Thursday, January 8, 2015

chicken wrap

Assalamualaikum..

Hari ni bangun awal yo!! kelas gitu. bangun awal ni banyak faedah sebenarnya.. cuma aku je tak reti2 nak bangun awal. huhu.. berat je mata nak bangun. kalau bangun pun akan menonggeng atas katil.. hehe.. So pagi ni bangun nak dekat2 pukul 6 pagi. hek eleh pukul 6 pagi pun kecoh. orang lain bangun pukul 5 tak de heboh pun. hehe..

Dapat subuh awal, dapat buat sarapan lagi untuk suami dan bawa bekal ke opis. mithali sangat isteri ni. kuikuikui.. ala, buat apa je, chicken wrap je uols :-p bahan2 dah ado, sonang je..  buat 3 set, aku bawa gi opis 2 ketul.. nak kasi aqil makan mesti dia tak nak sebab ada sayur dalam tu kan. sekarang dia dah pandai dah beli sarapan kat luar untuk bawa bekal ke ofis.. banyak sikit pilihan. kalau tak, tiap2 hari nak nasi goreng ibu je.. tu yang terpaksa ibu bangun awal.. tapi sekarang ibu dah relax sikit sebab tak payah masak nasi goreng. cuma kalau kes2 terpencil macam ni je ibu sempat buat breakfast. hehe

sori tak nampak isi dalam. tapi rasa dia macam chicken foldover. yummeh even makan tanpa sos.

bahan-bahan :

wrap original jenama mission - grill kasi panas sekejap
salad*
tomato*
bawang*
* ramas-ramas dan campur bersama mayo
cheese slice
chicken slice ada dua perisa satu smoke dan satu lagi garlic

semua di atas susun elok dalam wrap tu, lipat2 siap :-)

Aqil pun sekarang bangun pagi mesti nangis. dia kata nak tidur lagi. tu lah, suruh tido awal tak nak, galak main.. pastu bangun tidur nangis2. ni semua mendatangkan amarah di pagi hari ni. huhu.. tapi tadi pagi je dia tak nangis sebab dia ingat aku nak bawa dia gi beli choki2 kat 7-11. hallu mak ko ni bangun awal sebab nak pegi keje cepat, apakehe nak bawa gi 7-11 pulak.. ajak ayah tu. ayah masuk keje 8.30 +_+

aisyah pulak memang kaki lambat bangun. tengok mood dia juga. kadang ceria je bangun pagi. kadang tu sampai rumah pengasuh pun berdokong lagi tido... dak dibam adam je bangun sharp. hehe.. baik adam, pagi2 dah uk uk.. macham2 je tido poluh2 ye.. nak ralitkan dia buka you tube. tapi jari2 montok mana nak stay tengok benda macam tu. dia usik2 nya screen hp tu. habis padam.. grrr..

ok bye. semoga dipermudahkan hari ni .. bye wassalam..

2 comments:

Nia said...

Nampak macam KFC twister dah ni :)

~Aida@MommyAqilMedina~ said...

wahh..rajinnya buat chicken wrap..mesti sedap..aida kalau nak buat sarapan tak reti nak improvise resepi yang dahsyat..hihihi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails