Monday, June 30, 2014

Ramadhan day 1 & 2

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. dah masuk malam ketiga kita dapat berpuasa. Syukur dengan nikmat dan rahmat yang diberi oleh-Nya.. Permulaan ramadhan diraikan dengan berpuasa bersama family di Kluang.. dapat dua kali sahur dan satu kali berbuka.. seronok kan buka ramai2 ni..

Aqil lagi seronok ada sepupunya darwisy. kalau tak, monyok je. asik kata aqil tak de kawan.. memekak2 ulang ayat yang sama. sabo la ibu.. bulan puasa ni penuh dengan ujian. Sabar banyak2..

oh cerita berpuasa day 1,  pagi2 lagi kami dah outing ke bandar. haha.. ayah kata nak cari baju raya. sekali tu suamiku yang dapat. baju kerja katanya. jadi la, boleh pakai raya juga kan. hehe.. teman mama pegi bank bayar itu ini.. ingat nak pegi kedai tudung tapi dah penat, balik terus.. rehat2 then tolong mama masak. mestila terbaik kan masakan ibu. tak kira la masak apa pun..

sahur dan buka mesti mama masak. nasi panas dan ikan goreng pun layan.. aku kena makan sahur, yelah bf kan. takut tak larat. tapi Alhamdulillah diberi kekuatan sampai waktu berbuka.. selesai.. pastu tadi gerak balik ampang. singgah rumah MIL. ingat nak buka sana tapi aku bawa susu beku. cannot lama2.. tu pun sampai sini dah cair sikit. pakai termos. tak power la. tong ikan lagi best. sampai rumah masih berasap lagi air batu huhu..

MIL kasi tempoyak dan durian. hasben nak makan durian dengan lemang. so tu je la makanan berbuka hari ni. jiran kasi kuew teow dan roti telur. jadiklah.. ni esok kalau tak terkejut sahur, mau lembik ni sebab tak makan nasi. so now nak tido awal.. esok nak bangun awal goreng telur je. haha.. k bye.. wassalam..

Tuesday, June 24, 2014

Persiapan menjelang Ramadhan tahun ini 1435H

Assalamualaikum..

Bersiaran secara lansung dari depan laptop :-) kat rumah je.. alang2 dah lama tak jengah blog through laptop, mohla kita buat sekali...banyak nak cerita. tapi dipendekkan.. tak lama lagi nak puasa kan.. lagi beberapa hari je lagi.. harap sangat aku diberi kekuatan sekali lagi untuk berpuasa.. Alhamdulillah tak pernah lagi ponteng puasa even pregnant dan breastfeeding. hope kali ni diberi kekuatan dan kesihatan yang lebih baik, untuk ibu dan juga adam :-)

Persiapan menghadapi Ramadhan dari segi rohani insya-Allah dah siap sikit2. cewah.. ala tak de apa sangatlah, cuma azam ramadhan tahun ni nak perbaiki lagi diri ni menjadi muslimah yang lebih elok. gitu lah kan dari setahun ke setahun.. semoga tahun ini lebih berkat, lebih banyak bersabar. al maklumlah bulan puasa ni bulan yang menguji keimanan dan kesabaran umat.. of course la kan tak dapat pergi tarawikh berjemaah.. huhu.. buat sorang2 kat rumah je lah. askar dah 3, mana nak letaknya.. bersabarlah ibu, ada pahala lain insya-Allah..

dari segi fizikal nya, tak de apalah nak sedia. cuma barang dapur je lah kena beli ye tak.. tunggu gaji la baru nak shopping apa yang patut. 2 minggu berpuasa aku dah start kerja.. 14 Julai bersamaan 16 Ramadhan.. jadi 2 minggu awal puasa ni ibu kenalah kreatif perah otak nak masak apa kan. haha.. tapi awal puasa ni aku berhajat nak berpuasa dengan bonda dan ayahnda tercinta di Kluang. hehe.. dan en. suami katanya tahun ni tak nak makan beria. ye, tahun sudah2 pun sama juga.. jarang kot pergi bazar ramadhan.. makan apa yang ada.. berbuka buffet di hotel2 pun tak nak kot. bukan apa, susah dengan anak2 kecil dan waktu yang singkat, nak makan pun berebut2 round tengok makanan apa. huhu.. apa je dapat makan even makanan berlambak. kalau bujang2 syok la hadap buffet sampai ke tengah malam.. azam lagi satu nak kurangkan berat badan :-p harap2 berjaya lah ye cik abang :-D

Selalunya kalau tahun2 lepas, aku dah mengemas dah ni.. tahun ni tak dapatlah sebab ada anak kecik kan. kena la lebih perhatian pada adam ni.. kang tengah syok2 mengemas dia menangis lah apa lah.. jadi aku jadi mandor je lah kalau nak suruh orang kemas. haha. yelah, i kan baru 2 bulan bersalin, mana boleh buat kerja berat2.. jatuh peranakan i nanti.. huhu.. *alasan orang malas*

Bajet raya pun dah ada. mestilah over budget kan. huhu.. ohh hari Jumaat ni ada sogo member sale.. berdebar2 bila ingat sebab nak pegi menyerang. haha.. actually baju raya anak2 dah ada sikit soping beberapa hari sebelum bersalin.. cuma belum lengkap.. adam punya bahagian tak de lagi. pastu bila tengok leaflet tu ada lagi benda nak pegi beli. bahaya juga kalau aku pegi sebab ini olang sudah lama talak soping maa.. istigfar banyak2. hehe..aku tahu laki aku agak bimbang kasi aku pegi. haha.. tak pe2, kita tahu limit kita ye.. ukur baju di badan sendiri. aku pun tak boleh berlama-lamaan di sana sebab aku rasa macam malas nak bawa pam. dah booking pengasuh nak tinggal adam dan aisyah. hehe. semangat gitu..

eh oklah. tu lah aku kalau membebel kat blog ni memang panjang berjela..macam nigaya nak tutup blog, macam tak de je. hehe. ok bye. selamat berpuasa kawan2. Ramadhan Kareem.. semoga ramadhan kali ni lebih baik dari tahun sebelumnya.. amiin... wassalam 



Friday, June 20, 2014

tolong report page memalukan ini

Assalamualaikum..

Salam Jumaat.. Semoga kawan2 berada dalam kesihatan yang baik dan sentiasa dalam lindungan Allah.. kami sihat2 sahaja Alhamdulillah. nak menulis blog pun terpaksa mengalah dengan anak sebab dia conquer telefon kita. nak buka laptop malas.. Sebelum bercerita lebih panjang, ingin minta jasa baik kawan2 untuk report satu page kat fb ni iaitu Hamil Bertudung. ni page lucah yang telah mempergunakan gambar2 ibu mengandung dengan komen2 berunsur lucah. please please please.. gambar aku termasuk juga dalam tu. hantu betul diorang ni. huhu

Aku tahu dah 3 hari lepas kot. kawan kepada adikku bagitau. pastu ada hamba Allah emel. kawan sek lama pun ada msg di fb. yang whatsapp pun ada. tq so much for your concern.. aku pun dah report tapi pihak fb bagi standard statement dia je lah. so kalau sesape yang tahu macamana nak hack page tu silalah berbuat demikian. buat malu je.. so moral of the story jangan upload gambar kat tenet. aku punya gambar dari blog ni la. huhu. lepas ni misi mendelete gambar perseorangan. gambar ramai2 tak pe lagi. kalau nak letak gambar, letak sayup2 je. huhu. dah kena batang hidung sendiri baru nak bertindak..

Tapi kan peliknya page tu tahun lepas punya apasal sekarang baru nak timbul? lagi memalukan ada juga kaum hawa yang mengomel kat situ. dah desperate sangat ke apa? buat malu kaum je.. komen2 lucah kat situ menjatuhkan maruah je. gambar tu biasa je tapi bila disambut dengan komen sebegitu nampak memalukan. haish dah tak de keje agaknya diorang ni.. kot2 la gambar korang atau kenalan korang ada, silalah bertindak. tapi aku rasa macam dah kena hack je group ni sebab header dia dah bertukar. alang2 tu baik hack delete terus kan.

hmm buat masa ni bersabar je la ye sape yang kena. tak lama lagi tutup la tu. amiin.. dulu kes gambar aqil kena curi tu tak pe lagi. gambar model keropok keping.huhu..ni gambar kita jadi bahan benda lain. lepas ni no more pic tuan blog berseorangan. or tengoklah aku privatekan or malaslah nak tulis blog lagi. payment nuffnang pun dah dapat. kalau tutup / privatekan blog tak kesal sangat. huhu..

ok. hari ni nak jumpa kawan jap. dak debam dan dak kering tinggal ye.. babai.. wassalam..

Sunday, June 15, 2014

Adam dah 2 bulan

Assalamualaikum..

15/6 ~ dah 2 bulan dah budak debamdebam ibu ni. Alhamdulillah.. check up hari Selasa petang  baru pegi. nk bawa aisyah sekali sebab dah lama tak folo up dia..

Ok. adik adam hari ni sangat menguji kesabaran ibu dan ayah. maybe beralih bulan kot.. haaa.. dah 2 hari aku dikunjungi tetamu. sahabat sekolah rendah. semua datang nak tengok adamla.. tapi, dak kecik ni meragam. asik nak berdokong je. dia nak tido tapi keadaan sekeliling tidak membenarkan. huhu. bising dengan suara abang dan kakak. pastu belakang rumah jiran pasang tile.. lagi bengkek mamat ni nak tido.

yang jadi mangsa aku la. haa... mana nak masak lagi. nak layan tetamu lagi. sian kawan aku yang nk balik kedah tu dapatlah merasa mee goreng aku. yang kawan dari bangi tu merasa french fries aku je. huhu. ni basuh pinggan mengendong adam dalam SSC sebab ayahnya tido. sabo jelah. urut dada. tak pe dapat pahala kan ibu. T_T duduk dalam tu eh elok pulak tidonya. cuma bengkokla badan ibu nanti. huhu... jangan buat perangai kat rumah pengasuh ye adam, sian dia nanti.

yang abang dan kakaknya manala reti bahasa. yang diorang tahu main je. suara tu bukan reti diam. adik ni dahla tak boleh bising2.. aku nak masuk toilet pun budak2 ni sibuk mencari. cari buat apa tau, hulur tab nak buka utube frozen. geram je. yang memfrozenkan diri tu kalau anak pompuan lainla cite, anak jantan ni nak tengok frozen. pelik.. jangan main patung frozen sudah. dah seharian aku mendengar nyanyian let it go let it go..

So hari ni memang letih sangat. terasa letih maybe baru lepas pantangkan. baru 60 ++ hari kot bersalin. buat kerja rumah macam apa. hmmm.. ni yang nak balik rumah mama ni nak berehat. huhu. terkejar sana sini. need a rest. ayah adam kata cepatlah besar adam. yelah ada anak kecik ni memang penat sikit kan melayan karenah dia.. nak tido tu melalak bagai nk rak. ni dah dapat tido alhamdulillah. hope sampai ke pagi la ye nak..

oklah lewat malam dah. bye wassalam..

Friday, June 13, 2014

Surirumah katanya..

Assalamualaikum..

dah seminggu balik rumah sendiri. dah hampir 2 bulan bercuti. mengikut bulan hijrah adam dah 2 bulan malam nisfu ni. Alhamdulillah. oklah perkembangan.. dah boleh senyum, mengagah. tapi dia cakap sorang2, bila kita tanya senyap pulok. maybe jenis pemalu orangnya :-P

Ha, seronok jadi surirumah? hehe. ni surirumah jenis pemalas sikit. eh bukan pemalas la.. surirumah ada anak kecik susah sikit nak buat keje beria kan.. nak kemas2 angkat berat tak boleh lagi kan. jadi keje light2 je la macam masak, sapu2 rumah, jaga anak, lipat dan basuh kain. gitu.. kalau ikutkan hati nak je aku susun balik perabot2 rumah ni. tapi takkan nak buat sorang2 kan, jatuh peranakan aku nanti. huhu..

kat rumah bulan ni aku jaga adam dan aisyah. aqil hantar taska. minggu depan tadika dah buka balik. dia ok sebenarnya kalau duduk dengan ibu tapi tak tahan asik nak beli menan je. kalau tak kasi, siaplah rengekan dia satu hari. boleh berdesing telinga ni. Aisyah pulak senang dijaga. terlebih rajin pulak dodoikan adik dia la. tu la ibu risau. elok2 adik dah tido dia kacau. adam ni jenis kuat tido. tapi kalau dah berjaga lama nak tido balik tu dia akan menangis. dah try masuk buai tapi dia bukan jenis berbuai kot. sama je tak tenang tido. bila dia tido kat bawah tiarapkan baru tido lama skit dengan syarat aisyah tak kacau.. adam ni jenis mat dokong. waaa risau plak aku camana pengasuh nak jaga ni.. tapi once dah lena di pangkuan letak kat bawah ok je tido..

Jadi surirumah ni banyak keje tau. dari pagi sampai malam tak habis kejenya. tapi stat keje aku pukul 10 ke atas ikut waktu UK.  huhu. so fikir baliklah nak jadi career woman or housewife. hehe.. rutin sama. tapi kita yang decide hari ni nak buat apa itu ini..

esok aku kena minum air gula. hmm harap2 clear. tapi aku pun cuak gak sebab keinginan aku sekarang ni nak makan benda manis memang tinggi. contoh rasa nak makan kek, coklat dan aiskrim. hehe.. kalau clear alhamdulillah. kalau tak, kena control makan la lepas ni.. sampai ke tua. camana tuh. hmmm... minta jauh..

oklah. tak boleh tido malam ni. nape ek.. koser mak bak tengok bola. baik layan tido. ok bye wassalam

Friday, June 6, 2014

home sweet home

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. dah selamat tiba semalam di rumahku syurgaku. ayah dan mama hantar..penuh barang satu unser. berhimpit duduk dengan anak2. huhu. dah lepas rindu dengan rumah sendiri. hehe.. tapi setiap kali lepas balik dari berpantang, mesti sedih tinggalkan rumah mama ayah.. hmm... ntahlah sejak dah jadi ibu ni kan, cepat sangat beremosi. terima kasih mama ayah dan adik2 bujangku menjaga aku dalam pantang.. tolong masakkan, tolong jaga anak2 ku, melayan karenah kami anak beranak. tak terbalas jasa mama dan ayah membela kami. sampai dah bercucu pun masih ambil berat. nanti aku dah tua nanti macam ni la gayanya..

Esok mereka akan ke langkawi dengan family kak long pulak.. seronoknya orang berjalan. kita ada anak kecik kena kurangkan aktiviti luar. huhu. oh lupa.. minggu depan aku kena minum air gula, nak cek ada lagi tak GDM aku tu. hope tak de. kalau ada siaplah aku kena cek up selalu. huhu.. takut. tapi makan main sebat je semua kan.. sekarang aku memang kuat makan! kalau tak makan macam lemah2 badan gitu. yelah aku breastfeed kena makan banyak. dah kembali aktiviti makan banyak aku. hehe.. berat 47kg. okla tu kan..

Anak2 ku suka la dapat balik rumah sini. aisyah pagi2 lagi dah minta nak g rumah pengasuh.. rindu agaknya. sian aisyah. dah jadi kakak dah dia. dulu masa belum ada adam, dia pandai naik tangga. nak turun je aku tak kasi. kena ada ayah ibu baru leh turun. now, terpaksa turun sendiri dan dia rela.. pandai2 bawa diri ye anak.. ni dia baru je lepas muntah. nak kata demam tak de pulak. semalam pun duk muntah atas ibu dalam kereta. kenapa ek...

okeylah. selamat menjadi ibu kepada 3 anak la ye. bertabahlah dengan karenah anak2 yang soleh ni. huhu. bye wassalam..

Tuesday, June 3, 2014

7 tahun yang indah

Assalamualaikum..

Happy anniversary to us. 2 Jun 2007 ~ 2 Jun 2014. Alhamdulillah 7 tahun sudah. moga berkekalan sampai ke syurga.. nak tulis entry ni pun kena amik mood. memang havoc la jaga anak 3 orang ni. busy weih.. almaklumlah anak sulungku manja dan banyak sangat permintaan. sabar la ibu.. itu lah hadiah 7 tahun perkahwinan mu bersama suami. Syukur.. Tahun ni tak dapat celebrate sama2.. selalunya makan2 je kot. ntah aku tak ingat plak kena refer entry lama. haha.. tapi untungnya tahun ni dapat hadiah oven noxxa 3 in 1.. terima kasih abang. kira hadiah 2 dalam satu la kan.. tapi hadiah ni win win situation la. ibu masak abang makan. hehe.. untuk kegunaan bersama :-)

Perkenalan dari tahun 2000.. sama2 belajar. satu kelas. hehe..lama kan.. 14 tahun dah kenal. bila dibelek2 album lama, haha.. kurus keding. aku je maintain. dalam hati, camana boleh terpikat dengan mamat kurus ni. dulu kira paling hensem la tu. kikikiki.. sekarang lagi hensem.. berisi dah. tapi silalah exercise :-) nak kongsi sikit. kami dulu masa kelas diploma tak pernah dating,tak pernah bercakap pun. pakai posmen je. haha.. tengok2 dalam kelas je. kuang kuang kuang. malu weih.. tapi cakap dalam telefon laju je.. bila dah sambung degree baru pandai ngedate. tu pun balik2 klcc je. iyolah tu je senang pegi ada lrt.. tawaflah klcc tu dari pagi sampai petang.. hehe. bila dah mula kerja memang simpan duit untuk kawin.. tunang kejap je kot. setahun kalau tak silap. pastu terus kawin. keje setahun setengah dengan gaji tak sampai 2000 masa tu.. alhamdulillah rezeki kawin ada je.. ok tu je nak cite. takleh cite lebih2.. tutup dah kamus percintaan zaman dulu. tak elok dijadikan tauladan, cukuplah dijadikan sejarah dalam lipatan hidup kami.. eh betul ke ayat tu. belasah je lah..

asam garam rumah tangga ada pasang surutnya.. yang penting kena give and take. aku nak nasihat orang pun, tak kena juga sebab aku pun ke laut juga. orang muda hati tengah panas. cewah.. ni dah bertambah ahli keluarga lagilah kena pandai manage masa kan.. kerja rumah kena tangkas. ibu kena jadi multi tasking mummy :-) ayah pun sama juga.. sempena ulang tahun ke 7 ni, belek2 galery dalam.phone ni tak de rupanya gambar terkini suami tercinta bersama anak2. huhu. sian suamiku. tapi memang payah sikit nak bergambar. ibu je lebih:-)

ok. semoga  ikatan yang dibina akan berkekalan sampai ke syurga. i love u more than what u know.. terima kasih sudi melayan karenah isterimu ini yang kadang ok kadang tak ok.. sabar ye bang.perempuan macam tu la.. hehe.. bye. wassalam..

Monday, June 2, 2014

minggu terakhir

Assalamualaikum..

malam ni tidur berempat. risau juga aku tengok anak2 ni tidur buas. takut tersepak adam je. aqil adalah peserta terbaru dalam rumah ni. takpelah ibu jaga 5 hari ni. kasi ayah rehat pulak kat sana. baru 1st day alone dengan anak2 aku dah mentarzankan diri. sibuk nak mainan. i is stress ok dengar orang merengek. so takpelah ajak ayed gi aeonbig beli menan murah.. huhu. nasib makan pujuk.. my superhero dah selamat balik ke home sweet home. jalan jem ye hari ni kat hiway plus. cuti sekolah la katakan. aku je tak merasai kesibukkan atas jalan raya. hehe..

minggu terakhir berpantang di rumah mama ni. wuwuuu sedih pulak bila nak balik rumah sana. i always feel like this. ye lah, dah sedap duduk lama kat rumah parents. terasa macam zaman belum kawin kan. semua kegiatan dibuat dengan parents. masak mama sediakan.. anak2 mama tolong tengokkan kalau aku ada hal.. tapi hover la kan dah habis pantang nak rehat2 lagi, kena la tolong2 juga.. tak boleh la 3 bulan nak stay sini kan. sian en suami ku keseorangan nanti. hehe. ni malam pertama ayahnya tak de, aqil dah sedih2 menangis. sian ayah tido sorang katanya. huhu.. mat sensitif aqil ni...

balik sana hari jumaat petang baru gerak lepas mama balik keje. barang ada yang suamiku dah bawa balik sikit. kali ni tak banyak barang sebab tak de orang pakistan datang jual barang kat rumah. haha. kalau masa aisyah dulu, karpet la, cermin besar la, langsir la. haha.. macam2 nafsu mak ko ni. ni pakkal je sedar diri duit tak berapa nak banyak. anak dah 3, kena la bawa bersabar. kat sini best kalau nak beli barang rumah sebab boleh bayar kali2 :-P Kalau kedai letrik ayah kenal tokey dia. beli tv boleh bayar kali. hehe.. kedai perabut pulak kawan mama. tapi sebab aku jauh, tak dapek nak nolong kos pengangkutan mahal pulak. hehe. kalau dekat, dah penuh dah rumahku dengan perabut baru. kuikuikui...

oklah. dah lewat malam. bye wassalam..

p/s: 2nd june 2007-2nd june 2014 ~ happy 7th anniversary to us :-) love u more hubby.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails