sekotak 1.3kg tu.. tapi yang bagusnya susu dia minum memang cepat. botol masih panas susu habis dah tak macam aqil suka 'feel' masa menyusu.. baju baju asik ulang baju favourite je.. iaitu baju frozen or princess :-)


 teman bermain dan bergaduh plus tukang sepah


Bye. wassalam..

3 comments:

ietams said...

happy family!
semoga sentiasa dirahmati

Fairuzzahmm nor said...

comelnye suliana jr.. :)

dokterFaryn said...

aku rasa aisyah ni muka laki ko. abang dia yang memang copy paste muka ko hehhe. kejap je dah besar dorang ni kannnn :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails