Friday, November 21, 2014

graduation day aqil

Assalamualaikum..

Hari ni last aqil sekolah sebagai pelajar 5 tahun.. lagi 2 bulan genaplah anak ibu ni 6 tahun.. Alhamdulillah.. Untuk kelas 5 tahun ni aqil dapat no 4 daripada 10 orang. ibu target no 1 sebab aqil nak lego chima kan. tapi sebab tak dapat  no1 maka tak adalah lego chima tu. Tapi dia tuntut juga, dia kata dia nak masa hari lahir dia +_+ Dari segi pencapaian aqil oklah ada peningkatan.. Dah boleh baca, dah boleh  mengaji, cuma mengira je ibu tak berapa tekankan. patutnya math la kena stress out kan. hehe. takpelah, tunggu tahun depan la ibu concentrate kat aqil..

Hari Sabtu lepas, pergi graduation day kat Parcel E Putrajaya.. putrajaya ni jarang pegi. kalau pegi ntah mana2 tak jumpa hala tujunya.. tu yang malas nak jalan2 ke sana padahal banyak tempat yang best boleh pegi kan. tapi ni sebab aqil, gigih ibu buka garmin dan tengok google maps.. alah, sonang je. tepat ibu dulu selalu pegi meeting kat KPM.. tapi masa pergi meeting tu orang bawa, jadi ibu tak tengok lah sangat jalan dia kan. hehe..

Aqil paling seronok sekali. dari tengahari membawa ke petang. lama betul. dua sekolah je tapi persembahan dalam 10 show kot.. jenuh tunggu. adam pun siap tido bangun tido tak habis2 lagi program. tapi tak pelah, sekali sekala kan.. banyaklah persembahan aqil ni, ada boria upin ipin, serigala dan biri2, lagi apa ntah nyanyi2 english dan bahasa arab.. ada rekod video tapi tak tunjuklah kat sini kang syok sendiri pulak :-p Ok jom tengok gambar aqil graduate..


ni maskot Jusco ..

aqil berlakon sebagai upin. bagus. tak malu depan orang  

opening. 


excited aqil.

ni gambar dari report card dia.

dapat hadiah ultramen dari tadika

Overall oklah.. Actually tak graduate lagi sebab belum lepas 6 tahun lagi. hehe.. Ibu harap aqil berjaya menjadi anak yang soleh insan yang berguna kepada agama bangsa dan negara.. Selamat bercuti sekolah.. Kami tak de plan apa2 pun nak bawa anak2 gi bercuti ke apa.. huhu.. kalau ada pun balik kluang je. rindunya nak balik kampung :-) ok bye wassalam..

2 comments:

Cik Sibuk said...

Bagus skolah organise benda2 camni..bdk2 eksaited..seronok dorang. Parents pun suka tgk anak naik stage.

AinulMalik said...

Tahniah aqil! saya pun nak survey lagi tadika utk anak yg naik 5 tahun ni

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails