Thursday, January 29, 2015

Pengalaman cabut gigi anak

Assalamualaikum..

Setiap perkembangan anak-anak mesti ibu-ibu nak ingat sentiasa kan. so  bila dah ada blog kena la gunakan sepenuhnya mencatat memori indah pahit manis dalam ni.. Untuk bulan Januari ni, dah dua kali aqil ke klinik gigi.. tak habis2 cerita klinik gigi aqil ni kan. almaklumlah pencibnta manis-manis memang gini makannya. tapi yang memerhati turut merasai kesakitannya.. huhu, Anak kan.. mana ada ibu ayah nak tengok anaknya sakit. even kena gigit nyamuk pun dah risau sangat inikan pula sakit gigi. kita yang dah tua ni pun kalau sakit gigi berdenyut rasa nak hantuk kepala je, inikan pula budak kecik.. sian anak ibu ni..

cek gigi di KK

Kisah pertama 16 Januari pergi klinik gigi pasal apa aku tak ingat. tulah ibu ni peram lama sangat gambar aqil sampai lupa. huhu.. oh, kisahnya mulut dia bau busuk aku nak termuntah kalau bangun pagi hawa mulut aqil ke hidung aku. haha. sian aqil..so pegi cek gigi yang dah tinggal tunggul tu lah.. Hari Jumaat memang special untuk kanak2.. hari lain kena q dengan adult. so spend time sikit kat klinik kesihatan.. cek punya cek memang tak boleh nak buat ape dah, kena buang (masuk operation) je gigi dia tu tapi sebab gigi kekal tak kuar lagi, hold dulu, sapu florida je lah. ada pulak 1 tunggul gigi geraham nurse cabut.. tak nangis pun aqil. nurse sapu ubat kebas apa ntah.. bagus aqil.. brave boy.. ok tutup kisah cek gigi 16 Januari..

selepas tunggul geraham dicabut

Kisah cabut gigi dan tampal gigi semalam 28 Januari. gap 2 minggu je dari sebelum tu. Aqil sakit gigi sangat malamnya. aku tido awal jadi tak tahu kisah dia sakit gigi. dah kumur air garam dah makan paracetamol.. esoknya ingat dah eloklah. sekali dapat call dari owner tadika kata aqil nangis2 ni sakit gigi. alamak.. camana ni. ubat demam tak bawa pulak. terpaksalah aku balik kejap kasi ubat demam. pusing2 juga cari klinik gigi, tapi pagi sangat, klinik pun tak buka lagi. huhu.. nak gi KK dah ramai Q, orang dewasa pulak tu.  So bagi makan ubat hantar balik gi taska.

aqil yang berani.

Ingatkan dah habis, rupanya balik keje sakit lagi. jom lah pegi klinik. Klinik private yang aku pernah pegi dulu tu.. tapi memang rekemen la klinik ni doctor dia baik dan suka explain. kekeke.. Dah ada doktor pembantu dari Iran. Pun baik. But speaking London la.. Mak ok je. kekeke.. Aqil sangat berani semalam.. dah sakit agaknya kan. tu lah terpaksa hadap juga. tak meraung, tak keraskan badan, rileks je.. kena bius kebaslah pipi tu. Kena cabut gigi geraham dan tampal jiran geraham tu. Doktor cakap :-

1. tak boleh cabut sederet gigi yang rosak tu, nanti geraham kekal nak keluar akan sengat
2. gigi tunggul depan tak payah usik sebab tak sakit, nanti kalau cabut semua, gigi kekal akan tak de hala tujuan nanti senget2 dia keluar. Kalau tak de tunggul sian dia nak makan tak boleh.
3. Next time datang lagi untuk sesi tampal menampal. jangan tunggu sakit baru datang. memang kena pull out la..

open wide. aqil, can u speak English. No no no :-p

Semasa proses menampal aku tengok juga. tapi masa nak cabut tu aku tak tengok, seram, aku ada di sebelah tapi tutup telinga. hahaha.. penakut mak eh.. kejap je cabut. nasib tak pecah2 gigi dia masa doktor tarik sebab gigi dah sompek kan. hitam giginya.. gitulah ceritanya. so total damage RM 100. cabut RM 80 tapi doktor kasi diskaun jadi RM 50 + RM 50 untuk tampalan.. Doktor kata lepas ni pergi beli hadiah untuk dia. haha.. kebetulan ada kedai mainan kat sebelah. masak.. nasib ada lego RM 5 tu, belilah 2 kotak je. balik monyok je sebab kena kemam kapas. Bila dah buka kapas baru kembali menjadi aqil yang sebenar (ulat beluncas)

Ok. tu jelah nak share cerita pengalaman cabut gigi anak bertuah ni.. harap2 gigi dia tak sakit lah sampailah keluar gigi yang baru. tanya aqil sakit tak cabut gigi? tak sakit pun. ok. brave boy.. cuma takut hantu je.. grrr.. hantu celah mana ntah..  Ibu ayah sedap je suruh cabut gigi la apa la, tapi kalau sendiri yang kena, boleh pulak kita bersabar ye.. sampai hilang sendiri denyut sakit tu tak pegi2 juga klinik. hehehe

Ok bye wassalam

2 comments:

Dokter faRyn said...

aku yang dah tua ni pun still seriau bab bab gigi ni heheh. entah macam mana nak bawak anak2 plak pasni :)

Suliana said...

samala aku. tapi sebab tak thn sakit terpaksalah pegi. huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails