Wednesday, December 31, 2014

sweet and sour 2014. Sayonara!!

Assalamualaikum..

Sebelum tahun 2014 melabuhkan tirainya, mari kita buat satu entri penutup tirai gitu.. Tahun ni merupakan tahun kemeruduman aku dalam berblogging sebab apa aku pun tak tahu. tapi faktor utama adalah sebab kesibukan bekerja. new environment. jadi bila otak penat dah tak de keceriaan nak tulis blog gitu.. (tulis blog mesti ceria-ceriakan sebab kalau sakit hati yang keluarnya adalah sumpahan nanti) idea tu ada je tapi kekangan masa. blogwalking pun dah berkurangan.. tambahan ada facebook, instagram dan lain-lain media sosial yang lagi ringkas penceritaannya..

Dapat dirumuskan tahun ni merupakan tahun yang paling mencabar bagi seluruh rakyat Malaysia amnya dan bagi diriku juga.. kita kecilkan skop fokus pada diri ini sahaja.. cewah tetiba bersastera pulak.. tahun ni bertambahnya seorang lagi hamba Allah yang gebu gebas comel lote iaitu muhammad adam.. AllahuAkbar. alhamdulillah dengan kurniaan Allah.. dah 8 bulan setengah dah dak dibam ni..

lagi kegembiraan yang dapat dirumuskan ialah pada awal tahun, kami jalan-jalan makan angin di Legoland.. itu cerita bulan 1. aku pun tak ingat dah sebenarnya. tapi bila baca balik penulisan dolu2, oh ada aku berjalan rupanya. sebelum lahir muhammad adam. pastu bulan 2 pergi cuti-cuti di terengganu tu pun sebab ikut mak ayah aku balik sana. wehee.. seronok sangat dapat makan sutun celup tepung kat kedai kecewa. kekeke.. tu gelaran baru. kelakar pulak. sebab apa kedai kecewa. sebab setiap kali nak pegi warong pok nong tu mesti tak dapat, orang membanjiri sampai ke jalan. so pergi je lah warong berhampiran kat situ.. tu semua untuk orang yang kecewa tak dapat masuk warong pok nong. kekeke... tapi oklah dapat merasa.. tertunai hasrat mak yong kan..

Bulan februari juga meninggalkan kisah sedih di mana bapa mertua ku yang dikasihi pergi menghadap Illahi.. dah nak hampir setahun dah ye.. Al-fatihah untuk ayahanda ku.. terasa dia seperti ada di mana-mana.. semoga arwah ditempatkan di dalam golongan orang yang beriman..

Bulan-bulan seterusnya menanti kelahiran si kecil.. alhamdulillah Allah permudahkan bersalin si debab ni pada bulan April. ding dong ding dong cukup 3 bulan naik kerja.. pejam celik pejam celik dengan kesibukan kerja dan perihal rumahtangga kita dah sampai ke hujung tahun.. Alhamdulillah semoga Allah beri kesempatan pada kita semua untuk dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Kepada sahabat-sahabat yang menghadapi musim banjir dan bencana alam, ku doakan semoga kalian tabah menghadapinya. Hanya doa dan kata-kata semangat yang mampu diucapkan. 

Okey, last but not least, azam tahun depan nak jadi insan yang lebih baik. amiin.. nak rajin-rajin update blog. nak jadi lagi pandai dalam bidang pekerjaan. tanya je petik jari dah boleh jawab. kahkahkah. itu semua kena belajar dari pengalaman ye dok.. hajat dihati nak sambung belajar tapi tunggu adam besar sikit. macam dah terbuka hati ini nak jadi student balik tapi bergaji la kalau boleh. hehe.. lagi hajat di hati tu teringin sangat nak pergi umrah. tapi tu pun tunggu adam besar sikit dah putus susu oklah kan.. hmmm.. semoga dipermudahkan semuanya.. Amiiin...

Selamat tahun baru 2015 kawan2.. semoga tahun 2015 akan memberikan sinar keceriaan kepada kita semua.. ok bye wassalam!!!!

Sunday, December 28, 2014

Demam berjemaah

Assalamualaikum...

Alkisah.. Anak2 ku sedang demam berjemaah ni. Aku cuti dari krismas sampai hari Isnin.. Cuti balik kluang. Tu pun balik lewat sebab ayah mama datang kl. Balik hari jumaat petang.. Masa ni aqil yang demam dulu duk bersin2. Tak sangka dia pembawa virus demam kepada adik2nya..

kembali ceria selepas demam

Aisyah dan adam baru demam hari ni. Ish dah lama juga anak2 aku tak demam ni. Syukur.. Bila semua demam macam panik pun ye especially adam. Selalu kalau dia demam macam dedar je. Ni siap merengek tidur je kejenya.. Tapi makan masih ada selera. Hehe.

Aisyah pun kesian. Merah bibirnya bila demam. Budak ni kalau tak demam pun memang susah makan. Hmm.. Merengek juga. Ubat pun payah makan. Dah gi klinik. Balik klinik sibuk cerita doktor masuk ubat kat bontot.

alahai sian anak ibu ni



Sorang lagi bakal demam ialah en suami. Haa yang ni tak dapek nak nolong.. Demam2 pun kena kuat juga sebab anak2 sume tak sihat. Terpaksalah bantu. Tak de makna nak baring2 main game aje. Huhu..

alolo adik dibam demam ye..

Esok dah nak balik kl. Harap2 semua anak2 cepat sembuh. Yang nampak sihat sikit ialah aqil. Tapi mata masih kuyu. Dak dibam ni demam nak tumbuh gigi atas agaknya. Gigi atas dia ada 4 nak keluar. Manalah tak demam. Adam ni sama macam aqil cepat kuar gigi. Jangan cepat rosak macam aqil sudah..


#Doakan kesejahteraan kami
#Doakan mangsa banjir seluruh Malaysia


Selamat menyambut tahun baru 2015. Wish awal2 la takut blog ni beku juga tahun depan. Hehe.

Bye wassalam

Wednesday, December 17, 2014

Big Hero 6

Assalamualaikum..

Cak!! Hidup lagi blog ni ye. Hehe. I'm busy like a bees.. Blogwalking pun takde mood.. Keje melambak tak sudah-sudah dah hujung tahun ni kan. Nak tunggu kerja habis memang tak habis. Amiklah cuti sehari laki bini pada 15/12. Hajatnya nak tengok movie dengan budak berdua tu.. Budak yang tak boleh bawa berjalan, tinggal dengan pengasuh. Kahkahkah. Sape suruh perangai baik kan.. Dulu kakak awak bawa pegi tengok iron men senyap je dapat nenen.. Ni awak ni tak tahulah zaman bilanya boleh ajak jalan happy2.. Huhu

Ok.. Aqil dan aisyah happy kot dapat tengok movie ni. Pergi awal. Amik tiket early bird pukul 11. Jimat. Dapat rm7/person. Anak2 amik seat sorang satu. Tak larat nak pangku.. Tak ramai orang pun.. Seronok. Jalan cerita pun best. Sesuai untuk anak2 jadikan teladan. Cewahh.. Watak baymax pun comel je.. Aisyah sampai sekarang duk cakap seronok kan tengok baymax.heee.. Nanti kalau ada kat astro kita record ye :-)


Upss tengok kat klcc. Kejap je kami pergi. Tapi sempatlah kena caj rm14 untuk parking. Huhu.. Pukul 10.30-2.00 petang. Kalau weekend  or after 5pm selalunya flat rate kalau lebih 4 jam. Gituu.. Tapi tak pelah. Sekali sekala.. Lepas lunch kt food court terus balik. Teringat kat dak dibam yang kena tinggal tu. Hehe. Tapi amik lewat juga. Sebab ibu nak siapkan kerja lipat kain sampai hari ni tak settle weh... Sakit mata. Cari baju sume cari dalam longgokan. Huhu..

8 month already

Eh oklah.. Nak tidokan adam dia cerah pulak biji mata tengok hp ibu cerahkan. Babap ni.. Ok nite lalings.

Bye. Wassalam..

Sunday, December 7, 2014

Happy birthday my princess

Assalamualaikum..

Hi December :-)

Dimulakan entry december dengan cerita birthday my princess Aisyah Humairah. HAPPY 3RD BIRTHDAY ANAKANDA IBU...7 Disember.. Majlis kecil-kecilan dibuat untuk anak dara ibu ni. Buat awal seminggu pada 29/11. Hi-tea katanya.. Sian dia tak de kawan nak celebrate sama2.. So ibu panggillah anak2 jagaan pengasuh aisyah, mak2 sedara yang rapat dan duduk dekat dengan kami.. Jiran sikit sorang :-) kalau ikutkan merebak2 nak panggil tapi apakan daya, chef jadian ni tak reti masak untuk ramai2 orang. Ni pun dah hampir 30 orang. Selesai semua hidangan..

Ibu masak mee kari, puding karamel, kek red velvet, goreng nugget.tembikai beli. Creampuff ayah order dari kawan. Pastu tambah lagi spageti aglio rasanya dua peket. Tempah kat kawan.. Alhamdulillah.. Tema kek aisyah frozen. banyak kali ulang aisyah nak kek frozen tau.. So ibu pun dengan besar hati buat.. Mencari decoration kek sampai ke tmn melawati sana.. Jumpa ok.. Now aisyah dah jadikan sebagai mainan dia toys frozen tu.. Kek red velvet ni kesukaan ramai. Jiran suka, family suka. Jadi apa kata buat yang orang suka. Mesti habis :-)

Terima kasih kepada tetamu yang hadir.. Hilang segala penat tengok anak gembira.. Alhamdulillah adam senang diurus hari tu. Memberi kerjasama semua orang untuk menjayakan majlis ini. Banyak juga hadiah dapat. Yang kasi duit nanti ibu beli aisyah basikal ye. Hehe.. Ucapan ibu semoga aisyah membesar menjadi anak yang soleh.. Sempena aisyah dah 3 tahun ibu ajar dia potty train.  haa.  dah 2 hari dah ni. Nanti kita citer bab lain pulak kisah potty train dia ye.. 

Ok babai.. Wassalam. Semoga ibu rajin2 update blog ye. Hehe

puding karamel. instant ni tapi sedap dari amway

the food untuk 30 orang. alhamdulillah cukup je

cream puff sedap

aisyah dan hadiahnya. tq maklong kasi h/beg

bday girl sebelum tukar jadi princess

the cake.ibu buat ni :-)

happy girl

one family.. anak2 tengok mana ntah

aisyah dan ibu

the princess to be. tq nek jun dan family kasi hadiah baju ni

tq mak ida bagi barbie mariposa :-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails