Wednesday, December 31, 2014

sweet and sour 2014. Sayonara!!

Assalamualaikum..

Sebelum tahun 2014 melabuhkan tirainya, mari kita buat satu entri penutup tirai gitu.. Tahun ni merupakan tahun kemeruduman aku dalam berblogging sebab apa aku pun tak tahu. tapi faktor utama adalah sebab kesibukan bekerja. new environment. jadi bila otak penat dah tak de keceriaan nak tulis blog gitu.. (tulis blog mesti ceria-ceriakan sebab kalau sakit hati yang keluarnya adalah sumpahan nanti) idea tu ada je tapi kekangan masa. blogwalking pun dah berkurangan.. tambahan ada facebook, instagram dan lain-lain media sosial yang lagi ringkas penceritaannya..

Dapat dirumuskan tahun ni merupakan tahun yang paling mencabar bagi seluruh rakyat Malaysia amnya dan bagi diriku juga.. kita kecilkan skop fokus pada diri ini sahaja.. cewah tetiba bersastera pulak.. tahun ni bertambahnya seorang lagi hamba Allah yang gebu gebas comel lote iaitu muhammad adam.. AllahuAkbar. alhamdulillah dengan kurniaan Allah.. dah 8 bulan setengah dah dak dibam ni..

lagi kegembiraan yang dapat dirumuskan ialah pada awal tahun, kami jalan-jalan makan angin di Legoland.. itu cerita bulan 1. aku pun tak ingat dah sebenarnya. tapi bila baca balik penulisan dolu2, oh ada aku berjalan rupanya. sebelum lahir muhammad adam. pastu bulan 2 pergi cuti-cuti di terengganu tu pun sebab ikut mak ayah aku balik sana. wehee.. seronok sangat dapat makan sutun celup tepung kat kedai kecewa. kekeke.. tu gelaran baru. kelakar pulak. sebab apa kedai kecewa. sebab setiap kali nak pegi warong pok nong tu mesti tak dapat, orang membanjiri sampai ke jalan. so pergi je lah warong berhampiran kat situ.. tu semua untuk orang yang kecewa tak dapat masuk warong pok nong. kekeke... tapi oklah dapat merasa.. tertunai hasrat mak yong kan..

Bulan februari juga meninggalkan kisah sedih di mana bapa mertua ku yang dikasihi pergi menghadap Illahi.. dah nak hampir setahun dah ye.. Al-fatihah untuk ayahanda ku.. terasa dia seperti ada di mana-mana.. semoga arwah ditempatkan di dalam golongan orang yang beriman..

Bulan-bulan seterusnya menanti kelahiran si kecil.. alhamdulillah Allah permudahkan bersalin si debab ni pada bulan April. ding dong ding dong cukup 3 bulan naik kerja.. pejam celik pejam celik dengan kesibukan kerja dan perihal rumahtangga kita dah sampai ke hujung tahun.. Alhamdulillah semoga Allah beri kesempatan pada kita semua untuk dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Kepada sahabat-sahabat yang menghadapi musim banjir dan bencana alam, ku doakan semoga kalian tabah menghadapinya. Hanya doa dan kata-kata semangat yang mampu diucapkan. 

Okey, last but not least, azam tahun depan nak jadi insan yang lebih baik. amiin.. nak rajin-rajin update blog. nak jadi lagi pandai dalam bidang pekerjaan. tanya je petik jari dah boleh jawab. kahkahkah. itu semua kena belajar dari pengalaman ye dok.. hajat dihati nak sambung belajar tapi tunggu adam besar sikit. macam dah terbuka hati ini nak jadi student balik tapi bergaji la kalau boleh. hehe.. lagi hajat di hati tu teringin sangat nak pergi umrah. tapi tu pun tunggu adam besar sikit dah putus susu oklah kan.. hmmm.. semoga dipermudahkan semuanya.. Amiiin...

Selamat tahun baru 2015 kawan2.. semoga tahun 2015 akan memberikan sinar keceriaan kepada kita semua.. ok bye wassalam!!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails