Sunday, December 27, 2015

Selamat tinggal 2015

Assalamualaikum..

Tahun 2015 bakal melabuhkan tirai dalam masa beberapa hari sahaja. Banyak kenangan yang pahit manis yang berlaku sepanjang tahun ni. Ada yang tercoret dalam blog ni dan sebaliknya.. Syukur pada Allah memberikan ku kesempatan untuk meneruskan hidup selama 33 tahun ini bersama orang2 tersayang.. tahun depan dah 34 insyaAllah kalau panjang umurku.. Pejam celik pejam celik dah penghujung tahun dah pun. Masya Allah... how time flies..

Apa ek kenangan tahun ni yang aku ingat. Selain kesibukan menghadap kerja dan rumahtangga.. yang paling aku ingat ialah percutian ke Medan kekeke.. oh ada juga bercuti2 dalam Malaysia ke Lost world of tambun.. lagi.... hmmm kena belek2 kenangan semua ni tercatat dalam blog kalau yang penting2 tu.. yang paling utama tentulah termengandung sekali lagi hehe..  alhamdulillah..

Lembaran tahun baru tentulah dah sibuk dengan persekolahan anak2.. aqil dah masuk darjah 1. Aisyah pun bakal ke tadika. Ibu kena totally change timing ibu.. kena lah lebih cergas dan tangkas lagi menguruskan rumah tangga. Bangun nak kena awal. Preparation nak ke sekolah kena buat awal2 like gosok baju, breakfast etc.. Malam nak cek buku aqil. Konon... tapikan kalau ada dak adam ni aku selalu tertido awal.  Dengan aku sekali hanyut dibuai mimpi. Jadi en suami kenalah selalu tengok2kan buku sekolah anak2.. nak harapkan aku sorang memang taklah kan.. tahun  depan bertambah lagi ahli keluarga, dah sibuk dengan si kecil pulak..

So dah tahu kan apa azam tahun depan. Hehe.  Harap2 tercapailah azam aku tu. Nak plan cuti2 Malaysia tak terfikir lagi. Jadual cuti pun kena ikut timing budak sekolah dah sekarang ni. Hehe.. now cuti kat kampung aku jelah kat Kluang. Sementara mama ayah ada nilah nak luang masa bersama. Walau pun tak pegi mana2 tapi dapat rasa masakan ibu adalah terbaik ☺

Ok till then friends.. nah sedikit foto balik kampung bersama family tersayang. Sayonara 2015. 2016 please be nice with me. Insya Allah..


Saturday, December 12, 2015

Spaghetti aglio olio

Assalamualaikum..

Kisah dapur berasap pulak.. actually jarang masak lately. Rasa macam malas betullah. Pembawakan budak agaknya 😉😉 Asyik bungkus. Makan luar. Tapi kalau hari2 dah bungkus mahu muak jugakan. Naik tanduk 😈 pulak sang suami kalau asik beli je.. beli pun bukanlah murah sekarang ni kan. Kalau mc donalds tu mahu sekali beli rm30 terbang  same goes to my favourite dominos pizza rm50 terbang.. nak tak nak kena masak jugaklah walaupun hatiku tidak di dapur.. minggu ni kira oklah masak tiap2 hari. Semalam je tak masak sebab balik lambat.. dah maghrib baru sampai rumah..

Ok meh kita share resepi yang aku rasa alahai sedap pulak bila dah lama tak masak. Kalah secret recepi punya spaghetti 😄😄Dah lama tak tepek resepi.. actually resepi ni dah banyak kali aku buat. Tapi bila buat sekali sekala, terasa sedap pulak kali ni.. Kekeke.. hari2 makan nasi je so tukar pulak lah makan pasta. Kali ni sebab ada sotong. Udang, mushroom dan capsicum semua en suami beli kat kedai.. haa itu macam lah kalau nak suruh sedap.. kerjasama.. sorang masak, sorang beli bahan hehe.

Bahan2 :
6 ulas bawang putih dicincang
Separuh biji bawang holand dicincang
Sotong dan udang ikut banyak mana suka
3 biji cili api nak kasi pedas sikit
Chili flakes 2 paket - amik dominos punya
Capsicum separuh
5 biji Cendawan butang dihiris. Ikutlah kalau suka cendawan letaklah banyak2
Separuh kiub ayam
Butter dan minyak untuk menumis.
Spaghetti yang direbus. Kuantiti ikut berapa ramai nak makan. Kalau aku 4 orang, segenggam je..

Cara2:

Panaskan butter dan minyak. Butter aku letak banyak sikit baru sedap 😆😆. Tumis bebawang dan cili api. Agak2 kuning, masukkan chili flakes,  sotong,  udang dan kiub ayam.. kalau tak nak hangus tambah air sikit.  masukkan capsicum dan cendawan. Dah agak2 layu capsicum tu masukkan spaghetti. Kacau rata.. tambah chili flakes kalau kurang pedas. Perasakan dengan garam. Makan panas2 memang sedap 👍👍

Ok selamat mencuba ☺

Wassalam.

Kisah bulan 12

Assalamualaikum..

Hello December  cepatnya masa berlalu dah hujung tahun dah pun.. sape dia baby Disember, angkat tangan. Hehe. Disember 7th bulan kelahiran Aisyah Humairah. Happy birthday sayang ibu.. dah 4 tahun dah anak ibu ni. Pada 7 Dis. tu juga dia kena hadiri trial class untuk tadika.. cuak jugalah nak hantar tapi aqil ada transit situ oklah boleh tengok2 kan adik dia..

Aku ingat nak cuti sekali cuti kena beku da... tak jadi cuti. Ayahnya aje yang cuti settlekan beli buku aqil semua.. dah hujung2 tahun ni biasalah nak kena settlekan payment semua before 15th. Nanti selepas 23hb baru boleh cuti. Itu pun tak banyak yang aku amik. Hanya pada 31hb je sebab nak tengok aqil orentasi. Hehe.. kalau sempat boleh buka buku pink sekali ☺☺

Aisyah bila dah sekolah oklah nampak seronok. Biasalah pagi2 dia memang payah bangun. Kena layan rengek dia lagi.. gi sekolah muka jebek je.. hmm.. ni dah cuti sampai bulan 1 nanti baru masuk tadika betul.. oklah nampak dia berminat lah nak kaler2.. selalunya kalau suruh malas je.. kaler cantik. Dalam garisan. Kalau aqil dulu terkeluar2 muka warna biru sume.  Sekarang aqil pun dah minat kaler. Cantik juga dia kaler tapi pekat. Cepatlah habis kaler dia nanti huhu..

Preparation untuk aqil darjah 1 bolehlah sikit2 dah beli. Baju dapat 2 pasang je untuk sekolah agama dan sek keb. Tu pun dah 350++.. haish patutlah orang kata banyak nak pakai duit anak masuk sekolah ni kan. Kira gaji bulan lepas memang tak dapat apa2 lah kat kami. Hehe.. untuk bulan ni cadangnya nak tambah sikit2 lagi keperluan sekolahnya. Beg sekolah xbeli lagi. Adalah 1 beg untuk sek agama pengasuh aisyah kasi.

Hmm tu jelah cerita kisah anak2. Upss lupa. Dak dibam juga cek up kepala dia kat hospital hari tu. Oklah. Lilitan naik dalam 1cm in 3 month. Berat dah 10.8kg.. perangai masih sama. Kuat nangis. Pantang ibu tak de mesti cari "aba". Belum pandai cakap lagi.. lambat sikit agaknya. Tapi kalau suruh buang sampah ke tutup pintu ke dah pandai dah..

Oklah that's all for now. Cerita biasa2 dari rakyat biasa2 ni  hehe.. tata wassalam.





Monday, November 16, 2015

I'm back

Assalamualaikum..

Lamanya tinggalkan blog ni. Sebulan lebih bersawang dah dia. Ada ke orang nak baca lagi ni. Hehe.. anyway apa khabar semua.. aku baik2 je.. lately memang sangat busy. Tak sempat nak buka blog dan baca blog kawan2.. Banyak perkara berlaku sebulan ni yang tak sempat dicoretkan di blog kesayangan. Pasal kerja.. pasal family.. pasal anak2 kesayangan.. pasal diriku yang bakal menambah ahli keluarga lagi tahun depan. Kuikuikui..

Alhamdulillah.. rezeki yang tak disangka.. tak sangka seawal ini bakal mengandung lagi pregnancy ke 5 anak ke 4.. Mula2 garu kepala jap apasal pulak boleh sangkut ni kan.. hmmm kita merancang tapi Allah jua sebaik2 perancangnya.. Syukur.. kandungan dah masuk 7 minggu. Masih awal lagi kan.. kawan2 doakan semoga aku selamat melahirkan baby ni. Cuma kali ni tak nak dah ada GDM.. seriau pulak bila membayangkan sebesar adam nak kuar wehh...


Adam pun aku dah stop pam.. susu ada lagi tapi bagi direct feed je lah. Sakit bila pam. Bila dah tak pam ni rasa macam janggal pulak bila tak bawa beg banyak2 pegi keje. Ala baru je minggu lepas tak pam. Hehe.. masih terasa kejanggalan itu.. adam pun ok minum susu dutch lady. Cuma bila balik habislah ibu kena terkam. Sian adam. Kecik lagi nak jadi abang dah.. kalau ikutkan umur aisyah dulu macam ni juga dah tahu pregnant. Eh subur benar ko kan. Kekeke.  Dah2 tahun depan makan pil sampai 2 tahun ye. Jangan ngada2 nak try kalender ke nak natural ke. Ewahhh haha..


Bila dapat tahu je pregnant. Terus nak cari keta besar sikit haha.. sekarang kan pakai myvi.. sekarang pun budak2 bergaduh kat belakang sebab diorang suka tido.. so ada alasan lah nak cari keta baru. Tapi myvi ni tak laku letak kat mudah. Adalah sorang 2 call tanya. Tapi lebihnya nak sambung bayar. Tak nak aku. Ahli keluarga pun aku tak kasi sambung bayar ini kan pulak orang yg tak dikenali.. nak pakai 2 keta takut tercekik pulak bulan2. So kita sabar je lah.. tengoklah kalau ada rezeki nanti adalah.. rezeki anak2 kan.. sape tahu..


Pasal keje pulak.. biasa2 je tapi dah hujung tahun biasalah keje berlambak.. dapat pulak pengarah strict. Kena sembur tu memang mainan lah. Aku dah kena dah sekali. Menangis 2 hari. Haha.. orang tak biasa kena marah macam tu lah. Tapi ada positifnya lah kan. Bila kena marah ni kita jadi bersungguh. Di samping kita dimalukan adalah benda baik tu. Takpelah dimaafkan tapi luka di hati tak de sape dapat mengubatnya. Cewahh...

Oklah.. nah belanja gambar sikit. Semalam gi jalan2 kat bird park. Tiket dewasa rm 27 kanak2 atas 3 thn rm 13.. suka budak2 ni tapi hujan pulak pukul 1 lebih tu berteduh kat wakaf sambil ditemani bangau dan merak. Hehe. Jalan slow2 lah.. ada budak merajuk tak dapat kasi fish and bird makan sebab ibu x de coin.. terus muncung ajak balik. Wat rugi je bawa korang ni tak dapt round 1 park tu..


ok bye2 wassalam...

Wednesday, October 14, 2015

Nasi Dagang homemade

Assalamualaikum..

Alkisah.. ni kali kedua tau aku masak sendiri nasi dagang. Masa pertama kali buat tak ingat la dah diblogkan ke belum hehe.. takpe2 kali ni aku cerita sikit pengalaman memasak nasi dagang versi terengganu. Kalau kelantan pakai beras nasi dagang yang warna coklat kan. Yang ni pakai beras wangi campur pulut.. masa cuti lepas2 (nampak... cuti apa pun tak ingat dah), aku nekad la nak belajar masak nasi dagang dari mama. Asik makan je tapi tak reti nak buat. Lagi pun, en suami pun suka makan nasi dagang. So let's try.. nanti suami bertambah sayang. Kuangkuangkuang 😆😆

Pada pendapat aku, tak susah mana pun masak nasi dagang ni. Yang penting ada rempah gulai ikan tongkol dan nasinya menjadi. Masa pertama kali buat, nasi aku benyek sikit. Means terlebih sedut santan kot. Tapi still boleh makan dan boleh dibanggakan. Hehe. Pagi ni kukus nasi dagang aku alhamdulillah menjadi. Tapi tulah 'pakar' nasi dagang tak rasa so aku syok  sendiri la mengisytiharkan jadi. Haha. En suami kata sedap kira oklah kan.. 😊😊

Ada yang nak resepi ke.. hehe.. okla2 aku share kat sini.

Bahan2 gulai :-
- Sepeket rempah nasi dagang - mama yang kasi. Saiz dia macam rempah kari peket kecik2 tu beli kat trgnu kot
-ikan tongkol seekor yang telah dimatikan airnya.. haa faham tak.. rebus dengan air sedikit,  asam keping secukupnya dan garam . Biarkan bermalam baru mesra..
-bawang merah,  bawang putih, halia dan lengkuas secukup rasa. Agak2.
- santan agak2. Aku masuk sikit je. Tengok warna gulai tu jangan sampai jadi putih 😊
-cili giling secukupnya. Ikutla nak pedas ke. Aku buat dlm 2 sudu besar.

Cara2: lebih kurang macam nak masak kari
- blend bawang and the geng. Satukan dengan rempah gulai. Tumis sampai agak2 dah pecah minyak.
- masuk air sikit. Masuk santan. Then masuk ikan sekali dengan air2 ikan dan asam keping yang telah dimatikan air semalam.
- sementara tu tumis asing cili giling tu sampai masak then masukkan dalam gulai tu (term nya tumis belakang). Ada orang campur sekali dgn bancuhan bawang, boleh juga.  Tapi mama kata arwah maktok ajar macam ni, follow je lah ☺
-letaklah belimbing buluh kalau ada dan cili padi banyak2 baru mantop.. perasakan dengan garam dan gula nisang. Siap. Buat malam tau gulai ikan ni baru sedap. ☺

Acar timun pun buat malam. Bahan2 nya :-
Timun sebatang
Carrot sebatang
Cili besar 1
Bawang merah 2 biji
Cuka gula garam secukupnya

Cara2nya:
Potong macam lidi tapi jangan halus sangat timun dan carrot tu. Cili hiris serong.
Gaul2 kan semua bahan di atas. Perapkan dalam peti ais. Tak payah masuk air. Nanti air timun turun sendiri.. rasa sendiri. Kalau sedap ok, kalau tak sedap adjust lah mana patut ☺

Nasi dagang (utk 2 pot)
Bahan2nya:
1 1/2  pot beras wangi
1/2 pot  beras pulut
*beras2 ni direndam semalaman or plg cepat 4 jam
Santan cair 2 mug
Santan pekat 1 mug
Garam gula
Bawang kecil 2 biji hiris,
Halia 1/2 inci hiris
Sesudu kecil halba

Cara2nya:
-Kukus campuran beras sampai setengah masak
- masukkan nasi setengah masak dalam besen or mangkuk besar untuk dicampur bersama santan cair (term arong)
- masuk  sikit demi sedikit santan cair dan arong. Nasi tu nanti dia sedut santan. Tapi jangan terlebih nanti bengkak nasi tu ☺
- ok,  naik kan balik atas kukusan. Kukus sampai masak.
- sementara tu, letak garam dan gula sedikit dalam santan pekat. Ready untuk final touch.
- nasi yang atas kukusan tu uols boleh rasa dah masak ke mentah lagi. Kalau rasa dah masak tutup api. Cepat2 masukkan dalam bekas utk dicampur bersama santan pekat, bawang, halia dan halba.
- gaul rata tak payah naik kukusan dah. Utk dapatkan nasi yang berkilat petuanya pakai air kelapa. Pakai kepala santan pekat pun boleh juga. Dah gaul rata padat2kan nasi supaya haba nasi tu tahan lama. Siap.

Selamat mencuba. Kalau tak faham boleh tanya. Practice makes perfect. Tapi nasi dagang ni tak semua orang suka. So kalau masak lebih nak kasi kat orang make sure orang tu suka makan nasi dagang. Kalau tak makan, sayang woo.. sebab aku selalu tgk mama buat nasi dagang ni macam kesian. Susah, tido lewat. Bangun pagi nak kukus nasi plak. Full of effort la nak buat ni. Tapi sekarang aku dah reti buat tak delah susah mana ok je. Hehe.. kalau tak habis, simpan dalam peti boleh makan lagi nanti.

Ok bye. Wassalam..

Monday, October 12, 2015

Busy day

Assalamualaikum.

Lately.. busy sangat ahkak ni. Sebagai bukti, blog tak update hehe. Hari ni juga buat pertama kali dalam 2 tahun ni aku balik lambat. Pukul 10 baru sampai rumah. Sebab kena siapkan report, lawyer yang tukang draft.. Tolong fotostat cari2 info dalam fail.. makanya baliklah malam. Nama benda yang aku buat ni Adjudication Reply ☺ based on CIPAA Act 2012. Oklah aku boleh belajar something. Bukan aku sorang je, t.a aku ada dan bos pun ada juga. Sambung esok pulak. Nasib baik sambung esok sebab kesian kat suami dan anak2 aku. Especially dak adam tu.. mana dia nak minum botol. Lebih2 lagi pukul 9 is time tido dia nak nenen.

Ni balik aku tengok matanya dah bengkak menangis. Sian adam. Aqil pun ayahnya amik lambat tadi pukul 7 lebih pun dah nangis kat taska. Aisyah je relax je kan. Aish anak2 ibu ni. Bukan selalu ibu balik lewat malam ok.. sian pulak.. bila dah masuk government ni balik lambat adalah sesuatu yang jarang sangat bagi aku compare masa kat private firm dululah.  Tapi tak pelah. Aku tak denya nak claim ot ke apa. Semoga dapat menebus ke'ular'an aku pada masa silam ☺ eh tapi aku ni bukan jenis ular ok. Tak de2.. aku ni skima orangnya  sebab penakut kalau buat silap. Rasa serba salah sangat.. If aku gi klinik ke masuk lambat ke insyaAllah aku bayar balik..

Oklah.. nak tidur sudah.. nak caj balik energy. Esok lagi hectic sebab nak kena hantar esok dah report tu. Arghh banyak keje lately.. sangat.. tangan octopus kalau boleh pinjam, dah lama aku pasang ☺ dengan kain belambak. Tu pun satu gak. Ada je masa sepatutnya malam tadi lipat tapi sebab nak tengok final AF, nak concentrate fefeling skit maka kita tunda awal muharam pulak lah ye kain. Kekeke. Tapi yang menangnya sufi. Ku ingatkan syamel. Eh oklah. Solat dulu then zass off to lalaland 😃

Wassalam. Good night..

Monday, September 28, 2015

Anak-anak Syurgaku

Assalamualaikum..

Salam aidil adha.. hmm mlm ni tak masak.. cuma masak nasi goreng yang sepatutnya dimasak pagi tadi untuk aqil bawa ke transit. Sekali tu, tak sempat.. time balik tengok nasi belum basi. Seperti biasa jadi santapan petang kami 4 beranak. Hehe. Nasi goreng kegemaran seisi keluarga ☺ bila tak memasak, ada la free time lebih sikit naik katil awal noo teman adam tido kekeke.. pastu en suami beli bege sebab dah lapar balik. Sian kat anak2 ibu yang dah reti makan ni. Aisyah tu kira apa.. tak makan pun tak pee.. janji susu ada.. aqil tu yang heboh lapar2.. dak adam pulak petang dah makan beberapa sudu nasi goreng. Dah nenen.. off to lalaland..

Bila dia tido alah rindu pulak kat bushuk masham ibu ni. Suka cium2 dia time tido. Orang kata anak degil. Ye ke?? Hmm tak tahu la den. Harap2 tak la kan.. setakat ni adam masih sedap untuk dicium lagi. Bau baby lagi. Masih wangi lagi mulut dia hehe..oh adam dah 17 bulan ye.. dah mahu dipakaikan kasut tanpa menangis. Hoyeahhh!! Good job adam. Bila dah pakai kasut, tahu pulak dia berjalan ke sana ke mari atas tanah, kejar ayam nenek.. hehe. Laju je jalan risau ibu takut adam jatuh. Tu sebab kena pakaikan jeans or seluar panjang..

Lately dia suka memanjat!! Bangku, meja dan water closet (jamban)  semua nak dipanjat.. aaaa.. seram ok.. suka masuk bilik air tadah mulut kat paip air. Ish ish.. pantang lepa.. main tekan2 tv tu jangan cakaplah. Sampai dah berubah warna orang kat dlm tv tu kelam2 nak hitam aku tengok dia picit2 tv tu. (Tv akuarium). Kipas masih lagi menjadi hobi dia.. tekan2 sampai padam ☺

Kadang bila dia ralit tengok tv lebih2 lagu NV lagu penaja af, tangan bergerak sekali terkepit2 menari hehe. Ingat adam sorang je, rupanya danish pun  buat tarian sama kepit2 tiak hehe.. Time dia ceria, syukur sangat. Ni nampak dah makin besar makin elok perangai dia.. alhamdulillah.. cuma pukul 9 time dia tido memang tak boleh lama kat luar.. so kitorang jarang lah lama2 kat mall..

Haa. Perangai tak nak orang masih tebal ye. Tengok boleh, pegang jangan. Kalau dulu tak boleh tengok orang lansung, now dah ok sikit.. hehe.. adam adam.. kadang aku perati je jangan lah ada apa2 sakit kat anak2 aku ni. Tengok je kepala dia tu. Jangan la jadi apa2 kan...

Okeylah.. ibu ni malam2 banyak fikir plak kan. Esok keje banyak task menunggu ni. Sabar.. sabar itu indah. Kerja juga ibadah.. niat kerana Allah... good nite. Bye. Wassalam.

Monday, September 21, 2015

Percutian ke Langkawi 2015

Assalamualaikum..

Aku baru balik dari langkawi sabtu lepas. Pegi pada 16.9 dan balik pada 19.9.. pergi bersama parents dan kawan2 ayah dari Medan Indonesia. Kali ni ayah bawa diorang berjalan ke Langkawi pulak.. seronok pegi Langkawi ni kan. Bila dah masuk era emak2 ni lagilah mata rambang tengok barang kat sana. Aku suka pergi kedai Rams barang2 dia cantik tersusun dan harganya pun murah sikit compare dengan yang lain2..

Untuk 1st day kami amik bajet hotel di pekan Kuah iaitu Langkawi Baron Hotel. Semalam rm100 untuk 1 bilik. Kami amik 4 bilik. Biliknya ok. Tak delah buruk pun. Selesa. Untuk tidur sahaja sebab kami tak lekat kat bilik. Berjalan je kan. Hehe.. hotel tengah bandar. Tak de kolam renang. oh lupa kitorang pergi langkawi naik firefly. Amik 2 mpv dari rumah untuk ke subang. Masa nak pegi tu delay lebih sejam setengah. Patut jam 3.35 tapi pukul 5.25 baru dapat naik. Kematu tunggu flight.. sebab jerebu flight lambat..



Alhamdulillah selamat dah pergi balik. Yang penting anak2 aku la ok sangat. Yang paling penting adam tu. Dia dah mahu pakai kasut. Tu pun kena paksa bergolek2 tak nak sarung kasut. Mula2 lembik kaki juga dia berjalan dengan kasut. Last2 dah stabil. Tapi bila sua kasut memang merontalah dia. Bila dah boleh sarung kasut, dapatlah lepas dia kat tanah jalan sendiri. Berat oo nak dokong 10kg tu. Stroller memang tak de la dia nak naik kan.. kesihatan anak2 pun alhamdulillah baik sangat. Syukur. Kalau behave macam ni senang ibu nak bawa korang jejalan kan..

Keesokannya kami mulalah berjalan. 2 hari sampai hujan lebat di langkawi. So pagi tu lepas reda hujan  sikit nak bergambar kt dataran lang. Puas hati berposing sakan. Haha.. aku dah 5 kali pegi langkawi jadi tak heran sangatlah kan. Hehe. Bagi orang2 medan plak berposing.. lepas tu kitorang pegi soping kat rams. Kelabu mata.. tapi beli sikit2 je lah sebab esokkan nak berjalan lagi hehe.. lepas soping pegi makan tengahari kat warong2 tepi jalan. Best. Ikan fresh baru masak pulak tu.. auumm sangat  kebetulan pak alin tu takleh makan lambat. Nanti pitam.. apa lagi. Nampak je gerai tepi jalan berhenti makan .


Hari kedua tu kami check out dari baron hotel ke rumah peranginan TNB. haa kat sinilah kami bermalam untuk hari2 seterusnya. Dah lama ayah booking bunglow ni sekali tu dapat.. rezeki.. Katanya tahun depan tak de dah bunglow ni. Nak buat kondo pulak.. dari luar nampak macam tak best tapi bila masuk walaweii besar. Selesa sangat kot. Ada 3 bilik. Dapur semua lengkap peralatan. Macam rumah la juga kekdahnya.. lepas rehat kat bungalow jalan2 lagi soping kat haji ismail mall. Ni first time pegi sini. So we decide to shop choc here. Hehe. Choc beli dalam 150++ dengan termos mak kirim.. pastu sekeliling tu beli ole2 seperti t shirt langkawi.. dapatlah adam sepasang baju dan suar pelikat sebab dia berak bocor.  Haish nasib ada jual pampers kecik kat kedai sana.. adam berak2 kat sana. X bawa spare pampers dan baju time tu..



Eh macam dah panjang lebar nanti aku story lagi ye. Bubaiii

Monday, September 7, 2015

Family day office

Assalamualaikum..

Hari ahad yang lalu 6.9.2015 adalah hari yang ditunggu2 oleh kami satu pejabat. Family day yang julung2 kali diadakan.. kami memilih tema bowling sebab senang sikit nak arrange sebab baru start kan. Kita pilih yang light2 dululah.. light2 pun susah juga kalau plan tidak mendapat kerjasama dari semua pihak.. kami adakan di Ampang Superbowl Ampang Point jam 10 pagi..

Alhamdulillah berkat kerjasama dari kawan2 1 ofis dapatlah kitorang berhari keluarga. Seronoklah bawa family semua.. semua orang dapat hadiah beli kat ikea. Hehe. Kanak2 pun dapat gak hadiah pensil warna sorang 1 okey.. semua ni pakai duit sendiri dan juga amik duit ofis yang bulan2 kami collect..

Ramai juga rupanya bila dah berkumpul ni. Dalam 55 orang termasuk anak2.. staff je 17 orang termasuk ex staff join sekali.. ha..  lepas ni kalau nak buat family day ala2 main air ke dah boleh dah. Hehe..  goodies bag pun ada berisi makanan. Yelah kot2 ada yang lapar pagi2 tak sempat isi perut boleh lah makan roti dan air kotak dalam bag tu kan..

Mula pukul 10 habis ngam2 pukul 1 siap dengan penyampaian hadiah lagi... aku dan suami takde lah menang pun sebab memang tak terer main pun. Tapi boleh lah.. tak de lah ke longkang manjang. Dapatlah juga spare dan strike sikit2 hehehe.. syok juga dah lama tak main. Aqil pun seronok. Dapat jumpa kawan2 baru.. tak puas main katanya. Dewasa main 3 game. Kanak2 2 game. Kat ampang point murah sikit rm7.50/game including gst dapat kasut free..

Now.. game dah habis. Yang tinggal lenguh2 tangan dan kaki. Hehe. Feedback dari kawan2 semuanya berpuas hati dan seronok nak plan another family day. Kena kumpul duit lah kalau nak pegi jauh sikit dan cari tempat yang sesuai sebab kami ni ramai sangat anak2 kecil hehe.. ok let's see the photo.. bye  wassalam..







Tuesday, September 1, 2015

Fudgie brownies

Assalamualaikum..

Eh terajin pulak update blog.  Pakai handphone ye.. sebab malas nak transfer gambar dalam hardisk ☺ tak de mood ni maca tak sihat ye juga.  Mata rasa senak..ni rajin update blog pun dah kira baik. Malas juga nak watermark bagai. So sila jangan curi gambar saya ye. Ni blog peribadi tolong jangan amik kesempatan. Kalau rasa2 gambar den cantik clear dan flawless sila beli samsung A5. Kekeke.. lupa ek nak cite kita pakai handphone baru ni lepas raya hari tu. Hutangggg.. dengan mama i.. sabaw ye. Lagi 4 kali bayo. Haha..

Eh tajuknya brownies kan.. ni kali kedua aku buat brownies kedut ni. Kali pertama macam tak berapa kedut. Kali ni oklah nampak kedut sikit. Perabih barang kat dapur. Sementelah tak kuar weekend tu kan. Mestila lapar je. Tido bangun makan.. jom buat brownies la.. anak2 aku ni memang suka menyibuk je kalau aku buat kek. Eh bukan kek je, kalau masak pun sama nak menempel. Nak kacau la. Nak sapu garam kunyit la.  Eee.. sibuk sangat tau..

Resepi fudgie brownies ni boleh google je akak2 sekelian. Aku memilih brownies ni sebab aku suka makan chocolate.. lebih2 lagi kalau choc moist. Cuma yang ni tak delah choc meleleh.. dia macam chewy2 gitu. Hasben aku cakap macam tak masak. Haa. Tu x pandai rasa tekstur tu.. cheewy gooey kan nama dia.. tapi setelah disimpan 2 hari kat luar rasa dia lebih mantap. Cewahh.. aku ni teringin  nak makan sikit je. Kasi2 jiran je lebihnya. Jom tengok pic ank2 aku mengacau brownies aku hehe...

the melting brownies

gigih tu berebut senduk..

aqil ni memang suka duk dapur.. kat tadika dia pun ada cikgu2 dia ajar masak2 :-)

tidak ketinggalan mak ecah nak tunjuk bakat

tadaa.. brownies ibu.. :-)

Bolehlah buat makan2 petang.. kelas sangat makan petang brownies ok. goreng jela jemput2 ke apa kan. hehehe.. ok ok.. bye wassalam...

Hari Kebangsaan 2015

Assalamualaikum..

Semalam, 31 ogos kan. So kita cerita ada throwback sikit la ye . Hehe. Tahun ni special sikit sebab ibu jahitkan baju merdeka untuk aqil. Haha.. ntah buang tebiat ke apa ibu ko ni tetiba rajin pulak nak menjahit. Dah berkurun tak buka mesin jahit tu. Ni mesti aqil dah mandrem ibu ni suh jahit baju merdeka. Haha.. cikgu dia pesan.. akak buatlah apa2 yang kreatif sempena hari merdeka. Diorang ada perarakan nanti kat taman ni. Ibu terus terlintas buat baju merdeka je lah. Haha.. 3 keping bendera habis termasuk sehelai hilang ke mana salah letak..

Dan keputusannya aqil dapat no 1 pakaian tercantik. Kekeke.. ayah cakap ibu ni gila glamour.  Ish ish ish.. betul sangat tuduhan tu. Huhu. Ala saje suka2 kan nak buat anak2 happy kan. Dapat tabung pooh sebiji suka aqil kumpul duit masuk tabung. Duit sape yang bersepah siaplah kena kutip..hehe.. aisyah jeles tak de baju bendera. Tahun depan ibu buat aisyah gaun merdeka pulak ye. Aisyah nak masuk tadika dah nanti..

Kat opis pulak... ada sambutan hari merdeka juga.. just ucapan pengarah dan bacaan sajak dari kakitangan yang berbakat.. kalau ikutkan aku nak juga tunjuk bakat. Tapi tak pelah simpan sikit bakat terpendam tu. Kuikuikui... kang jadi pentas maharaja lawak pulak.. oh hari tu juga adalah last day pengarah kat sini sebab bertukar.. kejap je pengarah ni kat sini. Tak sampai 2 tahun.. wallahua'lam..
Ok ok tu je. And cuti 3 hari tu lansung tak berjalan kecuali balik ziarah mil je. Haha jimat duit ok tak kuar mana2. Tapi tak jimat juga sebab godaan di mana2. Huhu.. ok bye. Wassalam..



Friday, August 21, 2015

walking baby adam


Assalamualaikum...

Semalam, penantian ibu dan ayah bakal berakhir apabila melihat babynya dah boleh menapak dengan banyak. Alhamdulillah.. Syukur pada Allah.. Adam dah rajin berjalan semalam. lepas amik dari rumah pengasuh, ligat dia ke sana ke mari membawa tong kosong berisi EBM.. hoyeah hoyeah.. suka ibu tengok adam ceria macam tu. Alhamdulillah. so lepas ni kena extra carefull ye adam kalau jalan2 tu nanti takut jatuh berdarah mulut tu nanti. huhu. memanjat pun bukan main ligat lagi.. mengejar abang dan kakak mengecek air vitagen semalam. hehe.. jom tengok video adam ni kalau dapat tengok lah. dah lama tak upload video dalam blog ni.. senang hati dapat tengok adam dah pandai menapak. lepas ni dah boleh pakaikan kasut. tak payah dah pakai carrier (lagipun empunya carrier dah amik balik barang dia). ntah nak ke tidak si adam ni pakai kasut. selama ni beli kasut memang dia tak nak pakai, dia suka pakai di tangan huhu..


video

video adam berjalan


video
enjoy the video ok :-)

bye. happy weekend peep!!

wassalam

Thursday, August 20, 2015

My twins

Assalamualaikum..

Tak tahu ke aku ada twins? Hehe. Twins ni kecik molek. Banyak mulut ni. Selalu orang kata aisyah ni muka ibu dia sangat hehe.. Haish macam2 perangai dia ni. Susah juga ye ada anak dara ni. Cepat merajuk.. kuat berangan. Princess wanna be..

Sekarang ni umur dia belum masuk 4 tahun pun lagi. Baby disember la katakan. Tahun depan nak hantar tadika dah. Tapi aisyah dah pandai tulis. Tulis I.E.B.U = IBU. Bila kita kata salah tak nak mengaku. Keras hati sikit mek ni.. kalau mengaji ikut suka dia nak buka page yang dia reti je.

Lagi satu, kelebihan dia.. suka tengok you tube dan suka buka buku TALKING ENGLISH. Set buku yang aku beli dari Grolier. Menjadi la juga pandai speaking budak ni. Tapi sebut je la tak tahu apa maknanya. Means, tak sesia aku beli talking english rm1k plus tu.. slang english okeh.. ada la juga budak yang nak baca.. amik sendiri tanpa dipaksa.

Aku sekarang ni malas jugak nak ngajar budak2 ni study. Balik rumah dah penat. Terbongkang je lah. Dengan adam lagi.. camana nak concentrate. So biar je la diaorg tengok tv ke main2 ke. Harap ayahnya je lah mengajar tapi boleh kira la berapa kali. Huhu.. Macam aqil kalau ada homework akan pandai buka buku tanpa disuruh. Aisyah pun suka tulis2 juga. Sampai ke dinding menconteng huhu..

Aisyah juga suka melawa. Suka main bedak aku. Sampai berderai bedak cosway tu. Huhu. Dah beli bedak baru pun ingat dia nak insaf lepas kena marah. Masih lagi pakai bedak aku. Ish ish ish.. biar kan je la. Nanti ibu beli bedak murah2 untuk aisyah ye hehe..

Ok tu je update anak dara. Upss tido masih pakai pampers. Suka tahan kencing kadang sampai terlepas pun ada. Ok ok. Bye bye  wassalam

Wednesday, August 19, 2015

16 months already

Assalamualaikum..

My baby adam dah 16 months on 15th August. Alhamdulillah.. again, belum jalan lagi dan belum bercakap lagi. Haha. Over mak kau ni. Kang dak dibam boleh bercakap terkejut pulak ye tak.. baru nak jalan 4-5 tapak dengan sokongan tepuk tangan semua la. Eksyen betul budak ni. Tengok anak orang belum setahun dah pandai jalan. Haa.. jangan nak compare2 sangat lah ibu oii. Lain budak lain perkembangannya.

Patutnya semalam check up 16 bulan tapi aku tunda minggu depan sebab suami is not available.. rupanya bila dah set minggu depan pun sama jugak suami ku tak dapat tolong. Hmm.. need somebody to assist nak handle budak ni kat klinik. Kalau tak berpeluh tiak ibu ko nak.. huhu. Adam ni dah makin lasak macam lipas kudung.. ni aku baru balik dari jj cari kasut dan selipar ayahnya (cerita mlm tadi). Memang takla dia nak duk diam sebab dia suka main kasut!! Habis rak kasut dipunggah. Sori promoter nanti susun balik ye. Aku pun sampai tak larat nak kejar. Kalau dihalang, ni menggeliat satu badan sampai nak terhumban ke lantai. Tu yang aku perhati je dari jauh dia merangkak main kasut. Dahla dia sendiri tak suka pakai kasut. Kalau pakai kasut suka sarung kat tangan pastu round 1 rumah dengan selipar kat tangan. Confident tu mesti ada okey :-)

Now aku tunggu dia dapat kaki je. Sabar ibu noo.. bukan apa, kadang berjalan malas nak sarung carrier sebab dah berat 10kg, bengkok badan mak kau ni kendong. Nak suruh ayahnya kendong, aku pulak sakit mata tengok badan suami macam melengkong tak reti pakai carrier tu. Kalau dapat kaki, lega dah la tak payah nak dokong budak montel ni ☺ tinggal nak kena kejar je la huhu.. stroller memang meraung la naik. Apatah lagi troli jusco huhu.. lately aku memang serabut kalau soping groceries bawa anak2.. semua nak masuk troli kecuali adam. Dah tu troli jusco tu tayarnya lari allignment. Sakit hati betul dengan 2 orang toddler dalam troli. Keluar muscle aku tolak troli ni. Tu yang aku selesa soping lunch hour kat jusco. Tu yang kadang lebih bajet merapu2 aku amik sebab 'selesa' sangat tak bawa anak2. Hehe

Eh lari topik ke. Ok happy 16 months adam sayang ibu. Semoga adam sihat selalu. Cepat2 jalan. Cepat panggil ibu ye ☺ ayah, abang je dia pandai panggil ..

*cerita ni dikarang malam tadi semasa ulit adam tido. Tapi dengan ibu dia sekali tertido terus hehe

Pic malam tadi. super active boy

pic panjat kerusi

pic kat rumah maklong dengan baju doraemon :-)

Wednesday, August 5, 2015

Jalan-jalan KLCC

Assalamualaikum..

Semalam.. aku jadi pemandu pelancong kepada sahabat2 ayah dari Medan.. dari Johor bawa jalan2 ke KL.. Mestilah bawa ke KLCC kan.. memang itu pun tempat yang nak dituju.. ayah datang 2 kereta dari Johor.. aku memang dah standby amik cuti 2 hari. Kami join sekali lah semalam.. plannya macam banyak tempat nak pegi. Tapi kat KLCC je dah separuh hari. Gitu.. lepas lunch semuanya dah kepenatan. Terus balik rumah. Itu pun dah hampir jam 5..


Seronok nampaknya bu mai, bu salmah dan pak alin di sini. Pak alin dah 2 kali sampai ke klcc jadi tak berapa excited nak amik gambar. Haha. Bu mai dan bu sal aje yang excited. Nak ronda2 dalam klcc.  Masuk butik handbeg etc.. aku orang malaysia tak pernah masuk butik2 tu sebab dah tahu dah mahal. Masa ni la nak ikut orang pun.. jom masuk belek2 beg yang harga ribu2 itu kehkehkeh.. dapatlah merasa pegang beg LV 9 ribu haha.. kalau ikutkan bu mai mampu beli tapi aku ingatkannya "bu mai, beg ini harganya boleh bayar sewa kedai di medan selama 6 bulan ya" kekeke.. lansung terus shopping di parkson aje..

Dalam parkson, kaum ibu pusing2 kat tempat handbeg juga.. kasut.. aku ronda2 pegi mothercare etc. Tengok2 je sebab xde duit nak beli bukan2. Haha.. balik kat parkson tengok bu mai dah pegang 1 beg bonia new arrival.. dah minat dia amik la 1 yang harga 1000++.. peminat handbeg agaknya. Katanya tak pe, kenangan di KLCC.. kalau ikutkan harga di medan pun lebih kurang.. dapat diskaun 5% yang dinamakan tourist discount di mana pelancong kena tunjuk passport. Untuk normal item aje yang best buy tak dapat.. boleh pakai dalam masa 3 hari..

Lepas tu, bu mai nak beli cenderamata untuk kawan2 di medan.. beli la kat stall klcc tu. Bagi aku, harga barangnya boleh beli la. Tak cekik darah sangat. Contoh tshirt KLCC harga dalam rm29.90. Aku tengok elok juga kainnya.. kalau beli dalam rm100 ke atas dapat diskaun 10%. Pastu diorang beli beg macam beg kelas mengaji gitu. Kain khakis tu dalam rm 29 juga.. elok jugak. Aku pun tak ada lagi haha. Aisyah sempatla mengepau bu mai bookmark sebab ada gambar kartun2. Ish ish ish.. masa ni, aqil ikut atok dan kakek alin jalan2 tempat lain. Dia pun mengepau juga.. LEGO ORI. Ish ish ish.. ibu pun tak pernah belikan tau. RM80.. pokai kakeknya...


Aku hanya beli garret popcorn je haha. Lepas tu kami bawa pelancong2 makan di wadi hadramawt.. masa tu dah pukul 2 lebih. Memang elok sangat la kelaparannya..  then balik rumah sebelum pukul 4 tu takut jem orang balik kerja. Alhamdulillah. Balik rehat2 jap lepas maghrib keluar balik makan malam di Kajang. Sebab diorang semua tido sana..


Dan kisah semalam diakhiri dengan sedu sedan aqil nak ikut kakek. Sabo je lah budak ni. Apa ntah yang membuatkan dia rapat sangat dengan pak alin sampaikan nangis2 nak ikut orang tua tu balik. Ko ingat dekat ke aqil medan tu. Sampai rumah la juga sedu sedan tu. Aku tanya kenapa aqil sayang kakek tu. Aqil kata dia baik. Dia kasi aqil lego. Urutkan aqil. Hmmm.. ibu ni berkotak2 lego dah kasi. Tak sayang ke. Huh. Atok pun tak sayang ko macam ni qil.. tapi aqil ni sensitif sikit orangnya.. sape buat baik kat dia, cakap baik2 memang senang meleleh. Hati tisu walau pun dia nakal. Aisyah pun tiba2 nangis tengok aqil nangis. "Aisyah rindu kakek" la sudah..


Itu je lah kisah kami semalam. Hari ni diorang naik flight pukul 5. Tak dapat nak hantar sebab hasben dah keje. Aku pulak memang cuti tapi hari ni jaga dak dibam demam dari jumaat tak baik2 lagi. Huhu.. risau ibu.. okla2... good bye  wassalam..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails