Wednesday, January 21, 2015

Happy 6th Birthday Aqil Manja

Assalamualaikum..

First of all sorry sebab tak dapat menunaikan azam kepada blog ini untuk aktif menulis. awal2 tahun dah termungkir azam. camana tuh.. tapi entry yang satu ni tetap tak boleh nak buat dek. kena tulis jugak.. it's about my first son birthday..

HAPPY 6TH BIRTHDAY MUHAMMAD AQIL
20th JANUARY 2009

Ibu sayang aqil.. Selamat hari lahir untuk anak manja ibu. buah hati pengarang jantung. Dikaulah racun dan juga penawar. dah besar dah aqil ye. dari kecik molek putih melepak sampai dah besar panjang gelap berdaki. dari mulut bau syurga sampai la ni mulut bau apa ibu tak reti nak ucap sampai boleh muntah ibu setiap pagi. hahaha. tak agak2 ibu memberikan gelaran untuk aqil ye. Sori aqil. jangan amik hati ye :-p Semoga di hari kelahiran aqil lebih mematangkan aqil untuk menjadi anak yang soleh, pelajar yang baik, abang yang menjadi contoh kepada adik2..

Walaupun pada mulanya ingat nak buat tak tahu je. tapi i sebagai ibu yang melahirkan mesti terasa jugak kalau buat dek kan.. sian aqil. tiap kali birthday orang dia mesti ingatkan hadiah dia sekian sekian pada hari lahir dia yang dia sendiri bukan reti pun hari ahad ke selasa ke jumaat ke.. hari pun tak tahu apatah lagi hari bulan. hehe. Tak de sambutan lagi setakat ni, tapi insya-Allah seperti biasa nak kasi sebijik kek dan goodies bag untuk kawan2 aqil di taska.. tu jelah yang ibu mampu bagi.

Then kalau balik kluang hujung bulan ni baru nak celebrate beramai2 bersama sedara di Kluang. Dia yang request nak suruh orang datang rumah. sebab nak hadiah. haha. tak malu betul. ikut sape lah ni.. Semalam kasi dia Lego Chima. Actually bertukar2 hadiah dia setiap kali ditanya mahupun tak tanya asik sebut je. kejap itu kejap ini. tapi semuanya berkisar dengan legolah.. So lepas ni sila jangan suruh ibu beli lego lagi ok. actually ni lego beli kat kenanga je. kira oklah. tak payah beli mahal2 tu, buat sakit hati je kalau hilang kan. setakat hari ni lego2 yang aku beli tu nampak lagi la tersusun je atas kabinet tv tu..

asal amik dari taska, sentiasa berharap ibu belikan sesuatu untuknya. hmm igt ibu cap duit ke. huhu

kasi dia lego ni memang taat duk pasang. baru senyap. tapi ibu tolong juga habiskan pasang.

Dah start ngaji balik sebab cikgu dah ada mood. Dia pulak dah lama cuti asal suruh mengaji buat muka. sampaikan cikgu dia kata aqil masa mengaji nangis2. geram pulak dengar. selalulah kena ugut. kalau nangis ibu tak nak beli kek, tak nak beli apa2. baru ok. tulah manusia ni kalau suruh buat benda baik manjang tak nak kan. cikgunya kata kalau tak nak jangan paksa. eh, mana boleh. kena paksa juga ni.. kalau tak paksa memang gelap masa depan. huhu. tapi masuk je apa yang cikgu ajar tu. Alhamdulillah la dah iqra 5 dah sampai part sabdu tu, aku nak ngajar pun tak reti nak terangkan camana bagi anak faham.. silap2 kita yang darah tinggi :-p 

Last but not least, doa ibu sentiasa mengiringi aqil. setiap waktu. semoga yang terbaik sentiasa menyebelahi aqil. Ibu sayang aqil tak kira aqil putih ke hitam ke, busuk ke wangi ke, nakal ke baik ke, sihat ke demam ke.. i love u to the moon and back :-)

Bye wassalam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails