Friday, February 28, 2014

hasil tangkapan hari ni :-)

Assalamualaikum..

Hai.. Lunch tadi pergi merayap.. seperti biasa area belah SOGO sana. tapi tak masuk SOGO kali ni. Lepas makan tengahari, slow2 bergerak ke JAKEL. wohoo.. dah lama aku nak gi JAKEL tu. nak mencari kain, tapi mengenangkan malas nya nak menapak, terpaksa lah tunda. Oleh kerana hari ni macam tak de arah tujuan, pergi lah juga. mestilah berteman kan, tq shud temankan i pegi beli kain. hehe..

Sampai sana, round2 kat aras bawah macam tak de yang menarik. round tingkat dua terus je semua tertarik menarik.. hehe. rambang mata weih.. cantik2.. tapi kalau cantik2 tu harga dia mestilah cantik kan.. aku nak beli kain biasa2 je sebab aku dah beli kain sutera creep kat terengganu hari tu.. jadi overlah pulak kalau sume nak kain memahal kan.. boleh lah tapi bajet2 lah kan..

Kalau ikutkan nafsu, hai memang lah habis koyak rabak bajet aku. tapi tak pelah, bertenanglah dulu.. huhu. kain banyak2 pun nak hantar upah duit jugak tu. tadi sebelum ke jakel dah hantar kain sutera creep tu kat MARA.. previously memang dah pernah hantar. tahun ni dia naik RM 5 untuk kurung pahang jadi RM 65 sepasang.. bolehlah.. dari aku hantar kat nyonya kluang tailor zaman kecik tu, hancur.. cekik darah pulak tu..

So tadi dapatlah 3 pasang kain, 1 kain biasa, 2 kain chiffon ada lining. ni lagi rabak ni kalau hantar kat tailor. upah je dah double. tapi aku suka kain chiffon macam cantik je kan.. so kenalah cari tailor yang murah2 sikit kalau nak berlining.. hehe. dapat juga kain aisyah 2 pasang.. kali ni baju raya kaum lelaki tak payah buatlah. kebetulan ada satu kain aku tu hampir serupa warna nya. so recycle je la tahun lepas punya.. aqil pun dulu buat besar bajunya.. harap2 muat lagi untuk raya tahun ni..

Kali ni mata aku nampak purple dan kelabu asap je warnanya.. hehe.. selalu suka merah.. tapi tadi terberkenan warna lain.. bolehlah. asalkan cantik. hehe.. nanti kita tambah manik2 blink2 sikit baru up sikit. kuikuikui...


Ok dah. itu je nak cite. selamat hari minggu semua! bye.. wassalam..

Wednesday, February 26, 2014

summary few days back

Assalamualaikum...

Hallu hallu.. i'm still here.. aku rasa aku dah publish dah 2 entry, pakai bloggerdroid - yang logo dia B kaler hijau tu. tapi tengok2 hampeh tak de. penat jari je menaip. nak uninstall la apps tu.. huhu..

Ok ni baru balik dari site. banyak makan hari ni.. pagi makan nasi goreng bawa bekal, pastu ada perhimpunan pagi dan senamrobik, tapi aku tak join lah duk tepi je. dapat juga makan nasi goreng lauk telur dengan sambal. nak tolak rasa rugi, amik je lah, makan jugak. haha. sampai kat site, ada kuih.. yang ni tak amik. lepas tu, balik site, bos ajak pegi makan kat kedai kelantan kat pantai dalam yang banyak gila lauk sampai tak reti nak pilih. Anis apa ntah nama dia.. tapi sedaplah.. dan yang penting MURAH.. makan 4 orang dengan ikan kembong percik, ikan talapia, sup daging bagai, air freh oren RM 38.40 jer.. alhamdulillah. murah rezeki orang yang belanja itu.. aku tapau jugak lauk untuk malam ni. hehe..

Oh lupa. kisah exam hari Isnin lepas.. haa.. soalannya susah.. tu jelah nak kata. hehe. lulus, alhamdulillah. kalau tak lulus, memang tak ditakdirkan jadi Sr kot aku ni. haha.. kalau lulus exam ni ada 2 steps lagi iaitu kena buat critical analysis report dan interview.. waaa malasnya.. mana2 je lah, aku tak kisah dah. Tapi, menjawab exam time preggy memang dugaan sangat. aku rasa macam nak terberanak pun ada.. stress kot tak cukup masa 3 jam tu.. siap baby tendang2 nak tolong ibu agaknya.. hehe. aku sendiri tak confident dengan jawapan aku tu. banyak case study.. ntah apa2 aku merapu.. open book exam. tapi buku tu lagi banyak info yang kita nak cedok. cedok2 pun kenalah tengok gaya jawapannya nak apa kan sebenarnya. tak pelah, lupakan je lah. dah lepas pun. hehe.

Lepas habis exam tu, aku balik rumah. rasa letih gila. so aku decide aku amik cuti jelah hari tu sebab aku pun tak tahu status aku hari tu apa. cuti tanpa rekodkah, kena masuk opis balik ke. kalau masuk opis balik dah setengah hari dah. baik amik cuti je. boleh aku legakan fikiran jap.. 

Then hari selasa ada check up. minggu ni minggu ke 30 ye kawan2.. haa.. risau mak encik. lagi 2 minggu kena minum air gula untuk kedua kalinya.. prosedur baru katanya.. minum di awal dan hujung pregnancy.. umur 25 tahun ke atas.. dengar air gula pun aku rasa kembang tekak aku.. ok, hasil check up semalam, berat aku 53.5 kg. hehe. ok kot.. HB 10.8.. tak capai 11.0. tak ok tapi nurse tak cakap apa ok la kot.. tekanan darah pun rendah. dapat scan sekali lagi dengan doktor.. baby dah 1.8kg. kepala kat bawah dah tapi masih ada ruang untuk dia pusing balik.. lepas ni kena 2 minggu sekali check up. 36 minggu ke atas kena seminggu sekali.. haa gitu.. dah hujung2 ni macam tu lah gayanya.. 

Oklah.. till now. bye. wassalam..


Friday, February 21, 2014

Special day today :-)

Assalamualaikum..

Today is my special day. it's my birthday. 32 years old already :-) alhamdulillah.. Syukur dengan nikmat yang Allah bagi. Dikurniakan keluarga yang bahagia, suami yang penyayang, anak-anak yang comel, kerjaya yang baik.. kesihatan yang baik. Alhamdulillah.. mahu apa lagi.. Terima kasih kepada mama yang melahirkanku dan membesarkan ku.  walau dah 32 tahun, mati hidup balik pun tak dapat nak balas jasa mama dan ayah . Thank you Allah.. Ok2.. HAPPY BIRTHDAY TO ME.. semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat..

Ok, semalam kan kursus dua hari kan.. penantnya berjalan.. train ke titiwangsa problem semalam.. dari hujung ke hujung berjalan mencari solution nak naik apa, rasa nak jatuh perut ni. serius terasa penat. bila rasa penat macam tu, rasa macam eh, mahu terberanak awal macam ni. 7 bulan pun dah boleh keluarkan. kadang rasa macam janganlah baby ni keluar tak cukup bulan. huhu..

Semalam kursus half day je. balik sampai rumah pukul 3. pergi hidupkan lesen kat post office dan tukar atm kad. Alhamdulillah kejap je urusannya.. Now jalan dah macam peguin. Ada dua hari tu, berturut2 kaki krem! malam berikutnya minta tolong kat husband suruh urutkan kaki. terasa sakitnya, urat tegang. tapi alhamdulillah lega, dah 2 malam tak krem. letak bantal peluk kat kaki, kasi tinggi sikit.

Lately, malas sangat nak makan vitamin! vitamin hematinic dengan iron. iron tu ok lagi kot.. tapi hematinic tu kalau makan, mesti rasa loya. tak kiralah makan sebelum sarapan ke, makan nak dekat2 tengahari ke. rupanya bukan aku sorang je, kawan2 yang pregnant yang makan vitamin sama ni pun rasa macam tu. nasib baiklah pil merah tu dah habis.. katanya brand yang tu murah sikit, kalau obimin tak de plak rasa nak termuntah ke apa. may be takde peruntukan kot, makanlah ko pil meloyakan tu. huhu..

Ada cerita misteri semalam. hehe. tak tahulah misteri ke apa kan. semalam, aqil nak pergi mengaji. seperti kebiasaan, aku hantar kat pintu dapur rumah. tiba2 bila dia tengok muka cikgu ngaji tu, terus dia macam terkejut dan tak nak pegi. nangis2 tak nak. aku pun heran juga, mulalah fikir benda pelik2 kan. huhu. siap tengok kiri kanan kot2 ada 'apa2'. pastu macam2 janji, nak belikan aiskrim lah. last2 dia minta mainan baru dia nak masuk rumah cikgu tu. aqil tu lemah semangat sikit. ntah apalah yang dia nampak..

Lepas tu, mulalah aku fikir, kenapa kenapa kenapa.. time aku gosok gigi sebelum tidur semalam, aku tutup mata. tiba2 terbayang pocong mata dia merah tengah tunggu kat beranda atas belakang tempat sidai rumah cikgu tu.. serius takut gila. padahal tengah gosok gigi tu. macam real je. sampai sekarang terbayang. terus aku jadi seram sejuk.. waaaa.. takut. lepas ni takut pulak aku nak sidai kain malam2.. huhu.. dahlah semalam malam jumaat. ee.. harap2 cuma bayangan mata aku je lah. tak nak jumpa kalau betul ada. nauzubillah.. 

Oklah, merepek sudah. salam hari Jumaat! Doakan aku ek exam hari isnin ni. jadi nak enjoy2 sangat rasa macam terhalang pulak. huhu.. buku tu memang bawa ke hulu ke hilir, buat berat bahu je, tapi bila sampai rumah, macam2 urusan.. nak pulun hujung minggu ni. insya-Allah. amin... bye wassalam

Tuesday, February 18, 2014

preparation for baby no. 3

Assalamualaikum..

Lama menyepi. Ada je.. hari Jumaat lepas dah masuk ofis balik, terpaksa masuk ofis juga eventho kenduri tahlil tak habis lagi  jumaat tu, ada benda kena submit. Dengan berat hatinya melangkah ke opis. En suami je lah cuti hari tu.. 

Alhamdulillah dah settle semuanya.. Ahad lepas balik juga tengok mak mertua. manalah tahu tak de orang balik ke kan. tapi anak2 nya memang bagus semua. kalau tak ramai balik, adalah sorang yang tolong teman mak. ni hari bekerja ni tak tahulah sape yang teman. may be ada kawan2 mak datang rumah kot..

Actually aku tengah mengantuk ni. sangatlah kecik mata ni. biasalah, hormon orang preggy. haha. salahkan hormon la pulak.. minggu ni dah 29 minggu!! ayak.. cepatnya masa berlalu!!. dah masuk third trimester, 7 bulan sudah.. baju adik baby dah beli lah sikit2 jumaat lepas kat sogo.. konon nak beli 2-3 helai je, sekali tu hampir 8 pasang kot aku beli.. hasben kasi duit tu yang laju je aku membeli. hehe. tq la daddy. cewah tukar nama panggilan plak daddy kita ni :-p

Beli baju, beli botol susu tommi tippie 2 botol.. then mitten and booties (patut tak yah beli dah, tapi tengok cute pulak. haha), blanket bumble bee, baby wipe pureen, towel, beli barut baby 3 pasang (buat tambah-tambah yang sedia ada).. haa.. tu je lah kot.. untuk ibu pulak, tak siap apa lagi.. set bersalin adik aku bagi set tanamera. dia tak berapa pakai hari tu, jadi aku pakai je lah.. tambah sikit2 kot ingat nak beli minyak herbanika nonaroguy dan pil postnatal dia tu. best hari tu pakai masa bersalinkan aisyah..

Pam spectra 3 dah siap servis. malas lah nak beli pam lain. rasa macam buang duit je. tapi kalau ada orang nak kasi aku amik je. haha. ada ke orang nak kasi :-p kalau nak kasi bagi medela freestyle tau. haha.. ala pam mana2 sama je, cuma rajin atau malas je nak mengepam.. 

Patut 7 bulan dah siap beg baby dan ibu kan. tapi serius aku baru siap basuh beg baby je. tu pun amik beg aisyah dan aisyah terpaksa pakai beg kecik sikit.. tak pelah dik, kita share2 je lah kan. bantal dan tilam baby pun tak de lagi ni. tak pe, kasi recycle itu tilam dan bantal abang aqil. Nanti ibu sumbat balik kekabu dia ye :-) angan2 dan cita2 tu tinggi melangit, nak menjahit lah itulah inilah.. tapi kang pegi mana2, main beli jek. hehe..

here list to prepare :-
1. kelambu baby (aisyah punya mana ek - ntah2 dah berlapuk)
2. besen mandi (ingat nak tinggal kat kluang 1, malas aku nak berangkut2, nanti orang lain bersalin boleh pakai juga
3. sorting balik baju aisyah dan aqil untuk di basuh
4. stokin ibu
5. bengkung ibu kena tanya mama lokasi bengkung di mana. hehe
6. bantal baby

haa.. tu jelah yang aku ingat. kalau korang ingat boleh tambah2 lagi ye apa yang perlu dan penting. Semalam, aku melawat BFF bersalin kat hospital Ampang. Alang2 dah balik rumah tu kan, singgahlah menjenguk sekejap. ala comel sangat lah baby ni. 3.1kg je.. masa aku datang tu dalam 5 jam baru lahir.. tetiba rasa cuak pulak perasaan nak bersalin ni. Dan kali ni aku rasa aku perlukan en suami untuk bersama2 temankan aku dalam labour room nanti. masa aisyah hari tu tak dapat, sebab aqil tak de orang jaga. now, aku dah tinggalkan amanat kat pengasuh aisyah, kalau aku bersalin sekian2 waktu please tengokkan anak2 aku. Kalau tengah malam pun, silalah datang rumah aku tido sana sementara tunggu waris2 aku datang. hehe..

Eh oklah tetiba dah panjang lebar membebel.. tapi mataku masih kecil di sini.. Esok dua hari aku kursus.. Isnin depan exam! Jumaat ni besday aku tau. hehehe.. hari ni besday mama, happy birthday to my beloved mom yang ke 57 tahun. Semoga Allah memberkati mama, dipanjangkan umur, sihat tubuh badan.. kami sayang sangat mama!! bye. wassalam...

Wednesday, February 12, 2014

Perginya seorang bapa mertua

Assalamualaikum..

Semalam, 11 februari tepat jam 5 petang, bapa mertuaku telah kembali ke rahmatullah. Sakit dah lama kencing manis, tapi semalam dia sakit dada. Alhamdulillah, semua urusan berjalan lancar. Selamat dikebumikan selepas isyak malam tadi. Semua anak2 dan menantu ada sebelum arwah dimandikan.. dapat cium arwah ayah. Sebak sekali.. later will story about this ok. Now aku cuti duahari. Tak dapat cuti tanpa rekod sebab menantu kan. Huhu. Pelik betul pekeliling gov ni. Silalah revised balik..

Al fatihah untuk arwah mertuaku..

Monday, February 10, 2014

i'm going to seat an exam??

Assalamualaikum!!

Hi!! Hello everyone.. today is monday. Ada yang blues gang ke kat sini.. Aku tak sempat nak berblues sebab hari ni kena attend briefing half day untuk amik Special Professional Practice Accesement (SPPA). Kalau ikutkan ni dah sessi ke 5 sambungan dari tahun lepas. Dan dikatakan ini tahun terakhir untuk amik exam ni.. 

Aku saje mencuba nasib. Manalah tahukan kot2 ada rezeki lulus exam ke, then buat paper work critical analysis dan interview.. Ha, bila masuk briefing tadi, rasa cuak pulak bila nak amik exam ni. al-maklumlah dah laaaaaamaaaa tinggalkan zaman exam ni. adalah dalam 9 tahun kot.. candidates adalah dalam 30 orang. bukan orang JKR je tapi orang luar pun ada.. 

Tapi bila masuk briefing tadi, rasa macam eh best pulak bila study balik. serius tak ngantuk. umum mengetahui, aku ni pantang dengar orang bercakap, aku akan berzikir kiri kanan depan dan belakang. haha.. may be subjek yang dibincangkan adalah penting dan tak sempat nak lelap. menguap pun last2 je.. hehe.. Ni yang rasa kalau malas2 sangat kerja, nak sambung study lah.. :-p

Adalah panel bagitahu camana nak jawab soalan, soalan berbentuk apa, silibus apa. dan soalan2 past year adalah mencabar juga. sebijik soalan macam masa degree dulu. tapi lebih banyak case study dan tak direct to the point. adalah aku duk snap2 soalan tadi tapi nampak tak nampak je lah.. passing mark 50%. pastu dia tunjuk trend peserta tahun lepas kebanyakkan yang lulus duduk di kategori paras hidung je. 50% above..  aish cuak pulak. so untuk melahirkan Sr. yang berkualiti, silalah jawab betul2, baca buku..

From my point of view, cewah speaking london pulak.. memang kena baca buku di samping pengalaman kerja mengikut AMALAN DAN KOD ETIKA seorang QS.. kalau ko kerja banyak tahun pun tapi ikut amalan kerja yang salah pun takut gak. Nanti jawab exam berdasarkan pengalaman, bukan berdasarkan law and ethics. tak boleh juga. jadi nak sedapkan hati sendiri, pengalaman aku ciput je tapi akan ku cuba untuk membaca buku. hukhukhuk..yelah, 8 tahun pengalaman kerja, hanya 3 tahun sahaja yang terlibat dalam bidang QS ni.. 

Lagi 2 minggu examnya. harap2 aku dapatlah buat yang terbaik. tadi semangat berkobar2 nak cari buku rujukan. dia ada kasi list buku rujukan tapi tu lah, kena pegi library nak dapatkan buku tu.. Camanalah cabarannya ye. Lulus, alhamdulilah. kalau tak lulus, silalah repeat lagi kalau beria nak lah kan. repeat tu bukan kosong2 tau, kena bayar gak... huhu.. setahun ada 4 sessi aku amik paling awal, sebab memikirkan senang amik awal2, nak beranak lagi. pastu kalau lambat2 takut debarannya semakin memuncak.. hehe..

Ok, hope kawan2 boleh doakan kejayaan ku :-p aku pun yakin tak yakin je ni.. tapi at least kita cubalahkan.. ok bye. wassalam..


Friday, February 7, 2014

26 bulan yang comel

Assalamualaikum..

Salam pagi Jumaat yang penuh barakah :-) Hari ni sampai ofis awal sikit. sebab tak payah masak nasi goreng aqil. hehe.. Hari Jumaat selalunya tadika sediakan makanan pagi. Oklah tu, jimat masa sikit kan untuk ibu yang payah bangun awal pagi ni. hehe..


Ok, hari ni 7 Februari.. Aisyah sudah menjangkau 2 tahun 2 bulan. My sweet little pie dah menginjak ke 26 bulan.. ala bucuk2 ibu ni. bangun pagi memang bucuk cikit lah bila ibu cium2 dia tu... tak de bau baby dah. bau susu lactogen memang kuat sikit. tak best. huhu..


Hobi dia suka conteng2 buku.. haa.. pada pandangan aku macam bagus sangat lah kan kalau dia suka buku. aku pun suka sangat beli buku untuk anak2 ni.. tapi bila beli dia zas zas zas je.. conteng seconteng2 nya.. huhu.. yelah tak pandai tulis proper lagi kan.. aqil je bila dah sekolah ni baru pandai tulis. before this mewarna pun terkeluar2, tapi sekarang dah okey..


Dia suka soft toys. mainan masak2 pun dia suka.. eh sume lah dia main. Barbie doll murahan tu sampai tercabut2 baju dan tangan. Minat sangat dengan princess.. kalau tengok tv, nanti dia cakap "nak princess, nak princess" hehe. mesti belajar dengan pengasuh kan, sebab kat rumah pengasuh tu ada few jugalah budak baya aqil.. girl. so terikut2.. 


Baru ni pengasuhnya kasi minnie mouse.. beli kat toy's r us.. ibu pun tak pernah beli mainan aisyah kat toy's r us ni. hehe.. bukan aisyah je, aqil pun sama, beli kedai murahan je.. dia suka minnie mouse tu. asyik duk ulit nak tidurkan sambil zikir, pakaikan 'selimut'.. hehe.. kalau aku baring pun dia tepuk2 sambil berzikir. hehe.. nampaklah sifat keperempuanan dia tu.. baguslah tu. cuma aqil je lah kadang buat adik dia macam boboi. main sepak2 lah tumbuk2 lah.. eee.. geram je tengok.. kalau adik menangis siaplah aqil kena.

best friend ibu ni :-) 

si manja ibu..

Okey get to go.. Ibu sentiasa doakan yang baik2 untuk anak2 ibu. Semoga jadi anak yang soleh dan solehah. Berakhlak mulia, taat pada perintah Allah dan Rasul, dengar cakap ibu dan ayah.. Semoga anak2 ibu diterangi hatinya dengan serapan ilmu yang bermanfaat dan sentiasa dilindungi Allah.. Amiin.. Selamat ulang bulan anakanda Aisyah Humairah :-) bye wassalam..



Thursday, February 6, 2014

27 weeks today and the preparation


Assalamualaikum!!


Hai! hari ni dah 27 weeks, berapa bulan ek, 6 bulan lebih kot... dah penghujung 2nd trimester. nak masuk 3rd trimester sudah.. ni take a break kejap sebab mengantuk sangat.. lately, selalu mengantuk pagi2. especially lepas breakfast mesti kecik je mata.. kalau orang lain, time mengantuk diorang lepas lunch kan. tapi aku tidak. lepas lunch tu lah aku terkelip2 mata nak tido tak rasa ngantuk. pagi2 je lah yang aku selalu berkecil mata. hehe.. Ni dah kurang sikit dah sebab tadi ada orang datang jumpa. hehe..

How about the preparation? seriously tak de prepare apa2 pun lagi! baju ke apa ke sume tak beli. tapi pam spectra 3 dah pun dihantar service. tu je lah preparation pertama aku. hehe.. nak beli medela freestyle rasa sayang duit pulak. spectra elok lagi kan.. heavy duty betul, hope long lasting.. anak nak masuk 3 dah masih berjasa :-) baju untuk baby no 3 ni akan dibeli lah, sikit2 nak sambut kelahiran beliau kan. takkan semua nak recycle baju abang kakak dia kan.. kalau aku jadi baby mesti aku dah kecik hati. hehe.. belilah sikit tapi belum beli lagi! baju abang kakaknya pun belum sorting lagi..  Ada yang aisyah masih pakai sebab budak tu kan size kecik, ibu masih sumbat lagi baju yang dirasakan muat. hehe..

Bila tahu pregnant memang seronok kan. tapi bila dah hujung2 ni terasa letihnya. terasa macam "mampukah nak cukupkan quota sampai 4 ni" haa.. gitu.. Bila letih, kita jadi cepat marah.. orang kata kalau nak dapat adik, anak yang last tu akan meragam kan. tapi aku ni bukan aisyah yang menakal, dak aqil tu yang nakal!! haa... stress mak.. emosi memang naik turun.. cepat nau beremosi.. nasiblah en suami ye. minta maaf dulu lah ye ^_^

Semalam, aisyah dengan tidak sengaja menghantukkan kepala dia kat pipi aku.. sampai sekarang senak wei.. menangis jugaklah aku. sakit gila.. pipi ni tak berapa nak ada isi kan. kena pulak kepala dia keras.. dengan dia sekali menangis sebab terkejut aku menjerit. yang si aqil pulak, pagi tadi terkencing atas katil. may be dia rasa dia dah masuk bilik air. lalu terkencing atas katil. mujur tak kena tilam, atas comforter je.. kalau tak, mesti dah mengusung tilam pagi tadi.. 

Oklah.. get to go. hilang ngantuk dah sikit. tengah dengar IKIM fm.. tajuk best bab najis.. eh korang download lah ikim apps dalam play store tu ada. boleh dengar ulangan ceramah2 ustaz dan ustazah. boleh download. tapi kalau nak dengar live kena ada line tenet baru boleh dengar :-) ok bye. wassalam



Wednesday, February 5, 2014

Kisah Aqil hilang..

Assalamualaikum..

Ok sambung balik cerita pergi terengganu.. dah ramai menjeles tengok kami dapat bergambar dengan UAI kan. hehe.. Ok cerita di pasar payang.. aku kan pegi dengan lina cousin aku, che ngah dan aqil. mama dan ayah naik kereta lain. Jem.. tapi alhamdulillah, dapat juga parking kat tepi jalan.. ni jalan2 geng perempuan je lah ni. en suami dan aisyah dah selamat balik ke rumah. eloklah tak pegi, orang memang padat.

Aku memang nak cari kain batik sutera. nak buat raya katanya. huhu.. al maklumlah kali ni preparation kena awal sikit.. memang idaman kalbu lah sangat kalau dapat pilih kain ni. hehe.. aku lebih suka naik kat tangga sebelah surau sana. tapi dah termasuk kat tangga tengah, punyalah padat. benci. 

Nak dijadikan cerita, dapat lepas kawasan yang sempit tu. pegilah kedai yang lian bawa, dia kata dia kenal tokey tu. bolehlah dapat diskaun sikit kan. iyolah tu.. huhu.. Baru je sebaris kedai aku jengah, tengok2 budak aqil dah ntah ke mana. AQIL HILANG!!! ye hilang anak aku ni di tengah2 kepadatan orang. haa.. camana tu.. hilang selera kejap nak membeli. dia memanglah follow aku dari mula. tapi dia tersalah ikut orang lain. dia duk main masuk kedai sana sini.sekejap je aku berpaling, dia dah tak de.. hmmm..

Menggelabah jugalah. tapi dalam masa yang sama, kalau aku jumpa aqil ni, siap ko ke marah. haaa.. tapi bila dah ceruk mana aku cari masih tak jumpa. kami berpecah.. manalah aqil ni. risau ada. geram ada. sedih pun ada. yelah ibu2 kan mana tak sedih kalau anak hilang kan. tapi aku tak delah menangis kat situ.. aku percaya dia tak pergi mana pun. tapi tu lah, jauh di sudut hati ni macam2 dah fikir ni.. nauzubillah..

Tak lama tu, ayah call cakap dah jumpa budak ni. kat tangga surau.. Mak aku pergi cari kat orang jual keropok kat bawah tu. tiba2 terdengar announcement kat surau kata ada budak hilang. pegi jengah, tengok aqil. mata merah je menangis. tau takut eaaaaa.. ada orang tunggu dia sementara tunggu mak ayahnya datang. makcik kedai tu kata, banyak dah kes budak hilang mak ayah kat sini. hmm..

bila ayah call kata dah selamat tu, aku pun oklah, meneruskan pencarian kain. hehehe.. yelah, baru berapa minit sampai anak dah buat hal. duduklah ko kat surau tu. ibu nak beli kain ni. ngada2 betul. alhamdulillah jumpa. kalau tak jumpa, tak tahulah nak cakap apa. ntah aku kat balai polis kot sampai malam. nak mengadap laki lagi nak menjawab apa..... huhu

Mama upah dia helikopter. upah hilang. pastu bila aku turun tu, sengih2 pulak. bising cakap aqil hilang aqil hilang.. tulah degil tak nak ikut ibu kenapa. pandai pulak salahkan kita, kenapa ibu tak pimpin aqil.. aqil ikut orang lain. huhu.. solat2 kejap kat surau tu. balik. sempat lagi kena pau nak anak panah pulak. yang keberapa kali ntah.. beli lah, upah hilang katanya. huhu. 

Pastu nampak pulak mempelam hijau. teringat kat laki suka makan pelam. beli. kat sini pulak aku kena tipu ke aku yang bodoh ke tak tahu. budak tu kata sekilo RM5. timbang tak sampai 1.5kg pun. total RM 15.. aku pun bayar jelah. macam bengong gak tak reti nak argue. tak terfikir pun. dalam kereta baru duk congak2. aaa.. geram betul.. rm 15 tu kalau beli 3 kg. budak tu pun satu sengal.. tak reti kira janganlah meniaga. mangkok tul..

Oklah, on the way back tu singgah pulak tepi pantai. mengharung jem pantai, aqil nak layang2.. layankan.. upah hilang lagi ooii.. sampai rumah pukul 7 lebih.. Ha.. sampai2 rumah, aku lah buka cerita aqil hilang. orang lain tak berani nak cerita. hehe.. alhamdulillah.. 

Oh lupa hasil tangkapan dapatlah 2 pasang sutera crepe. dan lepas tu aku gi kedai emas pulak.. wakakaka.. trade in katanya.. gelang dah putus.. trade in dan tambah duit sikit.. baru nampak sikit ke mana duit aku pergi kann.. hadiah untuk diri sendiri.. tak mainlah pandora2 ni.. mahal sesaje tapi tak de value. huhu. jangan marah peminat pandora yek.. hehe.. may be diriku dah berjiwa ke'emak-emakan' jadi lebih minat kepada emas. tak nak dah yang bersifat mainan ni. hehe

Then esok tengahari pukul 1 petang lepas makan, kami pun berangkat balik. mama ayah balik hari isnin. kereta memang banyak dan finally kat karak jammed yang amat. aku rasa semua highway jem kot time tu.. tapi tak pelah, bertabahlah driver.. kereta manual plak tu. huhu.. Alhamdulillah selamat sampai ke rumah dalam pukul 11 malam lebih..

Ok, itulah percutian terakhir ku. terakhir ke.. sebelum beranak lah kalau panjang umurlah kan. pastu aku tak fikir dah mana nak pegi lagi. Nak jaga baby je nanti. ok till then. bye.. wassalam..

i heart terengganu

Assalamualaikum..

Hallu!!! i'm back. amboi, lama benar tak meninggalkan blog kesayangan ni. lama la bagi i :-) Sihat ke.. camana dengan cuti korang.. i'm happy cos the dreams came true.. hehe.. Alhamdulillah.. Dah lama meroyan nak pegi terengganu last2 dapat juga.. thank you sangat kat mr hubby sebab sudi melayan permintaan isterinya ini. walau pun keputusan dia last minute :-p ok, boleh beranak dengan aman nanti. haha.. ada ke orang beranak dengan aman. Eh bulan februari ni ada event penting lagi kan. jangan buat2 lupa pulak *kelip kelip mata* 

Bertolak pukul 12 malam khamis malam jumaat.. gilir2 drive dengan sepupu aku. ayah mama naik pajero dengan adik aku..Sampai Gong Badak hampir pukul 9 pagi kalau tak silap.. banyak berhenti.. sebab driver ngantuk nak makan asap. Subuh dekat kerteh. dapat solat jemaah subuh dengan orang masjid :-)

Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat bermain. Aku kan sekolah kat sini 2 tahun, sekolah teknik.. banyaklah kenangan kat sini dari kenangan zaman kanak2 riang sampailah zaman sekolah. especially bila lalu sekolah teknik aku tu . biarlah ku simpan kenangan itu dalam lipatan sejarah ku. hehe.. 

Sampai rumah che ngah, rehat2, tidur, sarapan.. petang2 dalam pukul 4 lebih, mulalah merayap pergi makan celup tepung.. tu lah idaman kalbuku.. pergi warong pok  nong yang femes amos masuk JJCM tu kan kat pantai batu rakit, nama apa aku tak ingat kawasan ni, ya ampun.. orang beratur sampai tepi jalan, melingkar.. tak kuasa eh walau pun agak hampa. pergilah warung depan2 sikit.. oklah not bad.. dulu dah pernah makan kat sini. tepi pantai..  Jom intai gambar. tak banyak pun kali ni bergambar kat terengganu.. tapi kita ada gambar special tau kali ni. sangat bertuah :-)

ikan celup tepung

keropok lekor is a must. aku borong RM 50 kepok lekor. tapi banyak2 tempat lah. nak gi beli kat kelulut 008 punyalah panjang orang beratur.. kirim kat mama keesokan harinya, kami balik hari asing2.. 

sotong celup tepung.. oklah tapi tak leh lawan pok nong punyalah.. 

abc. semua orang makan abc. aku amik air nyor :-)

aqil, tok ma dan danish. danish meleleh2 je tengok orang makan. sabar ye yang, kamu tu belum sampai umur lagi nak makan..

makan makan

my forever cousin. tq sudi entertain kami. still single but not available

family picture.. hehe

atok dan anak sepupuku. qhaireen

adik mama aka che ngah. adik beradik mama seibu sebapa 3 orang, tak ramai. tapi kami lebih rapat dengan che ngah ni dari kecik sampai la ni.. kalau balik terengganu memang sinilah hala tuju kami even ada je rumah sepupu dan sedara lain..  

danish dan mak teh. muka danish nak sama besar dengan mak teh lah. hehe

3 of us. aqil dah ligat ke mana dah..

haa.. ni la rare picture yang mendapat beratus like di FB kami. kekeke.. 

Actually kami pergi ke kenduri anak sedara mama belah satu lagi. satu bapa tapi mak lain. tapi dengan sepupu ni tak berapa rapat. aku pun macam tak cam je rupa sepupu aku ni tapi aku ingatlah pak sedara aku tu. mama cakap setiap kali kenduri kami dia mesti datang dari jauh.. jadi macam tak sedaplah kalau mama tak pegi kan. tu yang kami balik terengganu ni.. teman mama dan ayah. Ni kira kenduri kedua. kenduri sebelum tu kenduri kawan2 mama masa kecil2, pegi jugalah. sedap lauknya tapi aku tak makan sebab kenyang lagi. kenduri yang sepupu ni aku makan. tengah makan, ternampak kelibat ustaz azhar idrus.. datang sorang je naik motor EX5. hehe..

Pemalu lah ustaz ni, dalam ceramah beliau kemain melaser. senyum je.. hasben aku sampai tak makan duk tunggu ustaz ni. haha.. (tak tahulah kenyang ke apa dah makan kenduri kat rumah first tadi) UAI ni lepak dengan anak2 muda.. Rupanya dia jiran belakang rumah pak sedara aku ni. rumah second wife dia katanya. aku makan pun tak kenyang. nak tangkap UAI nak bergambar katanya. haha.. tak senang duduk takut terlepas peluang :-p

Dengan pengantin tak pulak aku bergambar. hehe.. Akhirnya pucuk dicita ulam mendatang.. yeay. dapat bergambar dengan UAI.. sempoi sangat. Haaa.. untunglah en suami ku dapat bersalam dan bergambar dengan UAI. selalu dengar downloaded ceramah dalam kereta je..

Ok. to be continue dengan cerita lagi saspen.. hehe.. panjang dah.. sikit2 naaa.. bye. wassalam...




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails