Tuesday, January 6, 2015

potty train aisyah di usia 3 tahun

Assalamualaikum..

Entry pertama di tahun 2015.. Sunyi lagi minggu ni maybe disebabkan masih ramai lagi yang menyambung cuti kan.. Untuk entry pertama ni aku nak share kisah cik adik manis Aisyah Humairah.. 

Masa besday dia yang ketiga pada 7/12/2014, aku dah memulakan misi potty train kat aisyah.. lambat dua bulan kalau nak compare dengan aqil.. but better late than never kan. sebab apa tau, sebab nak jimat kos diapers la. kat adam lagi nak pakai, kat kakak lagi kan. Dulu sebungkus boleh tahan sebulan kalau sorang pakai, ni dah nak 4 bungkus sebulan.. hmm tak boleh jadi ni.. so kena reduce cost kat situ.

Untuk Adam, aku jarang pakaikan dia CD, sebab aku malas. hehe. tak terkejar nak basuh baju dan CD. boleh sebenarnya tapi tak dapat seru. kekeke.. so ajar lah aisyah cepat diapers free.. Alhamdulillah.. pada permulaan yang agak mencabar tapi membuahkan hasil yang cemerlang..

Aisyah ni jenis tak nak cakap tau dia nak kencing ke apa.. kita yang kena angkat dia masuk toilet. ada lah beberapa kali kencing dalam seluar dan berak merata. nasib baik najis dia jenis taik kambing, bergolek je jatuh. huhu.. selalunya budak2 ni bila dah kena dengan ayah dia baru nak buka mulut cakap nak kencing.. dia tahu kencing kat bilik air, tapi masih tak reti berlari ke bilik air tu. so kena remindkan dia nak shishi tak? geleng kepala. pastu membese kat dalam seluar.. tu yang kena kutil tu..

So hari ni genaplah sebulan aisyah free diapers.. hoyeah!!! tahniah anak ibu kerana mengurangkan kos diapers. nanti kos diapers aisyah ibu beli coklat or mainan ye. hehe. tapi time nak tido kena lah pakai lagi kan.. tido siang ke, tido malam ke. kadang kering tak kencing pun. kadang beria basahnya.. kalau nak berjalan pun kena pakai. tapi bila dah diapers free dia tahu pulak tak nak pakai dah.. ibu pulak yang tak confident sempat ke awak nak masuk toilet ni.. kadang malas nak bawa gi toilet sebab public toilet bucuk. huhu.. 

Last diapers aisyah share dengan adik dia masih size M. hehe. tu pun dah ketat2 kat pinggang tapi masih boleh tape lagi. kuikuikui..size M kan dapat banyak :-p tapi kalau dah tak boleh sangat nanti ibu tukar size la ye. Dulu pernah tukar size L. tapi besar la pulak. meloyot je pampers dia.. Sekarang ni aisyah dah 12kg. macam terkejut jugak sebab tak sangka budak underweight ni dah 12 kg. dah lama tak timbang kan. satu lagi badan dia cepat tinggi..


Semalam, aktiviti lipat kain. aku suka time lipat kain ni, feeling alone la kan. me time la konon.. sambil lipat kain, sambil tengok baju anak. "hmm boleh si aqil ni pakai lagi baju ni - baju umur 1-2 tahun ok" kalau aisyah pulak " eh ni baju raya tahun lepas, tapi dah singkat, sian aisyah pakai baju ni" kekeke.. tapi tulah, baju frozen dia tahun 2014 yang dulunya sampai ke buku lali dah sampai ke lutut dah.. memanjang budak ni.. memang cepat tinggi lah aisyah ni. baju gaun dia pun dah ketat kat dada.. lepas ni ibu kena cari baju mengikut umur beliau.. dulu2 beli baju kurang satu saiz sebab ingat anaknya kecik lagi. hehe.. untuk menaikkan semangat free diapers tu, aktiviti mengumpul panties gegirl la pulak sekarang ni. pengasuh dia pun belikan panties hello kitty.. dah nak sama banyak dah denganpender aqil. hehe..

Eh oklah.. tu je nak share... bye semua. 

wassalam..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails