Sunday, December 7, 2014

Happy birthday my princess

Assalamualaikum..

Hi December :-)

Dimulakan entry december dengan cerita birthday my princess Aisyah Humairah. HAPPY 3RD BIRTHDAY ANAKANDA IBU...7 Disember.. Majlis kecil-kecilan dibuat untuk anak dara ibu ni. Buat awal seminggu pada 29/11. Hi-tea katanya.. Sian dia tak de kawan nak celebrate sama2.. So ibu panggillah anak2 jagaan pengasuh aisyah, mak2 sedara yang rapat dan duduk dekat dengan kami.. Jiran sikit sorang :-) kalau ikutkan merebak2 nak panggil tapi apakan daya, chef jadian ni tak reti masak untuk ramai2 orang. Ni pun dah hampir 30 orang. Selesai semua hidangan..

Ibu masak mee kari, puding karamel, kek red velvet, goreng nugget.tembikai beli. Creampuff ayah order dari kawan. Pastu tambah lagi spageti aglio rasanya dua peket. Tempah kat kawan.. Alhamdulillah.. Tema kek aisyah frozen. banyak kali ulang aisyah nak kek frozen tau.. So ibu pun dengan besar hati buat.. Mencari decoration kek sampai ke tmn melawati sana.. Jumpa ok.. Now aisyah dah jadikan sebagai mainan dia toys frozen tu.. Kek red velvet ni kesukaan ramai. Jiran suka, family suka. Jadi apa kata buat yang orang suka. Mesti habis :-)

Terima kasih kepada tetamu yang hadir.. Hilang segala penat tengok anak gembira.. Alhamdulillah adam senang diurus hari tu. Memberi kerjasama semua orang untuk menjayakan majlis ini. Banyak juga hadiah dapat. Yang kasi duit nanti ibu beli aisyah basikal ye. Hehe.. Ucapan ibu semoga aisyah membesar menjadi anak yang soleh.. Sempena aisyah dah 3 tahun ibu ajar dia potty train.  haa.  dah 2 hari dah ni. Nanti kita citer bab lain pulak kisah potty train dia ye.. 

Ok babai.. Wassalam. Semoga ibu rajin2 update blog ye. Hehe

puding karamel. instant ni tapi sedap dari amway

the food untuk 30 orang. alhamdulillah cukup je

cream puff sedap

aisyah dan hadiahnya. tq maklong kasi h/beg

bday girl sebelum tukar jadi princess

the cake.ibu buat ni :-)

happy girl

one family.. anak2 tengok mana ntah

aisyah dan ibu

the princess to be. tq nek jun dan family kasi hadiah baju ni

tq mak ida bagi barbie mariposa :-)

5 comments:

NADIA COMANECI said...

comella aisyah..happy birthday aisyah..
feel buat kek birthday utk anak sendiri tu best kan.. ;)

Masya said...

selamat hari lahir kakak .. mmg namapk sgt dia gembira.. kek yg dia nak dapat ...

umifarisfarhan said...

alahai pndai nyeee ibu buatkan kek..klo fiza ni msti nanges terharu hehehehe

Fairuzzahmm nor said...

happy birthday aisyah.. cantiknye su buat kek..

~Aida@MommyAqilMedina~ said...

Wahh meriah!makanan pon sedap-sedap..hehee..Happy Birthday Aisyah..Semoga menjadi anak yang solehah dan bijak..Amin!

Mesti Aisyah seronok sebab dapat hadiah banyak kan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails