Monday, January 12, 2015

Aqil 6 tahun

Assalamualaikum..

Tahun ni aqil dah tadika 6 tahun. Semalam orentasi.. tapi pakai baju biasa je. Ni tadika aqil sama macam tahun lepas. boleh dapat award ni "Baby paling lama di taska ini " hehe. yelah bayangkan dari aqil umur 10 bulan dah berada kat bawah nursery ni. dari nursery sampailah ke tadika. Alhamdulillah ok ok aje... Senang nak uruskan dekat dengan rumah. cuma tahun depan dah darjah 1 kena cari bas, kena fikirkan transit lagi.. banyak keje tu.. 

Jadi semalam pergi dengar orentasi aku sorang je dengan aqil. tak sampai sejam ibu bapa diberi briefing.. tak banyak beza dengan tahun lepas. Murid tahun 6 ada 10 orang tahun ni. total dari umur 4-6 tahun seramai 25 orang.. Yuran termasuk transit dah settle bulan 12. Bulan 6 kena bayar separuh lagi dari total bulan 12. kalau ikutkan hampir mencecah RM2k untuk pendidikan awal aqil ni..

makan nasi goreng ibu

Nanti aisyah dah umur 5 tahun pun ingat nak hantar tadika yang sama.. sebab dah kenal dengan owner lama dah kan. tapi tengoklah camana. semalam pergi orentasi ada budak girl halus je. elok je dia duduk dengan kawan2 dia. aku pulak membayangkan camana lah aisyah tadika nanti. dia tak pernah campur orang kan. kalau orang datang rumah pun dia menyorok kan. mesti dia diam je kat kelas nanti. hehe. apalah ibu ni. pandai2 je buat assumption negative kat aisyah ni ... 

6 tahun dah anak manja ibu ni..

Pagi ni aqil bangun macam bersemangat je. selalu kalau bangun pagi ada je nak nangis.harap berterusan lah keceriaan dia.. macam2 mood anak2 ni. ni malam ni ada kelas mengaji dengan jiran belakang dah start balik. cuti panjang dari bulan 12 hari tu.. harap2 aqil tak buat perangai tak nak pergi.. 

Buku2 semua belum dapat lagi. baju pun pakai baju tahun lepas. ada sepasang dapat baru untuk tahun ni. preparation awal just beli kasut sekolah putih yang baru je.. beg pula baru nak tengok pagi tadi, kemas2.. pencil box etc pakai yang lama termasuklah isi dalam dia. kalau bawa yang baru pun sama gak nanti hilang. baiklah pakai apa yang ada je. banyak juga dia dapat color pencil tahun lepas, sepah2 lagi ada aku tengok.. so lets use the old one.. 

Ok selamat kembali ke alam persekolahan anak2 dan cikgu2.. ibu pun terpaksa punctual la tak leh lambat2 takut jem nanti. balik pun kena cepat lah supaya senang nak urus makan malam cewah.. padahal beli jek selalu. kekeke.. ok bye



2 comments:

Dokter faRyn said...

happy schooling aqil!

~Aida@MommyAqilMedina~ said...

Selamat kembali ke sekolah ye Aqil..belajar rajin rajin k..semoga dapat ilmu bermanfaat..Amin!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails