Wednesday, January 7, 2015

adam menjelang 9 bulan

Assalamualaikum..

15/1 ni genap adam 9 bulan.. 15/1 juga khabarnya dapat bonus. huhu. eh tinggalkan pasal bonus kita cerita pasal adam dak dibam yang tak berapa dibam dah ni..

Awal bulan 1, adam demam teruk.. demam pakej dengan batuk dan selsema sekali nak tumbuh gigi 3 batang. Nampak macam nak kuar 4 batang gigi atas tapi agaknya terbantut yang sebatang tak jadi nak keluar, kesian kat adam kot banyak sangat gigi nak keluar sampai demam2 dah dia. huhu..

Perkembangan adam menjelang 9 bulan ni, merangkak dah laju, nampak gaya macam nak pandai mencapai. ada cubaan nak duduk tapi macam tak reti lagi. dah pandai nak memanjat tapi macam tak berapa stabil sebab takut terlentang kebelakang. apa yang nak dicapai adalah meja kecil sebab nampak elok je lego aqil tersusun depan tv, dia nak amik. pastu kotak mainan aqil, pandailah dia duduk melutut kat situ. ibu yang risau takut terbalik kek belakang je..

Lepas dia demam, badan nampak susut sikit. tulah ayahnya duk mengeluh berat la, terseliuh tangan lah dokong adam bla bla bla.. sampai susut dak kecik ni.. sian adam ibu kan.. lagi, masa demam dia tak berapa nak makan. semalam nampak ok sikit tak berapa nak batuk sangat.. batuk dia tahap muntah2 nak keluarkan lendir agaknya.. sebab risau juga, nak puaskan hati bawa pegi klinik, doctor kasi ubat demam dan antibiotik. tu pun tak habis makan. tapi nampak dah kembali ceria tak de merengek je. hingus pun nampak tak meleleh dah..


Alternatif lain masa baby batuk selsema ialah aku steam hidung dan tepuk belakang. cupping method tu lah.. sekali je buat. pastu sedut hingus dengan alat sedut hingus tu.. sapu vicks blossom tu. pengasuh pulak kurangkan kipas angin kat adam.. Tu je dapat buat. ubat batuk dan selsema tak dapat bagi. memang tak elok pun kan untuk baby.. selebihnya berdoa kepada Allah semoga anakku ini cepat sembuh. siksa benar tengok dia tak sihat. tidur je kejenya.. tak aktif, merengek je.. ni dah kembali pulih alhamdulillah... syukur sangat.. 

Eh uols tak tahu ke my adam dah botak. hehe.. lagilah nampak kurus. rambut dia agak lebat, bila tidur or menyusu berpeluh kepala ni. so decide pegi kedai india mesin rambut dia pakai pisau no 1..tak delah licin, ada lah tinggal rambut sikit. tapi selepas adam potong nampak dia makin comel dan ligat. hehe. lepas tu demam terus. huhu. ni kira potongan rambut kali pertama selepas bercukur dulu.. diam je dia kena botakkan.. tapi ada juga dia rimas sebab ane tu pegang kepala dia.. tak nangis lah. hehe. good boy. potong rambut dia ni kena RM 6. kejap je 5 minit rasanya :-)


Kejap je anak2 ku ni membesar.. dah tualah ibu ni.. dah penghujung 32 tahun dah. bulan 2 ni 33 tahun.. ibu doakan semoga anak2 ibu sihat selalu, membesar dengan baik... aamiiin...

bye wassalam

3 comments:

Happy walker said...

hihi, nice to meet you~

Regards,
(A Growing Teenager Diary Malaysia)

noramiza ahmad said...

Alooo tomeinya.

~Aida@MommyAqilMedina~ said...

alololo..comelnya dia..semoga cepat sembuh ye sayang..muka Adam dah macam kakak Aisyah sangat!sikit-sikit rupa abg Aqil..COmel!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails