Tuesday, January 6, 2015

breasfeeding story

Assalamualaikum..

Dulu kan dah pernah cerita pasal bf adam kan, sekali tu terdelete pulak. lantok situ malas nak taip balik. Aku masih bf adam dan jika diizinkan Allah akan meneruskan perjalan bf ni sampai adam umur 2 tahun. insya-Allah.. Alhamdulillah setakat adam 9 bulan, susu masih meriah. stok EBM bulan 7/2014 tak habis lagi.. 

Kadang-kadang, susu kita ni ada naik ada turun. sama dengan emosi kita. kalau stress/period kuranglah dia. kalau banyak makan or happy tiada tekanan, maka susu pun meriah.. meh nak kongsi cerita susu ku. Setiap hari akan bekalkan adam 4 botol 4oz susu. 3 fresh 1 frozen. equal to 16 oz.. tapi depends juga ada tu 5 oz sebotol. kadang pengasuh kata adam dah kuat susu, so tambah botol. laju jelah frozen ku bergerak. hari tu adam demam, dari 4 botol, 2 botol je gerak. tak mo minum sangat.

rentetan dari dia demam tu, susu aku jadi meriah dan banyak sekali. sebab dia kurang menyusu. hisap susu tapi batuk2 menyebabkan dia putus selera nak minum. aku rasa gitu. jadi bila di ofis, dah 2 hari dapat 25oz.. 5 botol la bawa balik. amazing sungguh.. jarang2 berlaku la ni. hehe.. happy sebab dah extra bottle tapi sedih juga adam kurang menyusu.. tapi bila dah baik demam ni, nampak dah ada selera..

Aku tak delah specific petua macamana nak tambahkan susu. tapi berdasarkan pengalaman dan mengikut keserasian badan kita juga. saikologi juga sebenarnya. aku suka minuman bersusu, cheese dan coklat.. nasi tentulah sekali kan. kalau tak makan mahu gigil. so kat opis memang standby biskut ke coklat ke.. sebagai bekalan kalau dah lepas pam tu mesti lapar.. minuman terkini yang aku suka minum ialah TAMAR COCOA.. sedap sangat. budak2 opis ni ramai je minum. pengganti milo.. tapi mahal sikit lah, kalau harga ahli RM 18. dalam tu ada 25 sachet kalau tak silap. sarapan pagi je amik tu sekali.. 

Kalau kat rumah pulak, minum milo. dah berjangkit satu keluarga suka minum milo bancuh dengan susu pekat. yang 3 in 1 tu tak sedap sangat. cicah dengan biskut petak hup seng tu. hmm tak sampai seminggu dah habis sebungkus biskut. anak2 ni mana boleh tengok ibu diorang makan. semua nak join. sibuk je..padahal dah makan tadi kan..  

Budak2 satu unit ni ramai gak bf anak.. ada 5 orang, sorang dah pindah, sorang masih cuti bersalin.. ada lah semangat sikit nak pam kan. hehe.. tapi aku simpan je dalam cooler bag ni.. menggunakan 2 ketul ice pack Autumn. malas nak gerak2 pegi pantry. oklah, sejuk sampai balik rumah. hehe..

pencapaian di awal tahun 2015. 1 session 17 oz. *tepukbahusendiri*

So moral of the story, jangan skip pam. jangan nak tunggu rasa berat baru nak pam. ikut jadual. mind set kena positive sentiasa.. jangan ikut orang.. ikut keperluan baby kita. amalkan makan supplement supaya kita lagi sihat dan bertenaga.. tak payah nak diet2 kalau bf ni.. makan je sebab nanti makanan tu yang akan membekalkan tenaga untuk kita. Beroda kepada Allah semoga dimakbulkan hajat nak menyusu sampai 2 tahun. Kepada yang sedang pregnant, educate mind untuk bf anak. cari ilmu masa pregnant tu..  okeh!!! 

Semoga bermanfaat.. bye. wassalam..

p/s : upss lupa nak share aku dah dapat anak saudara baru, anak kak long yang ketiga pada 4/1/2015.. dapat juga girl. Alya Sarah nama diberi.. alhamdulillah.. later will share ye. ok bye..

4 comments:

Syazwani Mohd Noh said...

Alhamdulillah... banyaknya hasil pam puan. Sekali pam dapat 17oz... Saya sekarang pun tgh BF anak. Anak saya dah 11bulan +++.. 19.1 ni dah setahun. Saya sekarang tak de stok ebm. Pam hari ini untuk esok. Puan boleh bagi tips macammane saya boleh upkan hasil untuk jadikan stok? Terima kasih..

nurul aini said...

Kak su mkn supliment ape?tgh nak mencari ni.tp xtau ape.share..

Suliana said...

salam syazwani dan aini

utk adam ni sy just amalkan mnm air dan mkn banyak :-) saya xde catu makan, sbb bila bf mmg cpt lapar.. kalau rajin mkn vitalea shaklee kat ofis. pastu mnm tamar cocoa tu. tapi tips yg paling saya jaga adalah tak pernah skip mengepam mengikut jadual. kat ofis pam 2 kali, sepatutnya selang 3-4 jam kena pam tapi 2 kali pun kira oklah kan..hehe.. kalau nak upkan susu cubalah mkn kurma, mnm susu, longan kering, lobak putih, holiks, habbatus sauda, mknn ada halba, sup2 ke.. selamat mencuba. semuanya bergantung kepada keserasian badan puan2 :-) yg paling utama jgn stress :-)

~Aida@MommyAqilMedina~ said...

Wahh memnag meriah sangat!chaiyok2 su..semoga dapat kecapi impian ke usia 2 tahun..aida pon baru nak start ni..mintak-mintak meriah selamanya lah nanti..amiin..hehee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails