Monday, March 31, 2014

end of march

Assalamualaikum..

Selamat pagi Isnin semua. pagi ni, rutin adalah terkawal :-) aku handle sorang2 budak2 ni tau. en husband demam.. huhu.. berjangkit dengan aisyah. aku pun selsema jugak ni. nak makan ubat tak berani. tahan je lah asyik bersin je kan. makan vitamin C je.. teruk juga virus yang dibawa aisyah ni.. dia kan kecik lagi, kalau bersin main sembur je.. depan makanan ke, depan orang ke. tak cover lansung. dah berjangkit dengan ibu dan ayah tau. huhu..

Bangun agak tersasar 15 minit. hee... tersasar memanjang aku ni.. ingat nak bangun pukul 6 sekali tu 6.15 daaa.. bangun terus turun bawah. masak nasi goreng dan goreng ayam segera untuk aqil.. siap2 buat susu sume. naik atas balik jam 6.45 mandi dan solat subuh.. sebelum tu dah gosok baju aqil. semalam tidur agak awal juga. yelah, budak2 ni kalau tidur lewat, nanti bila bangun pagi sibuk nangis2 cakap nak tidur lagi... hmm camana tu..

Semalam pun aku tidur agak tak tenteram. kejap2 bangun nak kencing sambil jenguk cik abe apa dah jadi tidur kat bawah tu, pastu bangun sebab aisyah dah sampai hujung katil nak jatuh. pastu bangun kencing lagi.. aaaa apalah nasib. bangun pagi pun kepala ting tong..

Alhamdulillah manage to reach office before 8 o'clock :-) kali ni aku memang dah tak de perasaan. lambat pun lambat lah.. tak koser nak bad mood pagi2 okey.. oklah tu je nak cerita.. bye. wassalam..

Friday, March 28, 2014

susu kambing

Assalamualaikum..

Salam Jumaat yang barokah :-) melepaskan lelah kejap kat blog ni :-) baru balik dari area SOGO sana. tapi bukan pegi sogo.. lalu je.. nak cari susu kambing sebenarnya. Jumpa pulak kawan2 lama kat opis lama.. makan-makan then gerak ikut haluan masing2.. actually nak je follow diorang balik ofis tapi aku rasa macam tak larat pulak. berat badan ni.. huhu.. sebelum keluar opis tadi memang dah 50-50 nak kuar ke tak. tapi tak pelah, sedapkan hati kalau jalan2 mudah bersalinnnya nanti. gitu...

So, dapatlah apa yang dicari. actually nak cari tablet susu kambing. boleh makan macam gula-gula.. tapi tak jumpa.. mengikut bacaan aku cosway ada jual tablet susu kambing tapi tak sedap. yang diorang duk kata best ialah tablet susu kambing jenama HR.. tapi cari tadi tak jumpa. akak kedai tu kata tak berapa nak dapat sambutan kalau dia jual tablet tu, tu yang dia tak supply dah.. hmm.. terpaksalah juga beli yang sachet tu..

Hoih mahal la pulak ye susu kambing ni. sekotak tu RM 42, tu dah offer dah tu.. ada 15 sachet je.. sekali minum jatuh RM 2.80.. tak pelah, beli je lah. usaha ni nak elak anak kena kuning lahir2 nanti. orang minum awal2, ni dah hujung2 baru nak minum. hehe. aku dah 34 weeks dah semalam :-p harap2 sempat lah habiskan susu kambing ni. 

Aku tak minum susu untuk ibu mengandung tu.. satu sebab gulanya tinggi.. pastu malas nak bancuh. nak senang beli susu HL.. minum sejuk2 adalah sedap. hehe.. eh pregnant kali ni memang kuat betul minum ais..  tak pe ke eh orang mengandung minum ais.. hehe.. pagi je buka peti ais dapat minum air sejuk peel fresh pun ok.. pastu sarapan beli milo ais pulak.. air pun kuat minum.. sebelum tidur, tengah malam bangun minum, bangun pagi pun minum juga. tu yang pundi kencing berat memanjang.. bila tengah malam tu dapat bangun kencing, wah rasa lega gila..  hehe..

Oklah ni dapat sejukkan badan depan kipas nak gi solat jap.. bilik ni memang tak terasa ekonnya.. dapat pulak mak yong.. panas memanjang.. okay. selamat hujung minggu.. habis dah minggu yang selesa sebab minggu depan dah start jammed balik orang dah sekolah.. aku dah bawa keta dah gi opis sekarang. tak naik motor dah. terpaksa bangun lebih awal atau masuk opis pukul 830-530. tengoklah mana yang sempat..

bye. wassalam.. 


Wednesday, March 26, 2014

ragam anak

Assalamualaikum..

Penantian semalam berakhir dengan kecundangan.. result malam tadi spoil.. 8.2.. merah terus rekod aku. huhu. tulah, petang tu pukul 6 buat jemput-jemput dan teh o.. pastu tak makan2 dah. sebab sejam sebelum tu kena puasa kan.. so nurse cakap tunggu doctor cakap apa. selalunya doctor advice BSP seminggu sekali. tapi appointment semalam, aku dua minggu sekali. oklah tu. 

Ok ni nak kongsi cerita anak2 bertuah ni. dah lama tak cerita perkembangan diorang. ye ke dah lama. asyik cerita pasal emosi je. asyik kena marah je kan. sian anak2 aku. hehe.. Semalam lepas gi klinik, terus ke Tesco  Ampang.. sebab susu aisyah dah habis dan nak beli air zam zam kat kedai arab dalam tesco tu.. ha kalau korang nak cari air zam-zam tak tahu kat mana nak beli, dalam tesco tu ada kedai jual al- Quran. dia jual sekali air zam-zam. sebotol mineral 500ml tu RM 10. beli dua dapat RM 15. kalau botol 10 liter dalam RM 90. tak boleh kurang. so semalam aku beli yang 10 liter sebab adik ipar nak sekali. share lah kami..

Hajatnya nak beli yang itu je lah, susu dan air zam-zam.. sekali round2 dalam tesco, aqil nak kasut superman ada lampu, aku dan hasben beli selipar jamban nak bawa gi solat kat opis.. amik itu ini, capailah RM 200++.. huhu. tak pelah.. pejam mata jelah.. itu jelah tujuan kerja kan, dapat gaji spend untuk family. tu pun nasib baik aisyah tak minta kasut princess ke apa.. hehe

ni aqil suruh amik gambar kasut dia. tadi pagi beria nak pakai pegi taska.. dah pakai, tengok2 terbalik pulak dia pakai kasut. huhu.. hari ni dia ada program Jom Solat kat tadika dia.. pakai songkok bagai.. cuti sekolah ni, selalu dialah nombor satu sampai. tak ramai budak transit tapi adalah kawannya.. semalam marah ayahnya amik awal balik taska sebab tak sempat nak main kat taman. terpaksalah hantar balik ke taska, pukul 6.30 petang baru amik. huhu..

ini buah kundang beli kat tesco semalam.. manis wooo.. tapi hasben aku tengok dia kata dah kembang2 dah pipi.. serius tak masam. harga boleh tahan mahal juga, jatuh singgit sebijik.. hari tu lah budak2 ois duk menyebut musim buah kundang, tiba2 ada pulak kat tesco, belilah.. dapat rasa jadilah kan. hehe. macam2 lah mak yong ni.. 

ni lah kerja anak2 aku tiap2 petang. mana lah ibu dia tak menyinga.. tapi tak larat nak jadi singa dah.. lantak pi lah.. adalah ketua dia si aqil la tu.. adik, jom kita main.. amik payung, amik bantal susun2.. baring bawah payung tu.. minum air dan makan sambil tengok tv. boleh macam tu? musim panas kot ko nak berpayung dalam rumah.. pas main, tinggal.. aku senang je, sape tak kemas, ugutlah tak boleh pegi kedai, tak boleh susu. hehe..

bawah payung ben 10 tu ada aqil.. bersepah rumah ku.. ni lah tempat lepak2 kami.. apa2 pun lepak kat ruang tamu depan tv. orang datang barulah kelam kabut nak kemas.. hehe.. 

dua beradik ni juga tukang sibuk.. ni kek latest yang aku buat.. permintaan dari pengasuh aisyah nak sambut besday dia. dia peminat setia kek red velvet aku. tapi aku bagi jelah tak payah bayar, malas nak kira2 sebab dia pun kadang petang hantar lauk lah, kuih la.. bagi mainan dan baju untuk anak2 aku.. aku buat satu untuk rumah ku, takkan amik bau je kan. hehe.... 


anak dara ni dah pandai suka baju princess. memang berhati wanita betul.. suka princess. ni baju ni duk ulang2 pakai. ni pengasuh dia bagi.. bila dapat pakai, kembang2 hidung dia. pusing depan cermin. tolonglah.. samalah juga pusing2 kalau dengar lagu Frozen yang marsya nyanyi tu 'bebaskan" atau dalam english 'let it go'. very the anak dara.. hehe.. pandai main sorang. kalau aku tido dia tak kacau. dia panggil ibu ibu. last2 dia tidur sekali.. pandai berdikari. banyak mulut dah.. yang manja terlebih ialah abangnya aqil. konfius i.. anak sulung memang manja lebih kot. lebih2 lagi lelaki. 

aisyah dan aqil bersama danish.. comotnya baju aisyah lepas makan aiskrim.. suka budak2 ni kalau danish datang. aku je risau takut mata danish kena korek dengan dak aisyah ni. hehe.. dia suka budak tapi terlalu excited risau jugak.. 

abang aqil dah naik iqra' 3 dah kelmarin. tapi kena polish dan refresh betul2.. kalau tak, memang mudah lupa.. semoga anak2 ku terang hatinya menerima ilmu yang bermanfaat..

okey tu je nak cite kisah dan ragam anak2.. kisah apaknya tak payahlah cerita ek. hehe.. biarlah ibunya saje yang tahu. cewah.. haha.. ok dah gaji ni banyaklah nak transfer in and out duit gaji. tiba2 rasa bertenaga nak ke sana ke mari. cewah. haha.. baju raya dah siap tempah tinggal nak spare duit je nak bayar kat kedai. huh.. nangis.. oklah. bye kawan2.. wassalam...

Tuesday, March 25, 2014

Oh jari ku

Assalamualaikum...

Hari ni ada cek perut dan buat BSP sekali. Cucuk jari 4 kali sehari tu... Yang happynya dapat MC doctor kasi.. Hehe.. Tak payah amik cuti.. Pagi2 lagi dah terpacak kat KK, dapat no 12..

Seingat aku time aqil dulu, dia kena sharp pukul 8 pagi mesti dah kena cucuk jari. Tapi tadi nurse yang buat BSP tu sorang je. Jadi, cucuk jari dalam pukul 8 lebih kot. Aku ni dah lah haus sangat.. Puasa dari pukul 10 malam tadi. Tak tahan sangat. Lepas je cucuk jari, minum air setengah botol habis.. Hehe..

Pastu cepat2 cari makanan sebab gap BSP pagi tak lama dah kena puasa balik sejam sebelum kena cucuk tu. Pukul 8, pukul 10, pukul 2 dan pukul 8 malam.. Jadi aku beli roti sandwich telur je.. Result pukul 8 ialah 4.7, pukul 10 ialah 4.5 dan pukul 2 ialah 5.7.. Tu aku makan nasi goreng tu.. Haa. Ok lah kan. Mana tinggi sangat kencing manis tu..

Cek perut pulak. Kalau ikutkan due period hari ni dah 33w and 4 days. Jumpa doctor dah scan perut. Uh, baby macam besar. 2.7kg dah.. Ish macam cuak je.. Aqil dulu lahir 3.44kg.. Aisyah comel je 3.15kg. Adik baby ni berapa pulak ye. Jangan lah besar sangat, takut susah nak keluar nanti dik. Huhu..ada banyak minggu lagi ni untuk baby membesar..

So doctor decide suruh jumpa pakar pada 3/4 ni nak tengok memang besar ke apa.. Huaaa..  hope everything normal. Tapi doctor tadi dah tengok graph sume, ada besar sikit. Waaa.. Takut.. Next cek up 8/4, sekali dengan BSP.. Nasib dua minggu sekali cucuk jari.. Sakit tau kena cucuk. Macam kena ubat stapler tu.. Hancur jari2 i yang tulus mulut ni.. Hehe

So balik rumah lepas cucuk kali ketiga.. Makan aiskrim pulak. Kalau ada ABC memang aku dah beli dah. Nasib tak de orang jual. Kalau tak, spoil result malam ni. Hmm ni tak tahu nak makan apa.. Bila kena BSP baru tahu nak insaf.. Kena control la makan lepas ni..

Nurse cakap kena makan sayur banyak.. Karbo tu makan separuh je. roti pun sekeping je boleh makan. Aku cakaplah aku kuat minum air. Tengah malam bangun cari air.. Memang tu la simptom orang ada GDM ni. Huhu.. Tak pelah, semoga Allah permudahkan. Dah hujung2 ni memang suka manis, tapi kena juga control ye.. Anak laki kan, memang suka manis kottt.. Ntah2 nanti jadi macam aqil suka manis, gigi pun dah tak de. Huhu..

Oklah.. Nak beradu second round. Hehe. Bye.. Wassalam..

Monday, March 24, 2014

Makan malam di Aroma Ikan Bakar Jeram, Kuala Selangor

Assalamualaikum..

Cerita dah basi tapi tak pelah, dari terperap dalam hp baiklah kita cite kat sini kan, memandangkan bulan Mac dah nak melabuhkan tirai, baru ada 4 entry je. huhu.. sadis betul. salahkan hormon ye :-p

Minggu lepas, 15hb Mac, hari sabtu, kami menyambut ulang tahun kelahiran yg ke 33 kak long ku. actually besday dia 13 mac. lajak ke belakang sikit nak makan besar sama2.. mama dan ayah turun klang. so hari sabtu tu ramai2 lah berkumpul di Klang. Nak makan di Aroma Ikan Bakar Jeram kat kuala selangor. Ni first time aku sampai sini. selalu duk dengar orang cerita je kan. dari klang dalam sejam lebih la. kami bertolak petang dalam pukul 6.. tapi dah siap booking la..

Sesampai je, elok timing azan maghrib. ada surau disediakan di sana.. nasib booking okey, kalau tak, silalah berdiri tunggu orang habis makan.. ramai kot orang hari tu padahal tengah bulan. huhu.. kami dapat view yang cantik sebab memang abang long booking cakap nak view cantik. hehe. tapi tak dapat menikmati view cantik tu sebab dah gelap. kebetulan petang tu hujan, lagi cepatlah langit gelap..

Kami order tomyam, butter prawn, chilli crab, kupang masak cili, sotong celup tepung dan nasi. air fresh oren 3 jug.. budak2 lah happening habis. ada pulak orang menjual kat situ. atok pulak melayan je belikan pistol la. memang memekak. siap main lawan2 dengan meja sebelah. riuh kat kawasan tu malam tu. tak larat nak marah dah. huhu.. Okey, jom tengok gambar :-)

having our dinner.. tq ayah belanja makan :-)

butter prawn.. jaring2 telur dia kurang. tapi oklah..

kupang cili.. banyak nak mam... sedap jugak

ketam cili. ni pun sedap. bawa balik makan esoknya, bertambah sedap :-)

ikan siakap stim..

tomyam..

sotong celup tepung. oklah.

budak2 yang happening..

danish bersama ayah long dan maklong

birthday girl with cake from mak ida :-)

adik2 ku, danish dan mama

tuan punya blog dan anak.. 

aroma ikan bakar jeram. bukti kami dah sampai. hehe

Overall food semua oklah.. penantian tak delah lama sangat.. tapi sebab lauknya banyak sangat, macam dah tak tentu arah nak makan yang mana satu.. bila esoknya makan lebihan ketam tu, baru terasa kesedapannya.. hehe.. kami balik bertiga tinggalkan aqil yang nak tido rumah mak longnya. buat kali kedua dia tido tanpa ibu.. nasib baik boleh tido. tu pun terkebil2 nak tido. tido dengan tok ma baru ok.. hai lah aqil, camanalah kalau ibu tak de nanti.. semua nak dengan ibu ye walau pun ibu dia garang macam singa.. huhu.. 

Keesokkannya, hari ahad, kami ditinggalkan lagi oleh sang bapa yang berbengkel selama 4 hari 3 malam. tapi adalah adik aku teman. so lepas ni no more outstation la ye cik abe. sebab dah hujung2 ni memang perlukan banyak bantuan rohani dan jasmani. huhu

eh, lari topik pulak. ok.. lepas ni boleh lah datang lagi kalau ada orang ajak. jauh juga kalau datang semata2 nak makan kan.. tapi oklah. harga ku rasakan mahal sikit may be amik banyak kot... sebab bila baca blog orang lain regenya macam murah2 je.. tapi bolehlah dah nama seafood kan, belasah je lah. sekali sekala.. ada rezeki lebih kami belanja ayah dan mama pulak ye :-) 

bye wassalam...

Thursday, March 20, 2014

33 weeks

Assalamualaikum..

Hallu hallu.. tenggelam timbul acik ni . Jumaat lepas cuti, isnin selasa kursus, rabu busy, khamis ada keje juga tapi ngantuk. pagi tadi ada meeting, petang pun meeting jugak.. huhu. tak larat maaa.. tapi hari ni bawa TA baru. bulan depan, sila pergi sendiri ye.. tapi kalau aku nak pegi boleh je tengok keadaan lah. sebab bulan depan dah tunggu hari dah hujung bulan :-)

Baru-baru ni 14hb , ada minum air gula untuk kali kedua. so resultnya dah dapat semalam. Nurse KK tu call pukul 8 malam. huhu. terkojut den ingatkan sape. rupanya nak bagitahu result tak elok, 9.2 katanya. tinggi. so kena buat BSP la. patutnya hari ni. tapi hari ni memang tak dapat sebab meeting pagi dan petang. so dapat sekali dengan cek up minggu depan 25hb.. aku macam dah dapat agak ada GDM ni. hmmm.. dah hujung2 ni memang suka ke arah manis2.. elok lepas minum air gula hari tu makan kek la, makan itu makan ini. nak wat camana, baby suka. hehehe. boleh ke alasan cam tu..

Yang malasnya nak ulang alik ke klinik tu. kalau timing dia rapat2 sangat terpaksa lah amik cuti. tak koserla kuar masuk opis banyak kali.. now aku dah bawa kereta pegi opis. takut pulak nak naik motor bila perut dah besar ni. bahaya. tapi tak de apa pun rasanya kalau hati2..

Baby setakat hari ni alhamdulillah aktif.. tak larat la bila dah no 3 ni usung perut sana sini.. berat sangat rasanya.. harap sangat diberi kekuatan sampai tiba masanya.. tapi tak sabar juga nak cuti sebenarnya. hehe.. cuti 3 bulan tu. free from work and stress (tak delah stress mana pun). cuma jaga anak je lah. huhu... 

Bila perut dah membesar ni, tidur malam tu memang tiap2 malam akan bangun untuk kencing. pastu tido balik. huhu.. patutnya buat lah solat taubat ke solat hajat ke kan. tapi syaitan besar ada di mata suh tido.. huhu.. jahat.. insya-Allah akan dilakukan juga nanti.. doa2  jelah ek.. semalam tido malam berhimpit. eee.. terasa kepanasan walau pun pasang ekon. dak aisyah lagi duk kepit. rasa rimasnya.. nak juga dia tidur rapat2 dengan ibu ni.. kalau tak, tak lena dia tido.. 

Oklah. time to go .. bye.. wassalam..

Thursday, March 13, 2014

stresssssssssssssssssssssssssssssssssssss

Assalamualaikum..

13/3  : Happy Birthday to my eldest sister kak long yang ke 33 tahun.. May Allah bless you always.. Semoga dikurniakan umur yang panjang, kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki dan beranak pinak :-)

Today, dah 32 minggu tau.. dah hampir meniti hujung2 hari ni, rasa laaaamaaanya nak tunggu baby ni keluar. dan minggu ni aku rasa lama nya nak rehat2.. penat sangat.. stress pun ye juga. rasa nak marah je. bila kita penat, kita marah.. anak2 la yang jadi mangsa. tapi memang patut pun sebab diorang ni kaki sepah sekarang ni. aku pun tak boleh dengar bising2 ni.. main2 memekak2 bergaduh2 ni.. bengang.. last2 aku amik tali pinggang acah diorang barulah diorang kutip apa yang diorang buat sepah tu.. kadang aku terpikir juga, aku ni terjerit2 sekali tu terkeluar budak dalam perut ni camana. haa.. haru jugak kan..

Barang baby ke barang aku ke, semua tak siap2 kemas lagi. esok aku cuti. tapi pagi tu aku pegi minum air gula dulu second round. dah daftar online sekolah aqil tahun 2016 nanti. nak kena pegi sekolah juga dalam tempoh 14 hari tu.. baru sah pendaftaran tu. gitu. banyaklah kejenya..

Lagi satu stress juga kt tempat kerja. Pengarah baru aku ni payah gila nak sign benda. padahal benda tu dah memang macam tu. kena explain kat dia gitu gini. tapi masih juga tak nak sign. padahal norm kerja nya memang macam tu. siap ada circular lagi masih nak pertikaikan. macam ni tak jalan lah kerja aku asyik pending je. asyik "SILA CAKAP". siap bos aku dah turun explain pun masih tak lepas. nak ikut cara dia ke apa. bosan betul.. pening kepala aku camana nak explain kat orang tua ni.. nampak gayanya tak tutup akaun lah aku...

Ikutkan dulu2 aku tak pernah amik cuti before bersalin. tapi kali ni nampak gaya macam nak cuti awal je. tapi rugilah ek.. kot2 lambat lagi ke aku nak bersalin.. cuti dah awal dah. nak tenangkan fikiran ke.. eceh.. hmm nanti sakit kat rumah tak de sape nak tolong weih.. tak pelah, just ikut flow je lah.. bertahanlah diriku..

Ok bye. wassalam..

Monday, March 10, 2014

bad mood

Assalamualaikum..

Seminggu baru nak update blog? hehe.. apa khabar semua.. hope everything is doing well. salam takziah untuk semua family MH370.. gusar memikirkan di manakah mereka, apakah yang berlaku sebenarnya. Sama-sama kita doakan mereka. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua.. amiin.. too many speculation and assumption. Just dengar berita sahih je lah. kalau tak tahu nak tulis apa, just silent.. ok..

Okey, this morning is not my day. haa.. geram sangat. dengan sape lagi. dengan anak bujang aku tu lah.. semalam orang suruh tidur awal, duk bergelak ketawa dengan adik dia. end up pukul 12 lebih baru tidur. bila kejut bangun pagi mulalah nak memberontak menangis2. aku apa lagi.. memang tak boleh blah la keadaan macam ni. spoil betul.. lagi geram, mencari baju apa yang aku nak pakai.. yelah dah nak masuk 32 weeks ni, baju memang limited. duk ulang2 pakai baju yang sama. 

pastu kelmarin kemas2 baju ada lagi rupanya baju pregnant yang dulu2.. hujung2 pregnant baru jumpa. gosoklah... perkara paling dibenci gosok baju. kena pulak kain cotton. memang makan sumpah dalam hati je lah. aaaaaaaaaaa..... geram betul, gosok2 tak mo hilang kedut. bengang betul. bila dah pakai, boleh pulak singkat baju ni. sama rap dengan punggung. aku tak boleh sikit baju singkat2 ni. pastu pakai seluar plak tu. eee benci lah. kejenya asik nak control labuh baju je.. tak pelah pakai je lah, jangan gi mana2.. kalau pakai dengan skirt may be tak nampak sangat.. ee bencilah.. 

Semalam sebelum tidur, baby main bola dalam perut ibu. heee.. actively kicking.. alhamdulillah.. senak perut.. main tangkap2 kaki or tangan dia yang tengah aktif tu.. last2 tertidur.. cerita dak kenit aisyah pulak.. hari tu susu dia  habis, susu lactogen. pakailah susu friso yang dulu beli tak berusik tu sebab sembelitkan.. sekali tu, sembelit balik.. sian dia.. memang buang teruslah susu tu.. anak perempuan ni lain sikit. nak marah lebih2 tak sampai hati. sebab dia jenis muka kesian dan jenis blur gitu. huhu.. macam semalam nak suruh tido, aqil la yang jadi mangsa kena marah.. tapi memang patut pun sebab dia ketua kan.. pastu bila kita marah dia, dia buat muka dek je, bukan takut orang pun. hmmm.. macam tu lah peel anak2 ni.. semua lain2.. sabo jelah ibu oii..

Oklah. bye wassalam.. 

Monday, March 3, 2014

al kisah hujung minggu

Assalamualaikum..

Selamat hari Isnin.. dah hujung hari dah baru nak update kan. hehe. mata tengah layu ni.. ngantuk. kat luar jerebu sangatlah teruk.. mendung je. nak hujan ke.. tunggu la kita sampai rumah dulu baru hujan ye dok. hehe. kuasa Allah tak de sape dapat menghalang.. 

Al kisah.. kisah di hujung minggu.. Melunaskan janji untuk anak2. hehe. dah lama juga budak2 ni tak pegi Jusco main2.. lama tak lama la, hampir sebulan kot.. yelah, setiap kali hujung minggu ada je program kan. Jadi minggu ni moh le kita ke JJ.. menuntut nak beli mainan. adik aku kasi duit kat budak2 ni. hehe.. 

Pegi tu hampir tengahari jugalah. pegi dengan perut kosong. isi perut kat Al rawsha dulu makan pagi dan tengahari sekali. hehe.. lepas tu baru ke JJ Maluri.. Aqil lah orang yang paling happy sekali. main kejap je selebihnya sibuk round2 nak cari mainan.. Rambang mata.. kejap nak itu, kejap nak ini..

Last2, dia amik apa yang dia nak iaitu set golf kecik dan aku belikan aisyah playdoh. diorang suka tengok playdoh dalam youtube.. so belikan lah. sekali tu, dengan aqil sekali sibuk duk kacau mainan adik dia.. Then, kami ke tingkat bawah beli barang dapur sikit. barang2 kering dan air minuman je. lauk2 tak beli sangat. heee.. ramai orang berbelanja, yelah orang dapat gaji kan..

bergambar dengan maskot strawberry.. ada promo korean stroberi. boleh aqil main tumbuk2 stoberi ni, nasib tak tergolek je maskot tu. huhu. nakal betul..

aisyah.. belikan dia selipar baru. sekali tu terlebih besarlah pulak. nasiblah.. pakai je lah nak. jangan tertonggeng sudah.. 

ni lah mainan baru diorang.. jenuhlah ibu kena tengok.. nanti diorang main combine je colour2 tu.. kena tutup rapat2 kalau tak nanti keras. dan kena perhati dak kenit ni nanti dia masuk mulut. ingat kuih ke apa.. Jadi, kalau nak beli playdoh ni memang kena ada pengawasan dari orang dewasa.. mekacih mak ida, nanti datanglah lagi basuh kain.. hehe.. ibu kena top up duit juga nak beli mainan budak2 ni. hehe. harap kekal lama lah toys baru ni..

Ok dah tu je nak share. esok dan lusa, dua hari pegi kursus dekat2 sini je.. sementara belum bersalin ni, nak cukupkan jadual kursus 7 hari. nanti dah naik bersalin, hope semua dah settle lah kan.. sabtu malam ahad tu, dah settle kemas satu bilik yang macam tongkang pecah tu.. dan dah sorting baju2 lama aqil dan aisyah. Rupanya tak banyak baju baby kecik, sebab ibu dah banyak kasi kat kawan2 opis dulu. hehe.. nampak gayanya ada chance la nak gi borong lagi. tapi tak kot.. nanti2 lah.. ok bye. wassalam



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails