Sunday, December 28, 2014

Demam berjemaah

Assalamualaikum...

Alkisah.. Anak2 ku sedang demam berjemaah ni. Aku cuti dari krismas sampai hari Isnin.. Cuti balik kluang. Tu pun balik lewat sebab ayah mama datang kl. Balik hari jumaat petang.. Masa ni aqil yang demam dulu duk bersin2. Tak sangka dia pembawa virus demam kepada adik2nya..

kembali ceria selepas demam

Aisyah dan adam baru demam hari ni. Ish dah lama juga anak2 aku tak demam ni. Syukur.. Bila semua demam macam panik pun ye especially adam. Selalu kalau dia demam macam dedar je. Ni siap merengek tidur je kejenya.. Tapi makan masih ada selera. Hehe.

Aisyah pun kesian. Merah bibirnya bila demam. Budak ni kalau tak demam pun memang susah makan. Hmm.. Merengek juga. Ubat pun payah makan. Dah gi klinik. Balik klinik sibuk cerita doktor masuk ubat kat bontot.

alahai sian anak ibu ni



Sorang lagi bakal demam ialah en suami. Haa yang ni tak dapek nak nolong.. Demam2 pun kena kuat juga sebab anak2 sume tak sihat. Terpaksalah bantu. Tak de makna nak baring2 main game aje. Huhu..

alolo adik dibam demam ye..

Esok dah nak balik kl. Harap2 semua anak2 cepat sembuh. Yang nampak sihat sikit ialah aqil. Tapi mata masih kuyu. Dak dibam ni demam nak tumbuh gigi atas agaknya. Gigi atas dia ada 4 nak keluar. Manalah tak demam. Adam ni sama macam aqil cepat kuar gigi. Jangan cepat rosak macam aqil sudah..


#Doakan kesejahteraan kami
#Doakan mangsa banjir seluruh Malaysia


Selamat menyambut tahun baru 2015. Wish awal2 la takut blog ni beku juga tahun depan. Hehe.

Bye wassalam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails