Tuesday, November 18, 2014

ke klinik gigi lagi

Assalamualaikum..

Penghujung bagi tahun 2014, menyaksikan sekali lagi aku melangkah ke klinik gigi.. tempat yang semua orang takut nak pergi. seram.. tempat yang belum pergi, tapi dah rasa dah kengerian dan kengiluannya.. So, apa masalah pulak sekarang ni? masalah yang datang dan bakal pergi. hehe

Lately, aku selalu sakit gusi berdenyut-denyut membawa ke telinga sampai ke kepala.. sakit tu sebelah je. aku syak sakit gigi. kalau dulu, boleh tuduh sakit gigi sebab gigi bongsu. tapi sekarang, gigi bongsu dah cabut pun. rongak dah gigi belakang ni.. Makan panadol tak hilang pun denyut2 tu.. layan jelah macam mild contraction gitu..

Hari ni actually dah tak sakit. tapi sebab nak puaskan hati aku melangkah juga menuju ke klinik gigi.. klinik kerajaan je aku pegi. kalau pegi klinik swasta dah selesai dah masalah aku ni. siaplah pitih tu kan. huhu. kenangan di klinik gigi boleh baca sini sini dan sini

Daftar jam 8 pagi, dapat no 4.. cepat jugalah dia panggil masuk klinik. bawa aqil sekali untuk cek gigi. tapi kanak2 hari Jumaat rupanya.. hmm dah lambat hantar dia ke tadika.. tak pelah, ikut je lah aqil.. siap dia tapau air tin kat klinik tu.. pastu hantar tadika menangis2 pulak.. geram.. nak legolah itulah inilah. ibu iyekan aje.. nak cepat..


Seperti biasa doctor cek la gigi aku ni. aku cerita la masalah aku. kat gigi tengok gambar tu, gigi bermasalah kat lower 1st premolar. sebelah gigi geraham kecil.. dia rapat sangat, jadi doc syak ada berlubang sebab bila dia korek je dengan pencungkil tajam tu secara automatik kaki aku terangkat sebab ngilu. dengan dia sekali terkejut. seperti biasa aku memang suka terkujat2 ni. bukan buat2 tapi terkejut sebab ada karen sakit. hehe.. dia ketuk2 tanya gigi mana yang sakit. aku kata tak sakit. so kena xray gigi pulak sebab tak nampak gigi mana yang sakit. 

Bila dah dapat xray tu, nampaklah gigi yang sakit tu. seperti biasa, gigi yang sakit tu dah berjangkit ke sebelah. Dah macam buruk dah akar dia. sedih aku. doctor kata ada 2 option samada kena cabut atau buat rawatan akar. nak sakit kejap, cabut je lah. kalau sayang gigi, buat rawatan akar tapi orang kata sakit.. pastu kena buat treatment banyak kali juga. kalau nak cabut, alamak, barisan pertahanan gigi dah tak delah jawabnya.. 

Actually sedih juga la kalau tak de gigi. macam ala gigi dah nak luruh. nak rongak dah.. kalau geraham tak pe lagi, tak nampak.. ee sayangnya.. kalau cakap mesti tersembur2 tak sebab tak de gigi. hukhukhuk.. Ada lagi gigi bermasalah upper 1st premolar, sebelah gigi taring.. haa yang ni pun tunggu masa gak ni. huhu.. dah tampal, tapi doc cakap kalau sakit memang cabut la.. ni pun kalau minum air sejuk memang ngilu.. apalah nasib ye.. 

Appointment minggu depan 25hb.. doc decide nak bukak nak tengok kaedah apa yang sesuai samada boleh diselamatkan atau tidak.. Doc nak kasi ubat tahan sakit dan antibiotik. aku kata tak perlu sebab dah tak sakit.. cuma time floss gigi time tu lah rasa sakit. Doc kata kalau dah sampai sakit ke saraf, memang kerosakan dah sampai akar gigi.. 

Gitulah ceritanya.. bila usia dah meningkat ni macam2 la nikmat yang Allah dah tarik balik kan. gigi nak luruh dah. kang pakai gigi pelsu plak.. huhu. Sampai masa ke dalam lah kita.. Amal ibadah masih kurang lagi. Astagfirullahal'azim..

Kita tunggu minggu depan pulak ye apa ceritanya :-) bye wassalam..

2 comments:

Allene said...

anak2 lin blum pernah bawak lagi.. uhuh lama dah niat nak bawak. tp tak terbawak lagi...

KhadijahAdibah12 said...

janganlah cabut...sian gg.. hehe.. buat rawatan akar.... tp mahal sket. tp berbaloi.. sakit la jgk.. tp takla sesakit nk beranak.. in fact . tak sakit pun. ngilu, pedih2. skit je..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails