Tuesday, November 4, 2014

Servis Pam Susu Spectra 3

Assalamualaikum..

Minggu lepas, aku hantar pam spectra 3 servis. bukan hantar, tapi ada despatch amik kat ofis ni.. hehe. upahlah RM 30 pegi balik.. memang macam tu pun tiap kali kalau nak servis. Ni adam dah 6 bulan, memang elok sangatlah kalau servis kan. Tambahan lagi, ada back flow.. susu masuk dalam mesin.. sampai kan satu hari aku pam susu, macam ada bau kaki. sekali ingat kaki aku ke apa kan, takkanlah buruk beno pompuan ni kaki berbau. cewah.. aku saspek pam ni yang berbau.. aku halakan tube dia ke hidung ku, hmmm memang ada bau sikit. yelah dah susu termasuk dalam mesin tu kan. Apa lagi, moh ler hantar servis.. memang berbaloi betullah spectra 3 ni. Aku pakai dari zaman aqil lagi, dah 5 tahun dah pun.. Alhamdulillah.. semoga dapat bertahan dengan lebih lama lagi ye pam ku sayang :-)

So tadi dah siaplah uncle tu hantar.. Total damage RM 80. pergh agak mahal juga kali ni. selalunya  dolu-dolu dalam RM 40-50 je kalau tukar tiub dalam tu.. campur dengan kos penghantaran RM 30. total semua sekali RM 110.. hmm dah naik harga ke.. hailah labu.. semua dah meningkat sekarang ni ye.. tak pelah takpelah.. pejam mata je lah.. 

ini jelah yang dia tukar.. nampak tu ada habuk2 susu kering dalam tu.. kalau nak ikutkan tiub ni baru lagi.. masih cerah tak kuning2. tapi sebab dah kes berbau tu kan, aku tukar je lah.. kang berkuman pulak susu anakanda adam... Kalaulah reti tukar sendiri, dah lama dah buat. hehe..

dan ini juga pam back up aku. setia juga ni.. guna dari dalam pantang masa aqil dulu.. tapi silicon getah tu semua dah kuning2. dah lama. boleh pakai cuma tak cun la..  spare part dia juga mahal.. baik beli baru ye dok. hehe. selagi boleh pakai, selagi berfungsi, redah aje.. tapi agak lambat lah nak pam tu kan, manual. tapi best juga tau bila pam sebelah2 ni. dia pam habis. contoh. kalau kita pam dua2 belah (double pumping), sebelah botol dah penuh, sebelah lagi sikit je. kita akan amik pendekatan mencampurkan susu ni biar sama level kiri dan kanan. tapi bila kita pam asing2, kita akan pastikan dua2 belah botol mesti dapat penuh. hehe.. paham ke idok.. tak pelah, biar aku paham sorang je lah..

Ok.. itu je nak cite.. masih memberi adam susu badan. fully breastmilk. walau pun adam dah 6 bulan, aku belum kasi makan lagi. sebab lately adam banyak kuar rashes. sampai gelap ketiak dia.. budak badan besar, cepat berpeluh.. aku just sapu drapolene. pengasuh sapu bedak agnesia.. hmm bila hari bekerja jarang kelebet badan anak ni. tau2 balik rumah dah siap mandi. kalau tengok pun time tukar pampers tu pun tengok bird dia je kalau naik rashes.. semoga cepat sembuh adam. kat ketiak kan, tak nampak sangat. hehehe

gambar tak clear bergerak2 adam ni..

Ok bye.. wassalam.

8 comments:

AMIIZAA said...

salams sue, bersemangat kak mieja tgk ebm su....:):)

Allene said...

pakai moogoo la dear.. tkut dia tak serasi dgn dropolene tu

Dokter faRyn said...

tengok post ko ni, tetiba aku tak sabar nak ada baby lagi. pastu nak all out bf. maklum lah sekarang dah banyak masa. okey, tu bukan alasan ehehehhe :)

Siti Zawiyah Rahmat said...

Salam sis.. salam kenal.
Suka tengok susu untuk baby Adam tu.. Dulu saya tak dpt pun nak bf lama2..
Untuk rashes anak sis, boleh guna krim herbal blend sbg alternatif..


Jom singgah sini:
http://www.cintavitamin.com/search/label/Herbal%20Blend

~Aida@MommyAqilMedina~ said...

Mmang banyak betul jasa S3 tu kan..berbaloi pakai sebab boleh guna sampai 3-3 anak sekali..Semoga Dipermudahkan dalam Breastfeeding Journey Su ye..

Siti Asiah said...

Saya baru servis, Jumaat lpas (9.1.15) br sampai spectra 3 sy tu tp just RM95 je. Sy g hantar servis & dia pos back...;)

Nas Wazir said...

service kat mana ye?

Suliana said...

nas wazir,

kat histopoint subang jaya. ss 14 tak silap. blh call kat pam tu ada tulis no tel

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails