Tuesday, October 21, 2014

Weekend at KLCC

Assalamualaikum..

Hai!! Apa khabar semua!! Nak cerita pasal weekend je pun ni. hehe.. kang makin berhabuk blog ni. asal datang rajin, marilah kita update blog ye. nampak sangat dah menurun penulisan aku dalam blog ni..

Ok, weekend lepas kami jalan2 di KLCC. kalau jalan2 di KLCC, point utama dia adalah makan. dah tahu dah benda apa yang akan dimakan tu. dah tahu dah benda apa nak dibeli. hehe. agak lama juga tak gi KLCC.. tak ingat dah bila last pergi. berangkutlah kami 5 beranak ke sana dalam jam 3 dah sampai.. nasib kat rumah dah makan sikit, kalau tak, harus kebuluran tahap gigil pukul 3 baru nak makan oii..

Adam seperti biasa, tak pernah tak meragam.  Dia tak sihat kan. sakit mata. tapi dah nak baik dah. pakej sekali dengan selsema dan batuk. bawa pulak pegi berjalan.. tapi oklah. sikit2 tu biasalah bagi kami. ada improvement lah perangai dia ni. huhu. nangis tak nangis nak bawa juga pegi jalan. mati kutu tau asyik terperap je. sian abang dan kakak adam kalau terperap je.hehe

adam dan ibu. serabai dah ibu petang2..
Seperti biasa, kami makan di Signature. food court la tu. terus beratur beli spageti milano. haha.. Aqil nak grilled chicken tapi tak de pulak. beli yang kedai morocco ke apa ntah yang ada nachos tu. hui mahal.. Dan jumpa cafe yang jual Mille Crepe. haa.. yang ni food baru dalam senarai ke KLCC.. aku tak tahulah dah berapa lama cafe ni ada. tapi kawan2 kata ada dah lama.. selalu tengok kat blog orang je mille crepe ni. sekali dapat makan satu slice, memang sedap... tapi seperti biasa lah, satu slice campur tax dah RM11.90. kalau whole cake RM 120 kot..

mille crepe. peanut and choc
Lepas makan2 kami jalan2 saje ronda dalam parkson.. aqil sibuk je nak cari baju dia. hello, baju awak standard kenanga je. haha.. jahat tul ibu ni. bukan tak nak beli, tapi baru belikan kat kenanga hari tu.. kat KLCC ni mahal tau. hari raya je dapat baju mahal2 sikit. hehe.. kat kenanga lagi dapat banyak baju berbanding di KLCC. hehe. Lalu kat Men's attire belanja ayahnya selipar.. ni kira hadiah besday la ye. kekeke,, sakan lah budak2 tu main lari sana sini. nasib tak ramai orang dalam tu. 

kat tempat spender pun boleh posing. hehe
Dah habis soping dalam tu, heret pulak budak2 ni ke playground. jauh berpeluh ketiak berjalan. haha. nasiblah.. diorang lalu depan pool, baju tak bawa. lagipun tak koser la nak kasi mandi air kat situ.. So siap main peluh2 semua balik.. Sian aqil, dia ligat nak main tapi aisyah ni slow motion. Kalau jalan asyik nak terjatuh aje. may be selipar dia kena tukar baru.. 

ni aqil la snap gegar ni..
Ada satu tragedi escalator nama dia. nak turun dari escalator. biasalah mat aqil ni kan budak melenting2. ntah camana dia boleh terduduk atas escalator tu, muka dia cuak juga. dia melawan arus nak naik balik kat kitorang. masa tu kitorang tak pijak lagi escalator nak turun. sampaikan ada aunty tu pun terkejut dia merangkak2 macam spiderman atas escalator.. berjaya mendaki. pastu muka dia macam cuak takut aku marah. aku memang marah pun. kalau tersepit tangan ke camana. sekali tu, nak tergelak pun ada. tanya dia "kenapa aqil jadi spiderman" barulah muka dia ceria balik. eee  geram betul budak ni. memang merenyam..

posing style apalah aisyah tu.

playground klcc. ibu lepak bf adam
pool klcc.
Eh oklah.. panjang pulak ceritanya.. dah tu je nak share sebagai kenangan di bulan Oktober. haha.. nanti rajin kita update lagi k.. Selamat bercuti semua. Bye wassalam...







4 comments:

Allene said...

lin dlu rajin je nak bawak anak mandi manda kat KLCC. cuma skrg harris tak berapa sihat. kena kuarantin

umifarisfarhan said...

cumil je kak sue pkai shawl hehehe, da lm plak fiza x pkai shawl :)

Dokter faRyn said...

Aku lagi dah bertahun kut tak gi klcc hehehhe. Best nyeeee

nurul aini said...

anak dara akk tu manis btul.pndai begmbr..senyum sokmo..huhu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails