Wednesday, November 26, 2014

bila nak hujung tahun..

Assalamualaikum..

Haish letihnya terasa minggu ni. walau pun semalam dah gaji tapi tak dapat membangkitkan perasaan gembira. cewah.. yelah. rasa buntu je.. banyak benda kena buat tapi tersangkut2. ni kisah kerja ni.. dah hujung tahun ni, semua pun nak kejar KPI. last taik kat aku ni. kalau satu je bolehla layan. 5 kot payment sume nak kejar dateline 15hb Disember akaun nak tutup. boleh plak nak buat valuation 10hb. lantak. kalau lengkap tak pelah, senang je nak proceed. ini tidak. lompong sana sini, janji nak kasi sampai kesudah tak kasi. Duduklah aku mengadap pc ni dengan harapan bulan jatuh ke riba..

Yang penting hari Jumaat nak cuti.. eh lupa nak cerita. semalamkan, dah pergi klinik gigi tampal gigi. selamat lagi gigi aku ni. ingat dah rongak dah. susah nak cari lubangnya sebab tak nampak. besar juga doktor tu korek baru jumpa. pastu bila dah tampal sementara terkopak pulak sikit ni. minum air masak pun ngilu sebab tampalan terbuka sikit. waaaa.. next appoinment hari Selasa petang.. nak tengok elok ke tak. kalau ok, boleh proceed tampalan kekal.. kalau tak okey, say good bye to my teeth. macam2 doa aku baca.. saiko je semua ni.. tak delah sakit sangat pun . tang kena kat tempat berlubang tu memang la terangkat kaki. masa dia nak 'mesin' gigi tu yang ngilu keras2 badan aku. haha.. nasiblah. faktor usia...

Sabtu ni cadangnya nak buat besday aisyah.. ye anak dara ni dah nak masuk 3 tahun. actual date 7/12.. buat cepat2 la sebab ramai orang ada kenduri kot.. dah 3 tahun dah anak dara ibu ni.. masih pakai pampers lagi. kencing dahlah banyak. betul ke budak pompuan kencing banyak eh. hehe.. pampers pulak share dengan adik dia. masakla ibu duk spend kat pampers je. ada order dengan lazada pampers wee wee dry tu, murah katanya. order isnin minggu lepas, hari ni baru sampai. lama betul amik masa.. kebetulan adam berak2 pulak minggu ni. laju je lah menyalin pampers. kalau tak salin. habis merah2 bird dia..

Eh oklah. tak de mood nak berblog. layan je gigi ngilu ni.. bye.. wassalam..

1 comment:

Lida Rahim said...

wah cepatnya Aisyah dah 3 tahun.. diam x diam Rania pon dah nak 2 thn bln 1 ni huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails